:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, February 7, 2011

Sukarelawan cemerlang Salam


Sukarelawan cemerlang Salam






PARA sukarelawan gembira selepas diraikan pada majlis penghargaan oleh Yayasan Salam di Taman Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
YAYASAN Salam Malaysia (Salam) dan para sukarelawan sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya berkongsi matlamat yang sama iaitu membina satu dunia yang lebih baik.

Mereka bekerjasama membantu komuniti yang memerlukan termasuk bertungkus-lumus melaksanakan program untuk membina masyarakat yang lebih sempurna.

Baru-baru ini di Taman Jaya Kuala Lumpur, Salam menganjurkan Hari Penghargaan Sukarelawan khusus untuk mengenang jasa para sukarelawannya yang telah banyak membantu pada tahun 2010.

Anugerah yang diberikan termasuklah Anugerah Sukarelawan Aktif, Anugerah Sukarelawan Cemerlang, Anugerah Sukarelawan Sepenuh Masa dan Anugerah Kepimpinan Sukarelawan.

Penerima Anugerah Sukarelawan Aktif, Yusmunirah Muhammad Yusar, 22, menyertai Salam sejak tiga tahun lalu. Namun, beliau paling aktif pada tahun 2010 dengan menyertai 33 program anjuran Salam sepanjang tahun itu.

“Saya mencuba sedaya upaya untuk memenuhi semua program yang dijalankan tetapi, ia tidak memenatkan. Malah penyertaan saya dengan aktiviti kebajikan telah menyemarakkan semangat dan jiwa sukarelawan di dalam diri.

“Selepas menyertai Salam saya dapat melalui pelbagai pengalaman bermakna dan berazam untuk terus membantu memberi yang terbaik pada masa depan,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Yusmunirah memberitahu, dia tidak dapat melupakan sebuah program iaitu projek MY Ole-Ole yang membawanya ke Kuantan tahun lalu bagi menghantar barangan makanan kering untuk diagihkan kepada golongan miskin di Kuantan.

“Kenderaan yang saya naiki melewati sebuah rumah yang sangat usang, ibarat rumah tinggal tetapi, rupa-rupanya ia merupakan sebuah rumah yang tersenarai dalam kunjungan kami. Ia didiami sepasang suami isteri yang hidup serba daif.



YAYASAN Salam antara organisasi yang banyak menghulurkan bantuan untuk golongan memerlukan di dalam dan luar negara.

--------------------------------------------------------------------------------

“Lelaki berkenaan menjaga isterinya yang cacat penglihatan selama dua dekad dan mereka tidur hanya beralaskan tikar usang. Saya terharu kerana suaminya sangat sabar menjaga isterinya dalam keadaan yang serba kekurangan,” katanya.

Penerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang, Nur Ly Azyani Azmi, 30, pula tidak dapat melupakan pengalamannya berkunjung ke Kemboja sempena sambutan perayaan Aidiladha tahun lalu bersama penduduk miskin di Kemboja.

“Di Kemboja, kanak-kanak seawal usia lima tahun bekerja mencari pendapatan sendiri dengan menjual barang-barang kraf tangan kepada orang ramai dan pelancong, sedangkan kanak-kanak seusia itu seharusnya memasuki alam persekolahan.

“Masyarakat di Kemboja juga amat menghargai makanan dan air. Mereka amat berjimat menggunakan air dan tidak pernah membazirkan makanan,” katanya.

Belajar bersyukur

Pengalaman itu, menurut Azyani memberikannya iktibar yang amat bermakna. Dia kini lebih mensyukuri nikmat yang diberikan dan tidak lagi suka membazir dengan sesuka hati.

“Saya bertuah kerana suami menyokong penuh penglibatan saya dengan Salam dan saya berhasrat untuk terus membantu golongan yang memerlukan sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Kepimpinan Sukarelawan, Alisah Kassim memberitahu, dia mengenali Salam di Internet tetapi hanya membabitkan diri pada tahun 2006 selepas kematian kedua-dua orang tuanya.

“Bagi saya, kebajikan yang terbaik ialah di rumah. Saya telah menjaga kedua-dua orang tua saya sebelum mereka meninggal dunia dan hanya selepas itu saya membabitkan diri dengan Salam.

“Saya yakin, rakyat Malaysia sebenarnya prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan tetapi, mereka tidak tahu di mana bantuan hendak disalurkan,” katanya.

** SUMBER:: KosmO 7Feb 2011

** teringin nk masuk sukarelawan ni...ermmm,.,.time to Godek2 Website ni...!! (^___^)


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...