actually,aku suka baca blog nih...Settle Kahwin.com
semua pasal kawen....so,aku nk share kat semua org...
Sebenarnya, penulis ada menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan di TV3. Terdapat satu segmen yang menarik perhatian penulis dalam program tersebut. Tajuk segmen itu ialah ‘Kenapa Wanita Lambat Kahwin’. Semasa menontonnya, penulis teringat kembali satu artikel yang telah ditulis beberapa bulan lepas – yang juga berkait rapat dengan tajuk di atas.
Artikel yang dimaksudkan adalah ‘8 Sebab Kenapa Wanita tak Kahwin-Kahwin’. Artikel ini banyak mendapat komen-komen daripada pembaca sekalian. Ramai jugak yang tak bersetuju kerana penulis memasukkan ‘Pentingkan Kerjaya/Karier’ sebagai salah satu faktor yang menyebabkan segelintir wanita lambat atau tak kahwin-kahwin. Nak tak nak, penulis terpaksa senaraikan jugak perkara ini, kerana ia adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada fenomena kenapa wanita lambat kahwin.
Tetapi janganlah you all salah faham pulak. Penulis tak pernah mengatakan bahawa mengejar karier itu satu perkara yang buruk atau tak baik. Dulu lain, sekarang lain. Waktu zaman dulu-dulu, anak dara hanya menunggu masa untuk dinikahkah dengan calon suami pilihan ibu bapa. Kerjaya adalah sesuatu yang jarang difikirkan oleh wanita pada ketika itu. Pada zaman sekarang pula, fikiran wanita lebih moden dan ‘advanced’ dan mereka lebih bebas memilih. Maka, tak hairanlah kenapa ramai wanita la nie yang gigih berusaha untuk membina karier yang lebih baik untuk masa depan yang cerah. So, kalau mana-mana wanita lebih mengutamakan memburu karier daripada memburu calon suami, maka ia adalah satu perkara yang amat baik sebenarnya.
Dengan mempunyai pekerjaan atau karier yang bagus, wanita dapat membantu diri sendiri serta membina masa depan yang lebih cerah. Tak perlu lagi bergantung pada lelaki semata-mata. Maklumlah sekarang ini bukannya mudah untuk mencari lelaki yang baik dan benar-benar menyayangi diri kita. Bayangkan jika sesebuah rumahtangga itu mengalami keretakan, jika anda berkerjaya, anda tak perlu risaukan masa depan sendiri dan anak-anak kerana anda seorang diripun mampu untuk memberi mereka suatu kehidupan yang serba lengkap..
Di samping itu juga, sesetengah wanita mungkin merasakan bahawa dia perlu membantu ibu, bapa, adik beradik, atau saudara mara terlebih dahulu sebelum mengejar kebahagiaan berumahtangga. Secara ringkasnya, biarlah keluarga hidup senang dahulu, kemudian barulah fikirkan tentang masa depan diri sendiri. So, tak dapat dinafikan bahawa kerjaya itu memang penting buat seseorang wanita.
Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap wanita yang lambat atau tak kahwin-kahwin ini. Mereka menganggap wanita demikian sebagai ‘tak laku’, kemudian disusuli pulak dengan gelaran ‘andartu’ (anak dara tua). Sebenarnya, pada zaman moden ini, perspektif tersebut harus berubah dan dibuang sejauh-jauhnya. Tolong, tolong dan tolonglah jangan menilai mereka dari status perkahwinan mereka. Sedarilah bahawa jodoh itu di tangan Tuhan. Jika Dia mengkehendaki umatnya berkahwin, maka berkahwinlah ia. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi, janganlah kita mengata atau mengecam mereka yang lambat bertemu jodoh kerana sesungguhnya terdapat sebab yang kukuh di sebalik apa yang terjadi. Daripada mengecam, lebih baik kita mendoakan agar mereka mudah atau cepat bertemu jodoh dengan calon yang beriman, baik dan penyabar. Begitulah yang sepatutnya.
Wallahualam.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment