:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, February 17, 2011

MARI BERCINTA – TIPS RAPATKAN LAGI HUBUNGAN SUAMI ISTERI


** Just nk share apa yg saya baca kat blog2....
Yg ni sesuai utk yg dah kahwin ek....yg x kahwin lg...boleh buat selepas berkahwin...hehehe

_________________________________

Assalamualaikum,

Bacaan khas untuk pasangan suami isteri. Yang belum berkahwin, boleh baca juga tetapi jangan diaplikasikan sekarang. Tunggu bila masanya tangan Tuk Qadhi dah digoncang ya..he he

Mari kita bercinta. Semarakkan lagi cinta anda , suami isteri. Yang dingin, dihangatkan. Yang mesra , dimeriahkan lagi.

1. Selalu kemas dan hias rumah cantik – cantik.

2. Letakkan sekuntum bunga ros merah di atas meja makan. Tak perlu sejambak. Harganya cuma rm1.50 sudah cukup memberi perbezaan besar dalam hubungan suami isteri. Cuba la…anda pasti akan bersetuju dengan saya.

3. Nak lagi mengancam, letak sekuntum ros merah juga di bilik tidur.

4. Nak lebih terancam, cuba letak sekuntum ros merah di bilik air. Anda tidak akan menyesal!

5. Ubah penampilan tidur anda dengan si dia. Cuba gaun tidur yang seksi berwarna merah ! Elakkan warna lain lebih – lebih lagi hitam. Tiada siapa yang nak berkabung di malam itu.

6. Elakkan makan 3 jam sebelum masuk ke kamar tidur.

7. Elakkan memakan budu, tempoyak, jeruk petai atau bawang putih. Anda bukan nak tidur bersama pontianak, sayang…he he he

8. Mandi awal – awal sebelum 8 malam. Agar suami terbau kewangian dan kesegaran anda sepanjang malam.

9. Siapkan anak – anak, suapkan mereka makan malam dan tidurkan mereka awal – awal.

10. Tukar cadar baru. Beri sedikit penampilan baru di bilik. Pasti suami teruja.

11. Makan malam berdua – duaan bersama suami, santai dan relaks. Suapkan suami juga. Cukup di rumah, tidak perlu menghabiskan duit makan di luar dan meninggalkan anak.

12. Elak topik berat – berat semasa makan malam. Cuba imbas semula saat – saat manis awal perkenalan, pertunangan dan pernikahan.

13. Cuba amalkan mandi bersama suami.

14. Wangikan rumah, bilik tidur atau bilik air dengan wangian kesukaan. Hati – hati memilih wangian, jangan terpilih bau yang menyakitkan hidung dan memeningkan kepala. Spoil his mood.

15. Tidak salah, anda memeluk suami bila berdua – duaan. Sentiasa menyentuh tangan atau badan suami.

16. Amalkan memotong kuku suami. Kalau ada kemahiran, gunting rambut atau cukur misai janggut suami. Tetapi kalau tak yakin, leave it to barber. Anda tentu tidak mahu mencederakannya, kan.

17. Jangan lupa urut atau usap suami. Urutan cukup melegakan badan dan fikiran yang stress.

18. Sesekali cuba menggatal dengan suami. Gedik dan godanya dengan jelita dan normal… Jangan over lak. Nanti tak lalu si dia nak menengoknya..he he he .Malu? Apa nak malu dengan suami sendiri..kang perempuan lain gedik dan goda si dia, marah lak…he he he

19. Bila menonton TV bersama, sandarkan kepala ke bahunya. Peluk atau sentuh jari – jarinya dengan lembut. Tak buat, rugi wooo..

20. Jangan lokek untuk ucapkan I LOVE YOU kat suami setiap hari, setiap masa walau pun di depan anak. Malu? Amboiiii..nak bergaduh depan anak tak malu, malu lak nak berkasih sayang depan anak. Itukan contoh yang baik untuk anak – anak tetapi janganlah dengan aksi yang keterlaluan di depan mereka. Kita orang Islam, ada adab – adabnya, don’t forget it, darling…

Lakukan ini semua untuk suami tercinta, bukan untuk orang lain ya. Niat untuk mendapat keredhaan Allah swt , kerukunan dan keharmonian rumahtangga. Jangan abaikan perhubungan suami isteri. Suami isteri yang sentiasa berkasih sayang akan melahirkan keluarga hebat, rumahtangga berkat dan anak – anak cemerlang.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...