Rajin2 lah diri utk membaca....hehee
_________________
Saya selalu sangat menerima pertanyaan persoalan cinta dari wanita-wanita yang kebingungan dan wondering why, mereka ditinggalkan, dikecewakan, selalu dilupakan…
Ada ramai pula yang kononnya bercinta, tapi diulik untuk seks…untuk memuaskan nafsu lelaki mereka. Bila dah puas, simply diberi kebebasan kepada girlfriend kononnya understand.
Nak ajak kahwin? Jauh sekali…bertahun-tahun diganyang, dipergunakan tapi si wanita…hidup berbangga diri kononnya ‘bercinta’ …sedangkan dia bulat-bulat dimamah free, ditipu, dipergunakan tanpa sedar…
Bila dah lama sangat…baru rasa tertipu, tapi masih degil dengan pendirian sendiri hingga masih duk perjelaskan pada saya yang boyfriend dia orang ni jujur, ikhlas dan amat menyintai mereka…
“We are pretty much in love!” “He really loves me so much!” Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut mereka yang ‘bodoh sombong’ ini… Lepas tu nak salahkan siapa? Lelaki?
Semua ini berlaku adalah out of desperations…terlalu mengikut emosi, apabila wanita begitu terdesak untuk bercinta, semuanya rela diberinya, duit, body, harta, maruah tergadai…hancur!!
Elakkan diri anda dari menjadi wanita dari golongan DESPERADO ini…Ini adalah wanita yang sangat rendah martabatnya!
So, anda adalah wanita ‘desperate’/terdesak jika anda…
1 ~ Bertahun-tahun menunggu kekasih yang sekejap ada, sekejap hilang. Yang tidak pernah mahu mendirikan rumahtangga dengan anda. Sebaliknya anda terus menanti dan menanti tanpa sebarang kepastian. Jauh dilubuk hati, anda tahu anda amat terdesak mengenangkan umur yang semakin meningkat…jadi, dimanakah harga diri anda?
2 ~ Anda terus menerus menipu diri sendiri dengan menyakinkan diri anda yang anda akan bahagia bersamanya, dia akan membahagiakan anda. Padahal anda sedar, dia selalu meninggalkan anda, tidak mengambil berat tentang anda, selalu lupa hari-hari yang penting dalam hidup anda. Terdesaknya anda hingga terpaksa menipu diri sendiri…kesian.
· 3 ~ Setiap kali boyfriend anda ugut untuk breakoff, cepat-cepat anda bersetuju untuk melakukan perhubungan seks walhal anda sedar yang anda sudah tidak mahu melakukan dosa lagi. Ternyata anda membiarkan maruah anda dipijak-pijak.
4 ~ Anda akhirnya berputus asa untuk bercinta dengan lelaki, sebaliknya anda mulai bercinta dengan kaum sejenis. Lalu jadilah anda umat yang dilaknat Tuhan! Memang anda adalah wanita yang cukup desperate!!
5 ~ Anda mendesak cepat-cepat boyfriend anda untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya, saudara maranya sebagai bakal isteri dia. Amboi, terdesaknya beb…relek arr.·
6 ~ Belum pun apa-apa, anda sudah mulai bertanya dengan kekasih anda tentang hari pertunangan, cincin yang patut dibeli, memilih-milih nama anak. Adoi
·7 ~ Anda sentiasa komplen, sentiasa tidak puas hati dengan kekasih anda yang bagi anda tidak cukup memberi kasih sayang kepada anda. Anda mahu dia mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anda walaupun terpaksa meninggalkan kerjanya. Ish! Ish! Ish! Desperate lu beb!
· 8 ~ Anda masih sanggup menerima lelaki itu walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang lain. Anda masih mahukan dia walau dia kata dia lebih menyayangi gadis lain. Anda masih mahukan dia walau hidupnya untuk orang lain…Macam dah tak ada lelaki lain dah…
· 9 ~ Anda tidak akan membiarkan diri anda keseorangan, apabila perhubungan anda gagal. Anda berpisah…cepat-cepat anda ingin mencari pengganti agar anda tidak kelihatan keseorangan. Relax arr beb!
10 ~ Anda begitu benci setiap kali kekasih anda keluar bersama kawan-kawannya. Anda cukup benci apabila ada kawan-kawan lain yang mulai mempunyai kekasih baru kerana anda takut kekasih anda juga akan turut mencari yang lain. Lalu anda akan sentiasa bertengkar, bergaduh, bertikam lidah hanya kerana kekasih anda keluar bersama-sama kawan-kawannya.
Haaa…itu baru 10, ada banyak lagi situasi yang menunjukkan anda adalah wanita desperate atau terdesak ni. In fact, ada macam-macam jenis wanita lagi yang bro jumpa lately ni. Ada yang berhari-hari senyap, setiap masa nak berkepit dan yang terbaru, wanita ni lebih suka bertekak, bergaduh, daripada bercinta sayang menyayangi. Kelakar tak?
Instead of berbincang atau berbual, dia lebih suka mencari kesalahan, lebih suka bertikam lidah…Habis, macamana nak bahagia dalam percintaan? Ketidak puas hatian dan perasaan terdesak marah di dalam diri dia tu membuatkan dia tidak senang duduk. Mesti bertekak sehingga dia puas …barulah dia nak bercinta balik dengan boyfriend dia….wooo…takkan menjadi punya beb. Ingat dengan lelaki lain, anda akan berubah? No way! Jadi,
Hargailah waktu yang ada dan penuhilah ia dengan kasih dan sayang, kalau anda atau pasangan anda tidak dapat menghargai saat bersama, lebih baik jangan bercinta lah. Buat sakit hati je…lagipun, dunia ini tersangat ramai lagi manusia yang masih tahu menghargai manusia lain beb
“Sesungguhnya, selagi anda mempamerkan perangai anda yang terdesak dan mengikut emosi, bodoh sombong…maka tiada lelaki yang akan mengahwini anda sampai bila-bila…”
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment