:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, April 8, 2011

Menyalahkan takdir merosakkan iman

APAKAH hukumnya menyalahkan takdir tapi sesudah itu dia menyedarinya dan bertaubat di atas kesalahannya itu?

JAWAPAN:

Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman kepada qada' dan qadar Allah. Ia merupakan Rukun Iman keenam yang menjadi pelengkap keimanan kita sebagai manusia muslim. Menyalahkan takdir dibimbangi akan merosakkan keimanan kita. Wajib kita menyedari bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Perkasa dan setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah di bawah ketetapan-Nya.

Hikmah di sebalik semua itu hanya Allah yang Maha Mengetahui dan manusia diseru untuk berfikir atas setiap kejadian. Sehubungan itu, mantapkanlah akidah kita sebagai manusia ciptaan-Nya supaya tidak mudah tergelincir.

Firman Allah Taala: "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur lagi membanggakan diri." (Surah Al-Hadid: Ayat 23).

Maka, ayat ini mengingatkan manusia jangan terlalu bersedih andai ditimpa kesusahan dan terlalu gembira tanpa rasa syukur andai terima nikmat.

Mohonlah keampunan atas keterlanjuran kita dengan melakukan taubat nasuha dan sentiasa membaca zikir sebagai medium penyucian hati agar lebih mudah menerima setiap kejadian dengan penuh keredaan.

Syarat taubat yang diterima Allah ialah :

1. Segera meninggalkan perbuatan tersebut.
2. Menyesal.
3. Tidak mengulanginya.
4. Jika kesalahan itu berkaitan dengan manusia pohonlah maaf daripadanya.


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu datang berjalan untuk bertaubat Allah akan menyambutmu dengan berlari." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini Allah amat gembira hambanya yang bersungguh-sungguh dalam bertaubat.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...