:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, October 6, 2011

Hidup kita kerana ALLAH. bukan kerana Manusia.


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita.
Apa yang kita buat semua salah.
Semuanya tak betul di mata mereka.
Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.
Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.
Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.


nota kaki: entah. tak tahu nk cakap ape..Hati org kan...kita tak kan tahu... sepanjang aku hidup,dah macam2 org aku jumpa... erm...kawan baik yg mengata kawan baik sendiri...org yg suka tikam belakang....mengumpat..... macam2...
errm..aku pn dah tahap menyampah ngn org macam ni... biar lah dia.. kat dunia ni,macam2 dia boleh buat.... ALLAH byr cash.. ALLAH akan "BAYAR" atas perbuatan seseorg tu...tak kisah lah dr segi ape...
skrg,aku pn malas nk ambik tahu org2 yg macam ni... biar lah...kita just senyap.. & tgk sampai bila dia nk buat macam tu...mengata kita kat belakang......
cuma 1 je aku nk bgtau,

1 jari kita menunjuk kesalahan orang lain,
sebenarnya 4 jari lain menunjukkan diri kita sendiri..
so,jgn terlalu menceritakan keburukan org lain
kerana kat situ lah kita dah ceritakan keburukan diri kita sendiri...

manusia macam2 ragam....
tak perlu kita takut dgn manusia...
kita hanya perlu takut dgn ALLAH SWT.

syukur sbb masih ada kawan2 yg baik berbanding dgn mereka2 yg berlagak "baik".
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

2 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Raz said...

ermmm.. tepat kena batang hidung saye.. hehehe

MARJAN IBRAHIM said...

rAZfira: tepat?heheh..part mana tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...