bila aku nak kahwin nie??? (^____^)
so,jOm baca ape yg aku nk share ni...
nak yg lebih2....sila klik kat SINI.
Matlamat akhir sebuah percintaan tentunya menuju ke alam perkahwinan. Namun
begitu pastikan anda membuat keputusan untuk hidup bersama dengan sidia itu bersama perasaan yang ikhlas dan cinta yg mendalam...
Jika anda berkahwin kerana salah satu alasan berikut, bermakna anda sudah
membuat keputusan yang salah dan tidak mustahil jika perkahwinan yang anda jalani itu tidak akan membuatkan anda bahagia.
1. Menyenangkan Insan Lain
Ketika dalam tempuh bercinta, orang tua kedua belah pihak sudah pun mengenali diri dan menganggap anda sebahagian daripada keluarga. Ketika acara keluarga, si dia turut dijemput malah kalangan ahli keluarga anda tak segan bertanya bila anda berdua akan disatukan.
Sebagai anak, memang kita wajib membahagiakan orang tua tapi keputusan untuk berkahwin itu terletak di tangan anda. Anda lah yang tahu sama ada si dia itu serasi dengan anda atau sebaliknya. Orang tua mungkin senang dengan pilihan anda tapi anda sendiri bagaimana?
Jangan juga bernikah kerana termakan dengan desakan orang sekeliling yang
asyik bertanya. Pastikan diri anda dan juga pasangan bersedia kerana anda berdualah yang akan menjalani kehidupan berumahtangga nanti.
2. KERANA HARTA ATAU WANG
Bertemu dengan teman lelaki yang kaya dan tidak pernah berkira memang
dambaan setiap wanita. Pasti senang bila di saat hujung bulan, ada yang
menawarkan untuk belanja makan tengahari, ketika telefon rosak si dia
menghadiahkan anda telefon canggih yang anda idamkan. Malah ketika anda kesempitan wang, dia ringan tangan menghulurkan RM untuk anda.
Anda juga berangan untuk berhenti daripada bekerja setelah berkahwin dengan si dia nanti apatah lagi dia sudah pun melamar anda. Tapi hati-hati dengan keputusan anda ini kerana tak mustahil anda melakukannya kerana budi yang telah ditaburkan atau anda kabur mata dengan kedudukan kewangannya. Renungi dalam-dalam sebelum membuat keputusan, benarkah anda betul menyayangi dan ikhlas menerima dirinya bukan kerana hartanya.
3. USIA YANG MENINGKAT
Ketika ini ramai gadis yang membuat sasaran untuk berumahtangga pada usia
26 hingga 28 tahun. Ketika ini diri dirasakan sudah matang dan punya kerjaya. Namun hakikatnya manusia ini hanya merancang, tapi Tuhan juga yang menentukan.
Sebenarnya perkahwinan itu tidak perlu dihubungkait dengan umur seseorang.
Akan tetapi dalam masyarakat kita hari ini, wanita yang berusia 28 tahun
dianggap selayaknya sudah berkahwin. Lebih daripada usia itu, ada yang sudah melabelkannya sebagai andartu.
Jika anda termasuk dalam golongan wanita ini, jangan sesekali berasa tertekan terutama sekali sekiranya anda selesa dengan keadaan hidup anda saat ini.
Tidak perlu juga memaksa diri bernikah dengan calon suami yang baru dua minggu anda kenal hanya kerana bimbang usia yang semakin meningkat tapi masih belum bersuami.
4. TAKUT SENDIRIAN
Anda berusaha mencari bakal suami hingga mengenepikan latar belakangnya kerana tidak mahu memikirkan hakikat anda akan hidup sendirian sehingga usia tua. Tindakan ini tak mustahil akan membuatkan diri anda sendiri yang merana. Bagaimana kalau lelaki yang baru anda kenali itu hanya sekadar pura-pura baik?
Tak mustahil anda tetap ditinggalkan sendirian selepas berkahwin kerana lelaki yang diambil menjadi suami itu rupanya tidak ikhlas menikahi anda.
5. BEBAS DARI KONGKONGAN ORANG TUA
Kebelakangan ini anda selalu saja dileteri kerana kerap pulang malam. Walhal anda sibuk dengan kerja di pejabat dan bukan keluar bersama teman lelaki atau tunang seperti yang mereka sangkakan. Bosan mendengar leteran mereka, anda memutuskan untuk berkahwin agar lebih bebas ke mana-mana.
Jangan begitu.... Memang wajar orang tua berasa risau dengan keselamatan anak gadis mereka yang keluar bersama lelaki. Tapi berkahwin untuk merasa bebas bukan jalan keluar daripada masalah anda ini. Fikirkan dengan matang keputusan ini yer...
6. MAHU MEWARISI HARTA
Anda mempunyai teman istimewa yang kaya kerana orang tuanya orang berada. Anda berdua pula memang suka sama suka lalu tanpa berfikir panjang, anda terus menerimanya dengan harapan akan dapat menumpang senang. Anda juga berhasrat untuk mewarisi harta pasangan anda yang banyak tanpa memikirkan yang beliau sebenarnya mempunyai ramai adik beradik yang harus dibahagikan harta kedua ibu bapanya. Apa pun alasan untuk berkahwin sebegini salah dan ia juga bermakna anda berkahwin sebenarnya demi harta dan bukan sepenuhnya atas dasar keikhlasan serta cinta.
7. BERSAING DENGAN TEMAN
Bulan lepas, rakan baik anda melangkah ke jinjang pelamin, bulan sebelumnya sepupu anda menamatkan zaman bujangnya juga. Baru-baru ini anda menerima satu lagi undangan perkahwinan daripada rakan sepejabat. anda pula sudah empat tahun bercinta tapi belum ada lagi ura-ura untuk berkahwin.
Lantaran itu, anda sendiri sanggup menebalkan muka mengutarakan persoalan kahwin kepada teman lelaki anda. Jangan melatah bila melihat teman-teman lain sudah laku sementara anda belum lagi. Jodoh anda belum tiba jadi jangan memaksa kerana sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin anda sebenarnya belum bersedia atau ada lelaki yang lebih baik menunggu anda. Siapa tahu??
8. TERLALU BANYAK RAHSIA DIKETAHUI
Akibat terlalu akrab dengan teman lelaki, maka semua rahsia sudah anda ceritakan kepada dirinya termasuklah perkara yang negatif. Rahsia keluarga juga sudah diluahkan kepada teman lelaki anda.
Suatu ketika dia berhajat untuk memperisterikan anda sedangkan pada ketika itu bibit-bibit cinta kepadanya anda rasakan sudah semakin luntur. Tapi kerana takut teman lelaki membuka rahsia jika anda menolak lamarannya, maka anda sanggup menerimanya. Pastinya yang akan makan hati dan menyesal selepas ini adalah diri anda sendiri, bukan??
So, nasihat saya jangan jadikan alasan-alasan yang tersebut di atas untuk bernikah yer!!! Untuk kebahagiaan yang kekal selamanya, buatlah keputusan yang bijak :-)
Sekian.....
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment