Apa sebenarnya motif mereka membuat perkara keji macam nie yea?, dan kenapa motif sasarannya cuma wanita? adakah motif dendam atau saje suka-suka melihat mangsa mengerang kesakitan? ngeriii pulak rasanya nak berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur nie, minta dijauhkan dari kita, sama-sama kita sentiasa beringat.
Berikut sumber dari Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. (18 okeh!!!)
- Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi.
- Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.
- Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.
- Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT.
- Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.
*_*: Minta dijauhkan dari kita, beringat selalu…
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment