GAMBAR menunjukkan Mark Wheeldon (kanan) berjabat tangan dengan Vince Champion yang menawarkan pekerjaan kepadanya di Stoke-On-Trent, baru-baru ini.
Seorang penganggur, Mark Wheeldon berumur 23 tahun yang memegang kayu mengandungi poster meminta pekerjaan bertuah kerana akhirnya dia mendapat kerja selepas 20 minit dia ditemu duga oleh seorang ahli perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini dia menganggur selama dua tahun. Dia mempromosikan dirinya di tepi jalan di sini bagi meminta pekerjaan selepas bosan hidup dengan mendapat elaun sara hidup kerajaan.
Selepas tiga jam berdiri dengan memegang poster itu, seorang ahli perniagaan yang merupakan pengarah sebuah kilang, Vince Champion menghampirinya setelah dia melihat lelaki tersebut dari keretanya.
Dia kemudian membawa Mark ke pejabatnya dan menemuduganya selama 20 minit sebelum menawarkannya bekerja di sebuah kilang membuat bingkai.
Menurut pengarah kilang itu: “Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 8 pagi, saya melihat Mark berdiri dalam hujan memegang kayu poster itu untuk meminta pekerjaan.
“Saya berpendapat, jika terdapat seseorang yang sanggup berdiri dalam hujan, dia mesti nekad untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut pandangan saya, dia akan menjadi aset untuk mana-mana syarikat.” ~~ Agensi
nota kaki:: syukur lah dgn keje yg kita dapat skrg ni... jgn merungut ape2.... ramai lagi org yg tak "setuah" kita...
1 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
oooO dapat kerja, ingatkan nak bagi kereta ke, umah ke...
Post a Comment