:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, May 12, 2011

7 Tips sejukkan badan ketika cuaca panas

Tentu semua merasai bahang kepanasan yang melanda Malaysia sekarang. Suhu yang mencecah 36-38 darjah celcius setiap hari bukan sahaja boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti batuk dan selsema, malah mudah mengalami sakit kepala. Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.


1. Banyak minum air putih



Minum air putih merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas. Malah, pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar minum air sebelum mula berasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini bawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk kita ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Makan yogurt



Selain kaya dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman, yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan.

3. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air


Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air ataupun tembikai susu (honeydew), betik yang mengandungi 91% air dan juga nenas yang mengandungi 84% air. Kesemua buah-buahan tempatan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah didapatkan dengan harga yang berpatutan.

4. Ambil sayur-sayuran yang mengandungi banyak air



Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Sayur-sayuran ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan malah ia sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

5. Salad


Juga digalakkan mengambil salad sebagai menu ketika cuaca panas untuk tujuan menyejukkan badan. Tetapi pengambilan mayonis yang dicampurkan ketika makan bersama salad perlu berpada-pada.

6. Minuman sejuk



Boleh juga minum minuman sejuk seperti Lai chi kang, bandung cincau dan pelbagai jenis minuman sejuk yang lain

7. Minum jus buah-buahan



Banyakkan minum jus buah-buahan yang asli. Seperti jus tropika, jus nenas tembikai atau jus pegaga. Elakkan dari menambah kandungan gula kerana buah-buahan sememangnya mengandungi kandungan gula yang lengkap untuk tubuh badan. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

Kredit to Blog Try Masak
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...