sumber:www.razzirahman.com
_______________
“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!”
Amboi, suka orang pompuan…tersengih je bila bro tulis macam ni kan. Hehehe… Tambah pulak letak gambar Siti, artis kesayangan I ni pulak. (Sorry D.K, I cut u out…I jeles! hehe…)
Tapi itulah hakikatnya! Sememangnya wanitalah yang paling mudah ke syurga.Tetapi, sebelum kita masuk bab syurga tu…apa kata kita sama-sama renungkan terlebih dulu apa yang bro love bakal katakan di sini, iaitu…tentang kesilapan isteri! “…pulak dah bro nihh hehe…orang baru duk sedap ke syurga, dah…nak kena lagi lah ni “
Haih!!.. orang pompuan tu mulailah tu cepat-cepat fikir apa salah si suami pula. Ada je cari point nak berlawan. Macam ni lah…YES, lelaki pun ada salahnya, suami juga bersalah!, suami juga ada yang jahat, curang, dan sebagainya! Okey we accepted it and we do get it!
TETAPI, itu bukan apa yang hendak diperbincangkan di sini. Keutamaan yang bro hendak kita sama-sama fahami dan mengerti ialah asal kesilapan itu. Dimanakah bermulanya keruntuhan sebuah perkahwinan?, bagaimanakah kemesraan hubungan suami isteri boleh luntur? Sentuhan suami isteri juga turut tawar… “Dah tak steam!” orang kata…
Pada pendapat Bro, kesilapan seorang isteri berlaku tanpa disedarinya sejak dari awal perkahwinan lagi. Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!” …maksud I, terlalu memandang remeh dan tak kisah, menganggap lelaki/suami ni mudah…malah terlupa pandang dan tidak langsung menghiraukan samada si suami suka atau tidak…
Kesilapan ini selalunya terjadi especially kepada newly wed, haaa..yang baru kahwin tu. Mentang-mentang baru kahwin, apa? Awak ingat laki awak tu suka sangat ke apa yang awak suka?
Mungkin sebab masih baru, masih sayang, maka selalunya si suami akan mengikut kata si isteri. Isteri pulak, apa lagi…buat ajelah ikut suka dia, pergi kemana sahaja ikut minat dia, makan apa sahaja ikut selera dia…
· “Sayang suka ke tak makan durian dengan budu? Best tau” tanya si isteri.
“Suka…apa yang you suka, I pun suka.” Jawab suami.
· “Sayang jom kita pergi rumah mak. Sayang sukakan pergi rumah mak?” tanya isteri.
“Suka…mak you, kan, mesti I suka.” Jawab suami
· “Sayang, I letih lah malam ni…nanti-nantilah ya.” Kata isteri
“Okey, I wait…anything for you dear.” Jawab suami.
Alkisahnya, dah sayang, ikut je lah kan. Si isteri pulak tak tahu betapa peritnya si suami menahan bau durian dan budu tu, betapa boringnya pergi rumah mak mertua, betapa terseksanya batin, dah lah 2minggu tak dapat…dah lepas bendera merah pun, tak dapat-dapat jugak?!… itu yang kegersangan habis tu!!
Kesilapan awal inilah yang selalu berlarutan. Dari awal-awal lagi si isteri melakukan rutin hariannya dengan cara melayan suami mengikut kata hatinya, tanpa sebarang perbincangan dengan menganggap suami sentiasa menyayanginya!
REALITY CHECK!!
Akhirnya, apa yang berlaku? Segala-gala yang menjadi ketidak puasan suami terhimpun, bengkak kat dalam hati. Lama-lama BOOM!!…meletup dengan berbagai-bagai cara. Ada suami tak balik rumah, dah tak nak makan kat rumah, selalu keluar sendirian…dan lastly, having affair. Sebab apa?…tidak puas hati dengan sikap isteri sejak dari awal-awal lagi.
Wahai mereka yang sudah bergelar isteri, you all kena ingat…syurga anda adalah dibawah tapak kaki suami! Mentang-mentang suami punya sayang kat awak, lepas tu ingat awak ada Master, PHD, berkedudukan tinggi, anak orang kaya pulak…Sombong! You all ingat suami you tu tak lari dah ke? Tak akan cari perempuan lain? Tunggu awak je?
** Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya! Walau setinggi mana taraf anda, walau selautan sayang suami kepada anda, …suka atau tidak, awak tetap berada dibawah perintahnya. Jadi, hormatilah suami dengan bertanya apa yang suami suka buat, apa selera suami, apa ‘kehendak’ suami…tanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian dan sebarang keputusan!
Bro ni bukan pandai sangat hukum-hakam dalam bab nikah kahwin ni, walaupun masa sekolah dulu duk jadi bilal di surau. Duk bercerita kisah-kisah para sahabat sementara menunggu waktu asar. Namun, mungkin asas dari situ membuatkan I cukup meminati penceramah besar, Ustaz Datuk Ismail Kamus…beliau selalu menekankan soal menghormati suami. Ada satu kisah dari beliau…
Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W dulu, pada setiap hari menunggu Nabi pulang, beliau selalu menunggu dengan segelas air sejuk dan dengan sebatang tongkat. Apabila Nabi pulang, Aisyah akan berkata, “Minumlah air ini, jika dahaga dari perjalanan yang jauh dan pukul lah aku dengan tongkat ini jika ada yang tidak puas di hati!”
Amacam? Isteri sekarang nak buat macam tu ke?…ambik tongkat tu pukul laki dia lagi ada! Habis, laki asyik balik lambat je kan hahahaha!!
You know, sesungguhnya…sekira isteri menjawab mulut suami pun dah berdosa besar. Malas buat apa suami suruh pun dah neraka jahanam balasannya. Haaa…berat tu. Suami baru suruh, “Sayang tolong buat air kat abang…” sekali si isteri jawab, “Alaaa….abang ni, ayang mal…” Belum habis pun ayat tu baru mal je…dah berdosa dah tu! Haaa…kalau sebut “Malaslah bang!” …habislah, boom, masuk neraka! How?! Hehehe…
Gelak…gelak juga lah kan, tapi itulah hakikatnya. Jadi orang pompuan semua, bro bukan nak memandai kat sini, tapi sesuatu yang baik itu haruslah kita pelajari, fahami dan amalkan agar kita tidak kecundang di hari muka. Jangan sudah terlambat, barulah nak cari dimana silapnya. Hey ladies, mendengar cakap suami, ikut kemahuannya bukan susah pun…seperti quote di awal artikel bro kali ini,
“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” itu memang benar…caranya juga cukup mudah, dengar kata suami dan ikut katanya!…maka, syurgalah buat isteri!
…namun tetapi,
“Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!” caranya juga mudah, tidak menghormati suami, lupakan tanggungjawab terhadapnya dan lawanlah kata suami!….maka, nerakalah buat isteri! …Wasalam!
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment