- Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.
- Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.
- Berikut adalah tips-tips tersebut:
- Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
- Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
- Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
- Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
- Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
- Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
- Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.
“Renung-renungkan dan selamat beramal ….”
http://kursusperkahwinan.com/8-tips-menjadi-isteri-solehah/
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment