yg belum jd suami isteri,sila baca sikit2 aje...hihihi
**sumber:: xingt plak ambik kat mana.....adeehh...
____________________
Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,
rasa hambar dengan ikatan perkahwinan anda berdua? Perasaan cinta perlahan – lahan menghilang? Sebab dah lama kahwin atau sebab dah ramai anak? Isteri semakin mengembang atau suami semakin memboroi? Silap besar tu ! Lagi lama sepatutnya lagi manis, ibarat memakan tebu, semakin ke penghujung semakin manis. Pahit, payau, kelat, masam atau manis, kita yang pilih…..
Sila baca tips di bawah. Kalau suka, alhamdulillah, tak suka , no hal.
1. Solat berjemaah
2. Makan berjemaah ( makan bersama ). Menunggu untuk makan bersama suami melainkan kalau ada hal tertentu.
3. Makan dari pinggan yang sama ( berkongsi). Tidak salah kalau anda makan dari bekas pingan suami atau sisa makanannya.
4. Sentiasa temankan suami makan dan melayannya ( WALAU ANDA SUDAH BERANAK 10, ANDA WAJIB MELAYAN MAKAN MINUMNYA. CEDUK NASI, TUANGKAN AIR DAN SEBAGAINYA…JANGAN DIABAIKAN. NAMPAK REMEH TETAPI INILAH ANTARA FAKTOR TERPENTING DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN MESRA SUAMI ISTERI)
5. Kalau anda sudah kenyang, apa salahnya anda join suami makan sekali lagi dengan niat untuk temankan dia. tetapi jangan makan yang berat – berat, makan sup sayur atau buah. At least you eat something with him.
6. Sebelum suami merebahkan badan ke tempat tidur, kibas atau tepuk bantal dan tilam . Tindakan ini boleh menghilangkan habuk , serangga yang tidak nampak di mata atau kotoran.
7. Pasang ubat nyamuk atau gantung kelambu awal – awal.
8. Pastikan anda menyediakan bantal yang cukup dan selimut yang bersih untuk suami.
9. Siapkan baju tidur yang selesa dan disukai oleh suami. Kalau suami suka tidur dengan kain pelekat , maka sediakan kain pelekat yang bersih untuknya. Jangan diberi pakai kain pelekat yang dah berhari -hari tak berbasuh.
10. Sebelum tidur, ambil wuduk, baca doa dan surah – surah pendinding.
11. Minta maaf dengan suami kalau – kalau anda ada tersilap atau terkasar pada hari itu atau anda mungkin tanpa sedar tidur membelakanginya. Seterusnya cium tangan beliau.
12. Mendoakan keampunan kepada suami, ke dua ibu bapa , anak – anak dan seluruh muslimin muslimat.
13. Bisikkan nama penuh suami ke telinganya satu persatu, dengan suara yang lembut dan penuh perasaan. ( Ini tips yang termahal! rugi kalau tak buat)
14. Lakukan aksi di atas berulang – ulang sehingga anda puas hati …saya gerenti pasti dia suka !( rasanya kalau anda minta apa masa ni, sure suami kabulkan…he he he )
15. Oh ya , baru teringat…digalakkan memakai baju atau kain pelekat suami ketika nak tidur. Sharing is caring, caring is loving.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment