:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, August 15, 2014

Kandungan anggur (molar pregnancy)

REPOST FROM 2011

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah.
Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

APABILA seseorang itu disahkan mengandung pastinya bagi yang amat mengingini kelahiran cahayamata akan menyambut berita itu dengan perasaan gembira.
Naluri seorang bakal ibu tentunya mengharapkan agar kandungannya sihat sehingga tiba waktunya bersalin.


Begitupun, ada kalanya kandungan yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia, sebaliknya menjadi anggur pula. Fenonema sedemikian dinamakan sebagai 'mengandung anggur.'

Anggur?
Mungkin terbayang dalam fikiran segugus buah anggur di dalam rahim wanita.
 Di dalam perubatan perkara juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.

Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air.

Jika berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan Nabi Adam dari segumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah, manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui wanita iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim. Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian alaqah. Selepas itu ia menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging dimamah). Ketika inilah ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatutnya sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan jantungnya,ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu percantuman benih berlaku kerosakan.

Kadang-kadang faktor pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau racun atau gas tanpa disedari boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat jangkitan kuman virus yang tidak dikenali.

Ada andaian mengatakan ada makhlus halus mengganggu manusia ketika percantuman benih. Oleh kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw dengan membaca doa terlebih dahulu.

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah. Bahkan kadang- kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa.
Oleh kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam nyawa.

Bagi wanita yang mengandung anggur, rawatan yang perlu dilakukan ialah melakukan D&C. 
Proses D&C juga perlu dilakukan sebanyak dua kali. 
Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari rawatan pada kali pertama.
Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur ini berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. 
Bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi. 
Sekiranya kedatangan haidnya tiada selepas itu, ia akan membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut.

Ketika itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. 
Ujian darah boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan anggur juga tiada.
Suatu ketika dahulu sekiranya seseorang yang pernah mengandung anggur dan dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas itu baru boleh mengandung semula.

Namun, kini, selepas 6 bulan sudah boleh mengandung semula. Namun sebelum mengandung, pihak doktor perlu memastikan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada.
Namun, kanser Chorio carcinoma ini jika berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yang memerlukan kimoterapi.


Sebenarnya kehamilan anggur boleh berulang semula, namun pencegahan boleh dilakukan. Asid folik antara 5 hingga 10mg perlu diambil dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan kehamilan anggur.

Gejala dan tanda (symptom) kandungan molar:

-Pendarahan dari faraj
-Loya dan muntah yang luar biasa
-Sakit tiroid akibat hormone berlebihan
-Hormone hCH yang tinggi
-Tiada degupan jantung atau tiada janin
-Rahim yang membesar dengan cepat
-Darah tinggi sebelum usia kandungan 24 minggu
-Keluar tisu yang berupa anggur dari faraj
-Ultrasounds menunjukkan ‘snow-storm effect’ dalam rahim.

Bahaya kandungan anggurOleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy.
 Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud.
Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui.
Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah.
Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.
Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?
Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.

Jenis kandungan anggur

-Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku.
Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini.
Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja.
Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu.
Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.
Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggurBiasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-

Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.

Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-

Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi.
Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-

- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif.
 Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui.
Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid.
Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.

Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian
Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound.
 Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung.
Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound.
Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

Rawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.





p/s:: pagi2 lagi dah klik kat google & cari pasal Kandungan Anggur(molar pregnancy) nie.... kawan aku yg bgtau pasal kandungan ni....mula2 xpaham ape benda yg dia duk story kat tepon semalam...rupanya pasal kandungan ni.....Dia cite pasal adik kawan dia yg Mengandung...tp xde baby....mula2 aku pelik....apsal xde baby...nk tnye lebih2 xberani,so pagi2 smpai je opis,aku cr benda ni...excited nk tahu pasal2 pregnant nih....rupanya ada jenis kandungan ni....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

11 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

...mommy jue... said...

i'm part of it yang pregnant molar nie....

Anonymous said...

akak pun alami jugak? skrg macamne?

Anonymous said...

sy br didiagnose mengandung kandungn anggur.dah
wat d n c tgh berpantang skrg. sy nk taye mamy jue atau
sape yg ada pglmn. mmg semua kes kn wat d n c dua kali ke
brp lama br hcg trn ke normal? im so worried.tq

Anonymous said...

im molar pregnancy juga..d&c tu buat 2 kali kalau doktor rasa perlu..now saya dh 4 months after molar prgnancy...cuma kite kena ikut jadual appoinment jumpa doktor utk check whether darah kita dh ok ke belum...kita kena merancang..xboleh take any pills...use only pelindung...doktor x nak hormon kita naik semula..if not,susah doktor nk monitor blood n hormon level kita...

..DeeYana.. said...

hi semua..sy pon mengalami pengalaman yg sama masa 1st pregnancy dulu..masa 8w nak g 1st scan, tgk kantung kosong xde bb..means bb xjadi..just kantung je membesar..but in my case, tak dipanggil kandungan anggur @ molar pregnancy..ia dipanggil 'blighted ovum'..blighted ovum n molar pregnancy nampak sama tp xserupa..means kantung ade tp bb xde..ramai yg tau pasal molar pregnancy tp xtau pasal blighted ovum..kwn2 bleh search ek pasal dua2 kes ni..dari ultrasound bleh nmpk kalu molar pregnancy, nmpk bubble yg byk..mcm dlm gmbr kat atas tu..tp if blighted ovum, ultrasound nmpk sama mcm preggy woman yg len, cuma xde bb je..tp slalunya ultrasound je xleh nak menentukan samada blighted ovum @ molar pregnancy..hanya melalui labtest dr speciment d&c kita je bleh nak tentukan..hehe, panjang lebar plak bercerita..just nak share ape yg sy tau ;)

wana said...

im part of it...ikutkn sedih jgk coz hmpir 1 yr 6 mn tngu berita gembira ni..then tbe2 dpt tau molar...nw chek up dgn dr n kna wat blood test every week..alwys ckp dgn husbnd why me??tp hsbnd ckp Allah dh tetapkan bahagian msg2...

Cheq eem said...

terima kasih kerana berkongsi info sebegini.. baru dapat tau yang kakak saya mempunyai masalah yang sama.. iaitu kanser anggur.. saya harap dia dpt sihat seperti biasa..
say nak kongsi kan dgn pembaca yg lain, antara langkah untuk mencegah sel kanser daripada merebak selain daripda rawatan kemo dan ubat, boleh ambil makanan tambahan yg mengandungi anti-oksidan yang tinggi.. ini kerana anti-oksidan yang tinggi dapat melawan radikal bebas spt sel kanser.. sy hrp kakak saya cpt pulih dgn mengambil vitamin e.. aminn....

yan said...

Yan* sy jg mngalami mslh yg sm,sdih sgt,tp smua ni ada hikmahnya..cuma lps d&c tu mmg rs pening n sakit tulang blkg ke?sy risau la if ada effect lain pulak..skrg ni follow up ngn doc je la,hrp2 smuanya slmt..

Anonymous said...

salam..saye baru lepas buat d&c kali kedua lepas disahkan molar pregnancy..sekarng bertawakal je tuk makesure bHCG saye kembali kepada normal...Ya Allah..saye ingatkn saye je yang mengalami..rupe2nya ramai di luar sane yg senasib dgn saye..insyallah..kite semua akan sihat..doa byk2..

Anonymous said...

Salam..baru tau tentang kandungan anggur ni.. Takut juga sbb sy baru lepas buat d&c n kptsn keluar doc kata keliling janin yg kn buang tu ada macam anggur, terus buat ujian darah n kn dtg utk tgk kptsn dlm ms 4hari lg.risau n sedih juga sbb sy tunggu utk prgnt 4 tahun, bila dh prgnt ada masalah pula.Allah punya kuasa yg tentukn segalanya..

Anonymous said...

Salam...saya pun baru lepas buat suction n curretage...measured baby 6 weeks lepastu xde perkembangan dah...hcg sy alhamdullilah turun..cuma setiap minggu ambil darah utk monitor bhcg.dari awal pregnancy sy ade bleeding spot..smkin lama.darah smkn bnyk..tiap2 minggu scan..excited sgt nk tgk baby..tp allah sygkan dia..blh ke saya mengandung lagi lepas ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...