**Jom Baca...
sumber:: Blog Bro Razzi...
_______________________________
Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG!
Best kan? Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta…
TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya…
· Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya
· Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana
· Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung
· Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya
· Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami…
Bukankah semua ini hanya dapat dilakukan jika kita dikecewakan? Siapa yang dapat merasa seperti kita rasa? Perit, pedih, sakit, sedih, jiwa lara, hati luka…tiada siapa yang dapat merasakannya melainkan kita yang kecewa… BESSSST!!
Honestly, Bro selalu terima 3 pertanyaan ini,
· “Bagaimanakah untuk melupakan dia yang pernah kita cinta?”
· “Bagaimana untuk hilangkan rasa rindu pada bekas kekasih?”
· “Bagaimana untuk jauhkan cinta padanya dan kekecewaan lalu?”
My answers to you, especially to all girls yang selalu bertanyakan soalan ini, “TIDAK PERLU!” YES!…Tidak perlu lupakan, tidak perlu hilangkan dan tidak perlu jauhkan!
Why??…the answer is easy!
1 ~ Dia yang sekian lama kita cintai, bertahun sayangi, berkurun lama kasihi…Mana mungkin kita lupakan? Orang yang kita benci pun kita tidak dapat lupakan, inikan pula orang yang pernah kita cintai? So, tidak perlulah kita bersusah payah untuk melupakannya. Okey, aku dah break…damned! But, lebih baik aku nikmati pengalaman yang tidak ternilai ini
2 ~ Rindu akan bertamu setiap kali kita kesunyian…so biarkan, enjoy it! Yes, dia kecewakan kita..dan biarlah dia tak rindu kita, kita nak rindu dia…kita nak have fun with this feeling, so what?! It’s my life…Bila ada yang lain …aku rindu orang lain lah pulak haha
3 ~ Menjauhkan diri dari pengalaman cinta yang lalu dan kekecewaan dulu tidak akan membuatkan kita bahagia, sebaliknya jika kita take it as a lesson…something yang dapat kita pelajari dari kesilapan lalu, maka ianya akan menjadi sesuatu yang menguntungkan! Embrace it!!
SO, Sometimes, kita kena hargai saat kenikmatan ini, nikmat kecewa, saat yang amat menghancurkan jiwa. Ingatinya, abadikannya…it makes us wiser, YES! Kerana nikmat dikecewakan akan menjadikan kita …seorang yang lebih strong, lebih bijak dan lebih berjaya di dalam percintaan yang akan datang!
“Berlakunya perpisahan, kerana akan berlaku satu pertemuan baru. Berlakunya kekecewaan kerana akan berlaku satu kebahagiaan baru!”
______________________
**Jangan pandang seseorang itu pada luarannya.Pandanglah seseorang itu dalam hatinya.
So,Orang yang mukanya nampak baik,tak semestinya dia baik. Dan orang yang mukanya sampak ganas,tak semestinya dia ganas. Oke? Tapi jangan pulak anggap macam tu kat semua orang tau..kenali hati budinya dahulu…. Sayangi orang yg betul-betul menyayangi diri anda. Ingat,bercinta bukan semata-mata untuk bercinta. Bercinta adalah tiket untuk kita berfikir untuk berkahwin dan sehidup semati….Percayalah, Kahwin itu sangat beeessttt……..!!!
…so kenalah rasa Besssstnya kecewa, sebab Bestnya kita nak akan dapat cinta yang baru , YAHOO!!
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment