:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, February 17, 2011

BEZA CINTA SEJATI DAN TERGILA-GILA

CINTA SEJATI

-Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
-Ia berdasarkan kepada kefahaman – anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
-Anda lebih menumpukan kepada kesejahtraan orang lain daripada diri sendiri.
-Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
-Sepanjang hayat.


TERGILA-GILA

-Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.
-Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja – diri anda. Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
-Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
-Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
-Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.

** korang dah boleh bezakan yg mana Cinta...yg mana Tergila2? (^__^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...