:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, May 23, 2011

GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT..!!

Salam takziah untuk mangsa tragedi tanah runtuh yang menyebabkan rumah anak yatim tertimbus bersama penghuni dan penjaganya ..
Rumah anak yatim tersebut berada di lereng bukit..
di percayai tanah runtuh berpunca dari hujan lebat..
14 orang mangsa di khuatiri masih tertimbus termasuk seorang penjaga...
setakat jam ini, 3 orang di sahkan meninggal dunia..
200 penyelamat di kerah ke tempat kejadian..
sumber: astro awani.

sumber: sinar harian
KAJANG - Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 20 pelajar dan empat warden terpeangkap dalam runtuhan tersebut.

"Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian dan menyebabkan dua mangsa maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang sekiranya berlaku lagi runtuhan.

Sementara itu, dalam laman Twitter, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

"Saya sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebabkan kematian. Kerajaan negeri akan sediakan tabung bantuan mangsa dengan segera," dipetik daripada Twitternya.

Seramai 49 orang berada di kawasan terbabit ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.


#update

setakat jam ini 5 orang mangsa di sahkan meninggal dunia..

12 lagi masih terperangkap dalam timbunan tanah..

Y a Allah..semoga mereka selamat...


#update: 11:42 malam
jumlah mangsa= 25 orang

10- Terkorban

6 -Masih tertimbus

9 -Selamat






**SubHanaALLAH.....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...