:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, July 9, 2012

Antologi Orang Berdosa: Dia Memilihku

assalamualaikum...
weekend ari tu kuar...
singgah kedai buku..
nk cari novel...
tapi tak tahu novel ape yg best skrg ni...
pastu ternampak satu buku ni...
"Antologi Orang Berdosa"
bila baca, mmg best..
ada part yg betul2 buat insaf....



Sinopsis
Lima buah cerpen pendek yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata-kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan. Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan.

Dendam anak-anakku - "Kalau kau berdua nak ayah merayu, sekarang juga ayah merayu. Ayah minta maaf dan ayah merayu sungguh-sungguh. Jangan kerana dendamkan ayah, kau jauhkan diri daripada TUHAN. Kesiankan mak, kesiankanlah ayah, nyawa ayah dan mak dah tak lama, nak."

Dialah ahli syurga - “Kurang ajar! Cakap, mana duit aku? Kau dah jadi bisu ke, hah? Dahlah tiga suku, tak habis-habis nak nyusahkan aku. Hei… geramnya aku! Kenapalah emak beranakkan kau? Kenapa emak tak picit aje kau daripada kecil? Biar kau mati tak menyusahkan sesiapa!”

Dialah call girl itu - Mila tidak berminat mengejar cinta dunia lagi! Hanya cinta TUHAN yang dicari. Setelah hatinya penuh dihuni oleh lelaki, cukuplah rasanya dia merasai nikmat cinta terhadap lelaki. Nikmat yang penuh dosa. Dosa yang boleh mengheret mukanya ke lubuk neraka.

Landasan ke syurga - Ya, aku tewas saat ini! Tapi, aku tetap bangkit dan akan kembali setelah segala kelemahan Islam kubongkar. Sekaligus akan kulenyapkan terus pengaruh Islam di muka bumi ini. Itu azamku!

Kekasih ALLAH itu aku - Ya ALLAH, ampunkan dosaku. Andai mampu kuputar semula waktu, takkan kulakukan perbuatan terkutuk itu. Kubelai nafsu dengan murkamu ya ALLAH. Adakah lagi pengampunan-MU buatku ya TUHAN?

#NotaKaki ~ Hobby saya baca buku... semua buku saya baca... Novel, buku masakan,buku pengantin, buku untuk bakal dapat anak... :)
Ilmu penuh didada dah ni pasal perkahwinan,pasal baby2 nih...hehehe
kawen je tak tau bila... Insya Allah, ALLAH akan bg jodoh... :)

Lot of Luv,
JAN
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

4 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

ismi nurash said...

buku ni memang best..lain dri kebiasaan alaf21.. :)

MARJAN IBRAHIM said...

KAN? lain dari yg lain...
isinya mmg insafkan... :(

Hadramawt Kingdom said...

nak baca jugak la yg ni. Sbnrnya sy cari review on antologi orang berdosa islamku hanya pada ic, tp ini pun mcm menarik.

p/s: sama la kte..hee..nak nikah!!:P

I follow u..

http:cikerza.blogspot.com

MARJAN IBRAHIM said...

Hahahaa buku nikah paling best baca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...