:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, July 5, 2012

Yakin dengan Takdir ALLAH.



assalamualaikum...... 

mungkin semua rasa macam xpuas kan tgk Irma Hasmie & suaminya.. :)
saya pun macam tu jugak.... (^____^)
Irma sgt2 lah cantik...
Pada mata saya, dia sgt sempurna...

semua pun sedia maklum kan yang Irma berhijab selepas macam2 dia di uji masa dia bercinta ngn Nabil dulu...
Terus Terang saya bgtau... dulu saya langsung x minat Irma... sbb dia terlampau seksi....
sangat2 lah seksi.... Tapi saya mengaku... dia cantik...
suka sgt tengok mata dia......
Tapi bila dapat tahu dia couple ngn Nabil, rasa macam something wrong yg xkena ....macam tak sesuai....
tapi, siapa lah kita nk tentukan jodoh manusia kan?
itu semua keje ALLAH.....

bila dah lama x ambik tahu pasal perkembangan Irma......
tetibe ada terbaca satu blog....yang Irma pergi Mekah... & balik dari mekah Irma dah bertudung...
Ya ALLAH sgt cantik......
rasa x puas tgk muka dia masa tu..... (macam tengok depan2 plak kan? hehhehe...tengok dlm internet pun jadi lah...hehhe)

Rasa macam cemburu pun ada... sbb ALLAH bg Irma petunjuk slpas apa yg jadi pada diri Irma...
Allah Maha Mengetahui segalanya......

tup2, dapat tahu...Irma akan bertunang...
Ya ALLAH, sgt sempurna perjalanan ALLAH bg kat Irma...
masa tu terpikir jugak... siapa Bakal tunang Irma...
 godek punya godek blog...
terjumpa 1 blog... Irma cerita pasal macam mana dia di temukan dengan jodohnya....

AKTRES dan pengacara cantik ini pernah kecundang dalam percintaan termasuk dengan pelawak terkenal Nabil Ahmad.


Namun dia langsung tidak menyangka jodohnya akan tiba di depan Kaabah, Mekah ketika dia menunaikan umrah buat kali ketiga seorang diri baru-baru ini.


Akui pemilik nama penuh Irma Hasmie Ibrahim ini, dia sememangnya mendoakan yang terbaik buat dirinya ketika di depan Kaabah.


Ini kerana dia menganggap jodoh yang ditemui kota suci Mekah itu adalah yang terbaik.


Sebab itu dia bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan dalam bidang pengiklanan bernama Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31, pada 24 Mac lalu selepas hanya sebulan lalu pertama kali bertegur sapa ketika di Mekah iaitu pada 14 Februari lepas.


Sebelum itu, Irma,30, terlebih dahulu dirisik oleh keluarga Rezza pada 12 Mac lalu.


Disapa bakal ibu mertua


Bercakap mengenai hubungannya dengan Rezza yang masih baru itu, Irma yang ditemui pada majlis pertunangannya di kediaman keluarganya di Desa Confields, Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lepas berkata, sejujurnya dia tidak pernah merancang untuk bertemu jodoh dalam waktu terdekat.


“Namun, saya akui ada berdoa di depan Kaabah agar diberikan segala yang terbaik untuk diri ini.


“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya.


Tambah Irma: “Namun, apa yang membuatkan saya tertarik dan bersetuju untuk mengikat hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh disebabkan jodoh ini ditemui di depan Kaabah.


“Kedua, saya sendiri cukup senang apabila bersama dirinya dan ketiga, hubungan kami direstui oleh kedua-dua pihak keluarga. Saya dapat merasakan restu itu, inilah sebabnya saya bersetuju untuk bertunang dan seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan,” ujarnya yang cukup anggun menggayakan busana rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.


 Menceritakan kembali detik-detik pertemuannya dengan Rezza ketika di Mekah, semuanya bermula apabila dirinya disapa oleh ibu Reza, Datin Azizah Osman.


Irma kemudiannya terlebih dahulu berkenalan dengan bapa dan adik perempuan tunangnya itu sebelum dia akhirnya diperkenalkan kepada Rezza oleh ibu Rezza sendiri.


“Saya disapa oleh ibu Rezza, kemudian saya berkenalan dengan seluruh keluarganya yang turut menunaikan umrah waktu itu.


“Mereka kenal saya sebagai seorang pelakon, tetapi di sana semua orang sama sahaja dan orang terakhir dalam keluarga itu yang datang berkenalan dengan saya ialah Rezza. Memang pertemuan kami tidak dirancang,” bicara Irma.


Tidak sempat bercinta


Tiba di Malaysia, ibu Rezza kemudian menyampaikan hasrat untuk meminangnya, lantas diterima oleh Irma dan keluarganya dengan hati penuh terbuka.


“Pulang ke Malaysia, saya ada berjumpa dia beberapa kali, kemudian ibu Rezza ada cakap untuk masuk meminang, mereka datang merisik dan sekarang saya sudah bertunang.


“Memang tempohnya agak cepat tetapi saya percaya dengan jodoh yang sudah ditentukan Allah untuk saya ini,” ucapnya.


Tutur Irma lagi, disebabkan ‘hubungan pantas’ mereka itu, Irma belum sempat untuk mengenali hati budi atau melalui episod cinta sepertimana kebiasaan di kalangan pasangan kekasih yang lain.


“Ya, memang tidak sempat nak bercinta dengan Rezza tetapi saya sempat mengenalinya. Sebenarnya hubungan kami lebih kepada diatur keluarga.


“Sungguhpun begitu, kalau diatur keluarga pun tetapi andai saya tidak suka hubungan ini tidak boleh diteruskan juga (ketawa). Apa yang boleh saya katakan dia seorang lelaki yang terbaik buat saya,” tegas Irma sambil tersenyum manis bercerita tentang bakal suaminya itu.



 
Sangat sempurna kan aturan ALLAH swt?
Syukur Alhamdulillah Irma ditemukan jodoh di rumah ALLAH....
tunangnya jugak hensem.... jauh lebih baik dari sebelumnya....
semua org ada impian yg sama kan? Ingin ke sana.......
bertuahnya org yg dapat ke sana....... (^_^)
 
bila tengok cara Irma ditemukan jodoh dengan suaminya.... Rasa macam Ya ALLAH.... sempurnanya aturan ALLAH.... betul lah... ALLAH beri kita jumpa org yg salah sbb ALLAH nk temukan kita dengan orang yg jauh lebih baik dari sebelumnya... ALLAH nk kita jadi kuat... ALLAH nak kita sentiasa mengingatiNYA...( betul.....mungkin selama ni, saya ada "terlupa" dengan ALLAH... :'[ )
 
Pengajaran yg saya dapat dari perkahwinan Irma Hasmie ni,
" Cinta selepas kahwin itu lebih diredhai oleh ALLAH..."
 
so, xpelah single sekarang ni... kan? (^___^)
 
Ape2 pun, syukur Alhamdulillah...
Allah masih lagi kuatkan hati saya selepas saya kecewa hampir 5 tahun lepas...
sampai sekarang still rasa macam dah tak nk pk dh pasal couple2.... Biarlah ALLAH yg tentukan segalanya..kerana Allah lah yg menyediakan jodoh kpd kita.....
cuma cepat ngan lambat je.. yang penting kita kena usaha & sentiasa berdoa semoga ALLAH berikan jodoh yg baik & boleh membimbing kita ke Jalan ALLAH.. insya ALLAH.....
 
 

 Bila seorang wanita mencintai Allah,
Allah akan memberi lelaki yg terbaik untuk menjaganya.
Insha Allah.


#semoga saya pun kearah itu jugak.InshaAllah


it's all i need


Lots of Luv,
~Jan~


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

4 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Unknown said...

sabar yea jan.. kahwin awal pun byk cabaran.. msg2 xmatang lagi.. pelbagai mslh timbul.. insyaallah.. setiap org ada jodohnya.. :)

Azmazaira Jamaludin said...

Saya mendoakan yang terbaik untuk jan. U deserve someone better :)

MARJAN IBRAHIM said...

TQ Dayah...
yes.. semua perkahwinan ada masalah masing2.... :)

MARJAN IBRAHIM said...

azma: thanks dear... insya allah.. u too... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...