:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, October 31, 2011

Aurat





Sekiranya ada isteri,adik beradik atau sahabat kita yg tidak menutup aurat,
pesanlah kepada mereka agar janganlah dipamerkan aurat sebagai sebagai profile picture yang mana gambar itu boleh diakses oleh seluruh dunia.
Kurangkanlah dosa kalaupun tidak bertambah amalan.
Wallahu'alam
[FB SHAM KAMIKAZE]





"Wahai wanita berHIJAB lah..
laki-laki yang memandang wajahmu dan memiliki hasrat
sebab pandangannya yang tiAda HAK adalah DOSA.
dan DOSA itu menjadi tanggunganmu..
maka berHIJAB lah dengan SEMPURNA...."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

just nk share email yg Jan dapat...

_____________________________

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:

“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”

“Apa mimpi kau bertudung?”

“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”

“Macam baik sangat pakai tudung.”

“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung.”

“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,

“Baru MASUK ISLAM ke kak?”

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung?
Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.

“..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Ali -Imran:173-174)

Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur. Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.

Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?

Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.

Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

kredit utk adik Adibah Amalina
Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peringatan daripada Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur, 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, 59)






Nota kaki:seronok tengok kawan-kawan perempuan yang dahulunya "free hair"..
kini sudah berjinak-jinak untuk bertudung..
aku gembira. gembira melihat ketenangan pada wajah mereka..
betul,ikhlas aku cakap, wajah mereka lebih cantik & ayu sgt2 bila bertudung...malah lebih manis melihat mereka bertudung..
Sebenarnya bagi aku.. tudung itu tidaklah punya nilai apa-apa..
Nilai yang sebenar adalah apabila kita berjaya membuka hati kita untuk mentaati perintah-Nya..
dan mereka berjaya. :)
..ALHAMDULILLAH..
semoga kekal smpai akhirnya...ok?

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...