Sabar.
itu je yg aku mampu ucap dalam hati.
Perjalanan hidup manusia ni panjang kecuali kalau Allah nak tarik nyawa kita awal-awal.
Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
setiap org ada masalah.
setiap org sentiasa di Uji oleh ALLAH SWT.
ape2 pun,hati kena kuat..
Ya, luaran...aku nmpak kuat.
tapi dalam hati aku?
tiap2 mlm menangis.
nk luah,xnk menyusahkan org.
Hanya ALLAH yg yg dapat mendengar luahan hati kita...
ALLAH Maha Mengetahui.
seramai mana pun kita ada kawan2, kalo kita kongsi ngn mereka, kita yakin ke yg mereka akan betul2 keep masalah kita? mnereka betul2 ke akan faham masalah kita?
Hanya ALLAH je yg memahami kita.
& aku tahu,aku tak lah "sebaik" orang lain.
aku pun ada kelemahan sendiri...
setiap org berhak insaf kan?
Kat dunia ni ada macam2 jenis org kan?
terlampau ramai org yg sgt2 hipokrit.
terlampau ramai org yg bermuka2.
terlampau ramai org yg suka kutuk-mengutuk.
terlampau ramai org yg suka cakap belakang2.
kenapa ya?
Macam2 hal...
kita baik ngn org.
kita buat baik ngn org.
kenapa kebaikan kita tu di balas dgn macam2 yg negatif?
macam2 yg tak sedap di dengar?
Org selalu cakap, " jika kita berbuat baik, Kebaikan pula yg kita akan terima"
betul ke?
tapi kenapa Kebaikan yg aku buat,selalu org dapat balasan yg jahat? yg keji?
ermm.....takpe lah. Bersabar. tu je aku mampu buat.
aku ni bukan jenis yg penyabar. aku mengaku.
tapi entah. sejak2 di alam kerja, macam2 manusia aku jumpa..
manusia yg baik. manusia yg hati busuk. manusia yg hati keji.
sbyk aku pelajari. aku suka perhatikan gelagat org.
kadang2 kat sudut hati rasa macam kesian...
kenapa diorg macam tu?
kenapa diorg bersikap pentingkan diri sendiri?
aku sayangkan org sekeliling aku.
aku sayangkan keluarga aku.
aku sayang kan kawan2 aku.
aku sayangkan mereka2 yg rapat ngn aku.
aku sayangkan mereka2 yg sayangkan aku.
aku sedaya upaya nk jadi anak yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi adik yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi kawan yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi pekerja yg terbaik [tanpa membodek bos].
tapi kenapa aku rasa aku macam GAGAL?
aku tahu,aku bukan lah anak yg baik.
aku tahu,aku bukan lah adik yg baik.
aku tahu,aku bukan kawan, sahabat yg baik.
Dan aku tahu,aku bukan lah pekerja yg baik.
tapi aku dah sedaya upaya menjadi yg terbaik.
Bukan senang nk puas kan hati semua org kan?
aku risau kalo orang sekeliling aku ada Problem.
aku risau kalo orang2 yg aku sayang ada problem.
masalah mereka,automatik akan jadi masalah aku.
mereka sedih,aku turut akan sedih.
mereka menangis,aku turut akan bersama2 mereka.
aku sayangkan mereka.
bukan nk tunjuk aku ni baik.
Bukan nk tunjuk aku ni caring.
tapi apa yg aku buat,ada lah kerana diri aku.
It's justMe.
Full of empathy.
Bila aku tgk Famili aku x OK,
aku akan susah hati.
sedih.
Bila aku tgk kawan2 aku x OK,
hati aku rasa lain.
x happy.
sedih.
Entah.
Allah bagi sifat tu kat aku.
Aku terima dengan redha dan hati yang terbuka.
aku bukan jenis yg pentingkan diri sendiri.
aku sayangkan Famili aku.
aku sayangkan kawan2 aku.
aku sayangkan orang2 sekeliling aku.
aku sayangkan mereka melebihi diri aku.
aku akan pentingkan mereka,melebihi kepentingan diri aku.
aku sanggup pendamkan rasa kecil hati aku.
aku sanggup pendamkan rasa sedih aku demi org2 sekeliling aku.
aku kena buat2 kuat.
aku kena buat2 tenang.
kekuatan aku adalah arwah mak.
bila hati aku x kuat,aku akan ingt arwah mak.
bila hati aku tak tenang,arwah mak lah yg sentiasa muncul seakan2 bg semangat kat aku.
Rindu.
tu je yg mampu aku luah.
Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan,
itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
nota kaki: semua org tidak sempurna. hanya ALLAH SWT yg paling sempurna.
Beryukur lah apa yg ada.
**** 1st time tulis ngn panjang Lebar....
LEGA.
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment