:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, May 9, 2011

"Nora Elena"

sumber:: EnCik Gua.Com

ari ni 1st episod cite ni kat TV 3.... excited gile nk tgk sbb drama ni diadaptasikan dr sebuah novel....Tajuk novel tu KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha.

yang buat aku excited gile nk tgk drama ni sbb ada Aaron Aziz...hehehe....
Hensem kan? aku mmg suka kat dia....(biar lah dia laki org pun...hehe)

Ok...yg ni nOvel Original Drama ni...
Tajuk Novel ni "KASIH YANG SUCI"



Sinopsis::


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Oh!! Jatuh Hati pada beliau....
Sumpah!!!
Tapi dia suami org...
(T_T)
Taknak!
Keciwa.....



PrOmoT: setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

1 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

azira said...

mcm beshh jer jan...nk tgk r...im also like aaron aziz...urmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...