:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, May 6, 2011

Selamat hari Ibu.(8.Mei.2011)





8 Mei 2011 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2011 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2011 di Indonesia









Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa.
Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu.
Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini.
Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.
Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.







Riwayat Seorang Ibu

Mak...
Setelah kau tiada
Kenangan manis bersamamu sering muncul
Keheningan malam begini sering menggamit
Belai kasih dan ukiran senyummu ibu...

Mak...
Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat
Aku sering membayangkan
Itulah pengalamanmu

Melahir dan membesarkan 12 orang anak-anakmu
Sudah cukup menyiksakan
Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu
Jauh lebih berat dari itu

Mak...
Sewaktu hayatmu dulu
Telah ku cuba semampuku
Untuk membahagiakanmu

Dan waktu itu aku kira cukup
Memadai dengan kemampuanku
Waktu itu aku kira, ia cukup
Untuk membalas jasamu

Tapi kini Mak..
Seringku rasakan
Bahawa aku tidak pernah berbakti
Sama sekali untukmu

Tidak cukup dan tidak mungkin
Akan cukup sama sekali
Untuk membalas pengorbananmu

Oh Mak...
Aku ingin sekali kiranya
Kau ada di sisi saat ini
Mengecap nikmat hidup bersama kami
Menikmati hidup hasil pengorbananmu

Mak...
Masih ku ingat lagi di zaman kecilku
Saban hari kau hidup berpanas berhujan

Di gelap pekat sebelum subuh lagi
Di waktu insan lain masih lena tidur
Ibu berlampu minyak keluar bekerja

Mak...
Bertahun aku merantau menuntut ilmu
Berjuang atas keringat dan pengorbananmu
Abang dan kakak juga begitu
Kononnya berusaha untuk membahagiakanmu

Namun
Alangkah malangnya dikau
Belum pun puas aku berbakti kepadamu
Dikau pergi ke pangkuan Ilahi
Pergi buat selamanya tidak kembali lagi

Mak...
Mulia hatimu tidak terperi
Ibarat lilin membakar diri
Berbakti dengan setulus hati
Dan darimu ibu banyak aku pelajari

Erti kepatuhan pertiwi
Erti pengabdian Ilahi
Erti kebaktian di alam ini
Erti pengorbanan insani

Mak...
Aku amat bersyukur sekali
Mendapat Mak yang sangat disenangi
Dinilai amal budi dan bakti
Hingga pemergianmu Mak ditangisi

Seluruh laman dan rumah usang dibanjiri
Memberi penghormatan terakhir kali
Mengirim jasadmu ke pusara sepi
Pergi menemui Ilahi



mak...
Ampunkanlah aku
Jika pernah mengecewakanmu
Halalkanlah setiap titis susumu
Yang kau beri untuk menghisupkan aku

Halalkan setiap titis
Keringat pengorbananmu
Sepanjang hayatmu
Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...
Ampunilah segala dosa Mak
Janganlah kau siksa ia
Kau rahmatilah, kau kasihilah ia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu ya Tuhan
Agar aku dapat menyambung amal Mak
Dan demi Mak
Aku wakafkan harta dan diri ini

Aku rasakan hidup ini singkat sekali
Ingin ku sambung amal dan bakti mu
Untuk membahagiakan insan seperti mu
Insan yang bernama Mak

Al-fatihah buat Mak
Al-Fatihah...












Rindu Arwah Mak.
Sangat2......



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...