:: Mereka2 Yang CooL !!::

Saturday, February 12, 2011

Motivasi Cinta – bagaimana caranya untuk kita lupakan seseorang yang mengecewakan kita dalam cinta?





jOM ShARING2......................

__________________________
seorang pembaca iMotivasi menaip pertanyaan ini di Yahoo Messenger:

salamm..
dear shueqq.. i reli need ur advice.. bgaimanakah caranya utk kita lupakan seseorang?? adakah it is all about time?.. and da only way is by waiting?

scara ringkasnya critanya bgini… setelah dikecewakan oleh my 1stlove yg telah bertahan selama 7 tahun… saya telah “jatuh” dan rebah.. byk terkorban.. kesihatan sy..result xm.. kwn2.. akhrnya tanpa sy sdari saya telah fall in-love dgn seorang a very humble guy.. dan pd hari saya ingin berterus terang dgnnya mrupakan hari yg sama dia tersenyum menyapa saya menyatakan dia telah menetapkan tarikh pernikahan……………. saya ucap tahniah..dan berlalu pergi..tahan teksi dan terus balik ke kg… tika itu ada ‘hujan’ yg turun membasahi wajah ku.. waalaikum salam..

saya tumpang simpati atas situasi yang berlaku. Nyatalah walaupun awak sukakan dia, dia sudah ada yang punya. Ginilah, awak kena terima situasi tu. Elak dari rasa terpukul, terkasima atau kecewa. Anggaplah situasi tu hasil yang salah dalam perjalanan awak mencari cinta yang membahagiakan awak.

Honesttly said, kita sebagai manusia, tak akan dapat melupakan seseorang di masa lalu.

Melainkan, kita banyak ingat sesuatu yang lain, banyak mengingat seseorang yang lain serta menumpukan perhatian sepenuhnya pada perkara-perkara yang jauh lebih penting dalam hidup kita. Kita cuma boleh kurangkan ingatan terhadap orang yang kita nak lupakan tu.
Untuk kita dapat lupakannya sekaligus, agak mengambil masa. Bergantung pada kesungguhan kita.

Its not about time, there are several ways instead of waiting.

Its about WHAT WE DO.
Carilah pengganti, bahagiakanlah diri.

Yang dulu tu dululah, elak untuk selalu mengingat lagi.

Ubah mindset.
Anda ada hak untuk mengecap bahagia!

Bila Anda sudah berjumpa pengganti lalu Anda bahagia dengannya, Anda akan dapat terima perpisahan dulu sebagai sebahagian dari sejarah hidup Anda. Lama-kelamaan, ingatan Anda terhadap orang-orang di masa lalu serta situasi-situasi di masa lalu akan mengurang sedikit demi sedikit, menghilang, menghilang lalu menghilang habis.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Carilah kumbang yang betul-betul punya kumbang. Lelaki ada banyak jenis.
Dalam dunia serba maju hari ini, asal disebut perkataan ‘lelaki’ mesti kita terbayang seorang jantan yang ego, panas baran, pemarah, pembohong, penipu, pentingkan diri sendiri. Nak cari lelaki yang humble, baik, mengambil berat dan bertimbang rasa sudah menjadi satu perkara yang amat susah untuk dilakukan.

Bila dah jumpa lelaki yang baik, pastinya jarang yang ‘available’.

Seorang lelaki yang baik ditakdirkan untuk berjumpa gadis yang baik.

Jika Anda seorang gadis dan Anda mahu ditemukan dengan seorang lelaki yang baik, Anda sendiri kena baik dulu. Baik dari segi perbuatan, kata-kata, perilaku, perangai, baik akhlak dalaman, baik di hati, baik di fikiran.

Pengganti ada di mana-mana. Look with your heart, feel with your eyes.
Rasailah kehadiran cinta walaupun sebenarnya si dia yang Anda cari-cari masih belum ada. Mencari ngan hati, merasai kehadirannya ngan mata, iaitu membayangkan rupanya selalu dan membayangkan seolah-olah dia ada di sebelah Anda selalu.

Our feelings is a strong magnet. Emosi kita apabila digabung dengan imaginasi akan membuat kita bertemu dengan seseorang secvara kebetulan, serupa dengan yang selalu kita imaginasikan.
Lebih kerap kita berimaginasi, lebih kerap kita merasai kehadirannya, lebih besar kemungkinan Anda dapat bertemu dengan dirinya secara kebetulan. Orang yang dimasa lalu tu, lupakan saja.

Dah berlalu, dia dah pergi dari hidup kita. Bukalah ruang untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita pula.
Untuk kita membuka pintu untuk menyambut pada orang baru, kita perlu menutup pintu pada orang lama, supaya ada cukup ruang di hati kita. Hati kita ni, kalo orang lama masih ada kat situ kemudian orang baru pulak masuk kat situ, ruang hati kita akan jadi sesak.
Kita akan jadi keliru dalam bercinta. Kita nak bahagia ngan pasangan kita sekarang tapi kita asyik ingat orang lama. Tak adillah untuk orang baru.

Sedangkan, orang lama tu hanya wujud di ingatan kita saja. Lebih baik ‘halau’ orang lama untuk memberi ruang yang lebih besar pada ‘orang baru’.

Dari mesej yang diterima, awak ada dua kekecewaan. Nak melupakan dengan cepat tu boleh, tapi awak perlukan semangat yang kuat digabung dengan rasa bahagia yang amat kuat.

Carilah pengganti cepat-cepat supaya awak boleh bahagia. Dari rasa bahagia tu, moga ia dapat memadam kepahitan-kepahitan di masa lalu, memadam sedikit demi sedikit, satu persatu.

Tiap kali awak kesunyian, awak akan teringat balik orang lama. Carilah cepat-cepat pengganti yang baru sebagai pengelak pada kesepian.

Hmm..teringat lagu Siti Nurhaliza – Melawan Kesepian. Jawapan saya dalam artikel ni banyak di ilhamkan dari lagu itu.

Saya bersedia membantu Anda andai kata Anda dilanda permasalahan cinta. Add Yahoo Messenger saya di shueQry[at]yahoo[dot]com. Tak boleh taip ikut nama email asal, nanti penuh YM saya ngan mesej spam.
P/S:: sesuai utk aku.....hihihi...
ok MARJAN,anda boleh melupakan dia..............=) so,Time To Find sOmeOne !!!!!!!!!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...