:: Mereka2 Yang CooL !!::

Saturday, June 11, 2011

~JODOH itu DI CARI ATAU HANYA MENUNGGU ???~




Asallamu'alaikum Wrhmtulloh Wbrkatuh...

Tuhan memberikan kita perkara yang mampu kita kawal. Melalui hati, tubuh dan akal. Tuhan juga memberikan kita perkara yang langsung kita tidak mampu kita kawal.

Namun itu semua sudah maklum. Cuma terkadang ada perkara yang berada di tengah-tengah. Diantara boleh dengan tidak. Jodoh misalnya. Ada yang beranggapan ia bisa dikawal. Tapi ada juga mengatakan ia tidak bisa di kawal.

Anggapan jodoh bisa di kawal maka ia perlu di cari itu betul. manakala anggapan jodoh itu tidak bisa dikawal dan ia akan datang sendiri juga betul. Jadi apa yang betul sebenarnya?

Jangan dicari titik perbezaannya. Cari titik persamaan antara hal itu.

Tuhan memberikan ganjaran yang besar atas proses. Bukan hasil.

Menunggu itu proses.Mencari itu proses.
Proses yang hanya bisa di laksanakan dengan sifat sabar.
Jadi di sini sabar adalah titik persamaan bagi kedua-dua proses itu.

Jika kita bisa bersabar dengan menunggu. Teruskan.
Jika kita bisa bersabar dengan mencari. Teruskan.

Jangan kerana kita menunggu tetapi jodoh tidak juga hadir. Maka kita mulai hilang sabar juga dengan proses mencari.

Jangan pula kerana kita mencari kita tidak juga ketemu jodoh. Maka kita hilang sabar denagn proses menunggu.

Tetapi jika keduanya, tidak juga mampu membuat kita peroleh jodoh. Sabar.....

Kerana yang utama, kita sudah menjalani proses itu dengan sabar. dan ganjaran jika tidak di dunia, di akhirat.

Tetapi jangan putus asa dengan sabar. Sabar yang bermakna kita tidak mempersoalkan tuhan dengan takdir yang terjadi. Sabar dari berburuk sangka dengan tuhan, manusia dan diri sendiri.
Yang pasti, jodoh itu akan datang juga. Jika proses itu berjalan. Jika tiada proses. jangan mengharapkan hasilnya.

(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥ `·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´ Semoga bermanfaat... ♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫ barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir Salam Ukhuwah fillah (¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥ `·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥ ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ ♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...