(SUMBER:KOSMO)
APAKAH hukum seseorang itu membuang tahi lalat di wajahnya, sedangkan tahi lalat tersebut tidak memberi sebarang gangguan kepadanya dan juga tidak membawa sebarang penyakit?
JAWAPAN:
APAKAH hukum seseorang itu membuang tahi lalat di wajahnya, sedangkan tahi lalat tersebut tidak memberi sebarang gangguan kepadanya dan juga tidak membawa sebarang penyakit?
JAWAPAN:
Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah Maha Berkuasa menjadikan berbilion manusia dengan berbeza wajah. Wajah adalah salah satu identiti manusia. Semua manusia suka akan kecantikan. Hingga ada yang sanggup untuk melakukan apa saja untuk kelihatan cantik walau dengan cara yang dilarang Islam.
Kebiasaannya, di wajah manusia terdapat bintik-bintik hitam seakan-akan tahi lalat seperti sejenis penyakit kulit. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan membuangnya dari kulit tanpa mendatangkan kemudaratan kepada wajah. Namun, hukumnya haram jika membuang bintik-bintik hitam itu hingga mendatangkan kemudaratan memandangkan wajah adalah bahagian sensitif.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan ke atas anda". (Sahih Al-Bukhari)
Namun, seandainya tahi lalat itu terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya. Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat dengan tujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah yang asal.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment