so,sila potong kuku anda hari ni...hehe (^_______^)
____________________
(ini bukan tangan & kuku aku yeee...Tiada kaitan antara hidup & mati...hehe)
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranandan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kukuberperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan olehumat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namunkadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masihdalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotongkukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub,jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum,hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalamIrsyad Hukum kali ini.
1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkandalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotongkuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."
(Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kukutangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialahmenghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yangmana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segalakotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanankeseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikutiibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingkingsehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalahkelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisauatau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jarisepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempatkuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggarupada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruhmemotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambilperhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjangkuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorangitu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kukutersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimanadiriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotongmisai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kamitidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunatmemotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimanadisunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjiduntuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu'anhuma berkata yang maksudnya :
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jikamemilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehinggasampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telahbersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), diadiam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesaimengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu danJuma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairahkatanya yang maksudnya :
"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahiwasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Bagindakeluar untuk bersembahyang."
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotongkuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakananggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanahsebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu'anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atauberhadas besar,jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah ataumemotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Keranasegala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaanjunub.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment