:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, June 27, 2011

Aurat,Wanita & neraka [Part 1]


Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.

Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.

Wanita Dan Aurat

Hijab Our Right!Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.

Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

Siapa Yang Berhak Lihat?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!

Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.

Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.

Aurat Dan Kita

“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.

“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.

“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.

“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.

‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.

“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.

Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.

Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.

Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.

Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.

“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”

Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.

Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.


Failed! Dadanya terdedahAna pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau.

Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.

Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”

Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.

“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.

“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.

“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.

“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.

Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?

“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.

Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?

“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”
[bersambung.....]


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:31]

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...