** ayat dlm cite ni jiwang sikit...hehehe(^_^)
_________________
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi ALLAH, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.
Saya telah menolak awak, tapi awak telah mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak janji saya bukanlah seekor rama-rama yang menjadi perhiasan di dinding kamar tidur awak.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAI awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara hingga ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada disisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tidak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu untuk saya selami. Di sana saya tak mampu untuk melihat cahaya. Awak beri saya harapan, tapi akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakarnya dalam diam.
Saya sedih sangat bila awak mengatakan awak tak tahu apa sebanarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini, saya merasakan awak belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin awak tidak pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi selama ini siapa saya di hati awak?
Adakah selama ini, awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya bahawa kita perlu jujur pada perasaan kita sendiri?
AWAK!!!
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai wanita berkali-kali. Tapi saya pula seorang wanita yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada satu lelaki, satu CINTA dan satu perkahwinan.
Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai juga sekali.
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil semua kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana membenci awak. Jangan!
Bagaimana harus saya membenci awak, sedangkan setiap hari saya merindui awak, biarpun pada ketika itu awak berada di sisi saya. Disetiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAI awak.
Awak, Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak? Inilah jawapan saya...
"Kalaulah satu hari nanti awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak boleh bersuara semula. Meskipun selepas itu saya akan bisu selamanya.
Dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup unutk selamanya, meskipun saya tidak akan hidup lagi (awak tak pernah tahu)."
Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang awak takkan dapat dari saya sebelum awak menikahi saya...
Seseorang pernah bekata...
"If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place"
Awak, kerana menCINTAI awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagian awak. Saya berdoa awak akan ketemui apa yang awak cari selama ini. Supaya satu hari nanti awak memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya satu hari nanti, awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya bila terlalu menCINTAI seseorang dan semoga awak tidak akan pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak, saya percaya pada ALLAH yang menemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah menyesal kerana sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya andai kita punyai jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya, tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada kententuan ALLAH dan kalaupun awak takkan kembali pada saya, saya percaya mungkin itu yang terbaik.
Salam sayang dari saya untuk awak.....
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment