:: Mereka2 Yang CooL !!::

Tuesday, February 22, 2011

Tip Ketika Bertemu Mertua

Memang kekok untuk berjumpa dengan mertua atau bakal mertua. Rasa segan pun ada. Tak tahu macam mana nak menghadapinya. Apa nak buat, nak sembang apa dan sebagainya. Walau apa pun, sebelum kita lakukan apa-apa, kenali dulu mertua kita dengan sebaiknya. Kat bawah ni ada beberapa tip penting, jom baca.


Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam
pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan ( yg ni wajib ye....kalo boleh...hehe)
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah- buahan atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang (yg ni pompuan sila take note...hehe...sesuai utk bacaan aku kot....hihi)
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

_________
**Nie tips utk jumpa Mertua...so,utk aku plak...korang kena praktik kan tips bertemu kakak2 & abg2 aku.....ambik hati diorg......hehehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...