:: Mereka2 Yang CooL !!::

Tuesday, February 22, 2011

Perlu ke Buat Pinjaman untuk Kahwin?


Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?


Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu, tu kira murah dah la tu...Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi...

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer...Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan tak der simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu:-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.
2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.

Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, terutamanya sapa yang kerja kerajaan. Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?

TQ
_________
sumber: Blog Perkahwinan Anda

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...