:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, October 17, 2011

Kebiasaan dan Sepatutnya




1. Tengah jalan-jalan cover ayu and chomell on the way ke kelas, boleh pulak jatuh terjelepok kat tepi tangga..
"ahh!!! damn!! sakit kaki aku..siot nyer kasuh high heelsss" sambil muka merah2 tahan malu beb...

Sepatutnya :
" Innalillahiwainnailairojiu'n..kifarah dosa ni.."
Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH, (x semestinya bila orang meninggal jer kita ucap kalimah ni, even kita ditimpa musibah pon boleh juga. jatuh tu kan musibah namanya)

2. Malam-malam tengah dating dengan aweks kat pantai...ahh..pantai mana-mana lah...~~Tengok atas, ada bulan mengambang..sekali aweks tu jadi pontianak.er..itu cite lain..~~
Ayat si lelaki : "Cantiknya bulan malam ni, cantik lagi bulan di sebelah abang ni.." sambil senyum-senyum kucing gatal.

Sepatutnya :
"Subhanallah cantiknya bulan malam ni dinda. Rasanya kita belom Isyak lagi..jom g masjid kat area-area ni "(ade ke yg macam nie??!)
Subhanallah ▬ ► Maha Suci Allah,

3. Anak perempuan Encik A meninggal dunia dilanggar kereta ketika melintas jalan ketika pulang dari sekolah.
encik A "Kalaulah aku tak lewat ambil anak aku, mesti semua ini tak terjadi..."

Sepatutnya :
"MasyaAllah...aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.."
MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,

4. Tidur dan tidur lena sampai mimpi repeat 2 3 kali...teeettt terlewat subuh. Bangun kol 7.39 untuk subuh. Buka mata 5 saat pastu pejam balik...erk
Dalam hati. "lek dulu..nanti-nanti lah ak qada' balik..aishhhh"

Sepatutnya :
Dah tahu lambat tu bangun jer lah. Takkan takde rasa bersalah..huhu...
"Astaghfirullah..aku lewat subuh!!!" then terus ambil wudhuk. qada' time tu jugak
Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah

5. Korang perasan tak selalu kalau golongan pakcik2 or makcik2 kalo depa bangun dari duduk atau nak duduk, mesti dorang sebut "Allahuakbar" ? Kan indah ucapan itu daripada, "adeheii pinggang haku.." atau "sakitnya kaki haku"
(Korang tak perasan ke?aishh...Kalo tak perasan cuba pegi masjid, duduk sebelah mereka)
Mesti korang dengar. Yang indahnye, Allahuakbar tu macam memberi kekuatan kepada mereka ini. Allahuakbar. Sampaikan diriku dah terikut.
Ex roomate pon terikut lah kan..Kat kelas bila nak bangun dari tempat duduk die pon cakap lah Allahuakbar..tau apa kawan sekelas die cakap?
"Macam orang tua lah kau ni.."
:)~~
Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU, Allah maha besar

6. Selepas melahap 3 pinggan Kuew Teaw Goreng Tomyam...gulpp...sedapnye
"Kenyang giler weiii..rasa nak meletop je perut wa ni..." Mana xnak meletop nyer...makan over die nie..haissss

Sepatutnya :
"Alhamdulillah...terima kasih Allah..kenyang sangat dah ni. Masyaallah..haku ni terlajak makan ni!!..Astaghfirullah..lepas ni tak mahu makan berlebih-lebihan lagi...Allahuakbar.. "
Alhamdulillah ▬ ► segala puji hanya untuk Allah. ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

2 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Razf said...

nice~~ will remember that. tq

Unknown said...

Sifat manusia macam tu lah ,dah terhantuk baru terngadah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...