“Perkahwinan itu adalah sunnahku (jalanku), siapa-siapa yang tidak melaksanakan sunnahku, bukanlah dia dari umatku/ golonganku”
Kebanyakanmajlis perkahwinan hari ini, jika dilihat secara luaran, bolehlahdianggap moden atau kontemporari sifatnya. Begitupun moden dari segipenampilan dan persiapan, setiap perkahwinan secara tidak langsung jugamenjinjing budaya dan adat resam lama yang turun temurun. Selain itutuntutan agama juga tidak membenarkan kita jauh daripada lumrah, kalamembuat persiapan perkahwinan. Misalnya, upacara akad nikahsatu-satunya signifikan pada majlis perkahwinan orang Melayu. Jadi apajuga konsep, upacara ini tetap berlangsung walaupun berbeza suasana danpersiapannya.
♥ Panduan Mencari Pasangan Hidup
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamor, maka anda terus mengambilnya. Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyak berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Berkahwin kerana harta? Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan. Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. Berkahwin kerana kecantikan? Yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati. Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan jemu. Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia? Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit ‘tidak jelas’, apabila tiba kepada soal beragama. Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu? Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang tahu agama, mahu beragama dan mampu dalam beragama. Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar dalam Islam.
♥ Syarat & Rukun Akad Nikah
Sesebuah kebahagiaan bagi seorang muslim ketika dirinya akan menuju ke alam rumah tangga ialah, ada baiknya kita mengetahui bagaimana Islam mengajarkan kepada umatnya perkara yang berlandaskan syariat. Dalam akad nikah ada beberapa syarat, rukun dan kewajiban yang harus dipenuhi, iaitu;
1. Rasa suka sama suka dari kedua calon mempelai.
2. Izin dari wali.
3. Saksi-saksi (minimal dua saksi yang adil).
4. Mahar.
5. Ijab Qabul.
♥ Doa Selepas Ijab Kabul
“Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barakah dan inayah daripadaMu kedua-dua mempelai ini telah selamat diijab kabulkan pada pagi yang berbahagia ini, maka Engkau berkatilah pasangan ini dan Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereka berdua. Ya Allah sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah NabiMu Muhammad s.a.w maka tunjukkanlah pada mereka jalan ketaqwaan dan petunjukMu. Panjangkanlah umur kedua mempelai ini di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.
" Ya Allah Engkau jadikanlah kedua-duanya qanaah yakni merasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan) dan sentiasa memelihara rumah tangga mereka. Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketenangan di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Rezekikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada kedua ibu bapanya."
♥ Pemberian mahar/mas kahwin
Pemberian mahar suami atau mas kahwin adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.Walau bagaimanapun, mahar tidaklah termasuk dalam rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan). Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984 menyatakan “mas kahwin” bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang dapat dinilai dengan wang. Bagi adat istiadat perkahwinan Melayu, mas kahwin atau mahar digubah di atas dulang, dihias cantik bersama bunga mengikut konsep hantaran yang diberi buat si isteri. Buat pembaca Pesona Pengantin, kami paparkan beberapa ide gubahan mas kahwin buat anda menjelang hari bahagia.
♥ Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut
Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Mengikut peruntukan seksyen 21 (1) dan (2) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut:
- Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakad nikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
- Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan:-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad
nikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.
♥ Panduan Pelamin Nikah
Di dalam sesebuah majlis perkahwinan kaum Melayu di Malaysia, perhiasan pelamin adalah sangat penting bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis persandingan. Majlis pernikahan biasanya akan dilaksanakan di rumah perempuan. Tempat bagi pelamin ini kebiasaannya bergantung kepada kesesuaian masing-masing, sama ada di bahagian dalam rumah ataupun anjung rumah. Ini bagi memudahkan pasangan pengantin bergambar di khalayak ramai dan memudahkan sanak-saudara dan tetamu yang hadir melihat keanggunan pasangan pengantin pada hari persandingan tersebut. Pemilihan pelamin bergantung kepada cita rasa pengguna dan kini majlis pernikahan diserikan dengan pelamin mini. Majlis pernikahan merupakan perkara wajib yang penting bagi pasangan pengantin agar dapat mengabadikan hari bersejarah mereka. Kesesuaian pemilihan pelamin bergantung kepada kemampuan ataupun sumber kewangan pihak pengantin. Kebiasaannya, pihak keluarga si pengantin akan mengupah orang untuk membina pelamin persandingan mereka mengikut kesesuaian persekitaran dan ruang yang ada. Pembayaran bergantung kepada jenis dan kos yang diperlukan bagi membina sebuah pelamin. Menurut Puan Azika, menghias untuk majlis pernikahan tidaklah sukar. Anda cuma memerlukan satu konsep hiasan dan jadikan ia panduan menghias. Contoh, pelamin nikah berkonsep moden dan romantis yang disulami kehijauan dedaun dan haruman bunga yang menyejukkan suasana meriah dan menenangkan perasaan yang resah. Seeloknya, ia biarlah ringkas dan sesuai untuk upacara pernikahan dan pembatalan air sembahyang. Pelamin bukan saja tempat untuk tetamu melihat anda dan pasangan menjadi pasangan suami isteri, malah pelamin juga tempat anda merakamkan detik indah yang diingati sehingga ke akhir hayat.
- Pastikan pelamin anda kukuh kerana ramai yang akan bergambar di atas pelamin.
- Keluasan pelamin juga harus dititikberatkan.
- Elakkan pelamin yang mempunyai banyak tingkat kerana kebarangkalian anda atau tetamu terjatuh dari pelamin.
- Pemilihan bantal nikah di atas pelamin juga harus sesuai supaya kelihatan segak dan tidak terperosok.
- Anda boleh memilih bunga segar ataupun tiruan untuk hiasan pelamin anda mengikut bajet anda.
- Majlis perkahwinan yang diadakan di rumah yang mempunyai hawa dingin boleh dihiasi dengan bunga segar.
- Untuk pengetahuan anda, bunga segar yang diimport lebih tahan lama berbanding dengan bunga hasil tempatan.
- Pemilihan bunga juga harus tepat dan mengambil kira keadaan cuaca.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment