Sesuatu itu lebih baik untuk kita lepas dan lupakan.
Bukan kerana ego tidak mahu mempertahankan,
Tapi kerana hati sudah tidak lagi mampu bertahan.
Walau Segala apa yg kita mahukan, sedarlah semuanya milik dan perancangan Tuhan..
Terima pilihan Allah dengan redha.
Kerana kita tidak tahu hikmahnya.
Orang kata,
selalunya yang pernah disakiti itu akan menjadi seorang yang lebih kuat.
Antara semalam dan hari esok, kita punya pilihan untuk membesarkan yang mana satu.
Jika kenangan yang lebih banyak diputar, kita sedang memilih untuk lemah dan kaku.
Tapi jika hari esok yang lebih banyak diberi sinar, kita sedang memilih untuk melangkah lebih laju dan maju.
Hidup ini singkat.
Pilihlah untuk senyum.
Alhamdulillah,
Masih Kuat dan akan terus kuat.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment