:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, August 15, 2014

Ibu Hamil: Vitamin SHAKLEE yang BOLEH dan TIDAK BOLEH diambil!! SILA ALLERT OKAY!

Assalam..

 Setiap wanita yang telah disahkan hamil oleh doktor atau pakar kesihatan, pasti akan dibekalkan dengan vitamin dan supplement kerana mereka memerlukan zat yang lebih berbanding wanita biasa bagi memastikan kesihatan diri dan anak di dalam kandungan.

 Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang vitamin-vitamin yang TIDAK DIGALAKKAN  ambil semasa hamil.
 Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan korang dan kandungan korang sihat dan selamat, maka korang perlu alert beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil.

Nak tak nak korang harus bersabar sehingga selepas kelahiran untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut, demi korang &  kandungan korang.

 Jomn kita Check!

  IBU HAMIL,
 Sila elakkan diri korang daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

 SILA ELAK KAN TAU!! 


  •  Alfalfa Complex 
  • DTX Complex 
  • Collagen Powder 
  • Carotomax 
  • Garlic Complex 
  • Herblax 
  • Vitamin E Complex 
  • GLA Complex 
  • Vivix Cinch 
*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor*

 Kenapa ibu hamil tak boleh ambil vitamin tersebut?

 Cinch 
●tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda.

 Vit E, vivix, GLA dan Carotomax 
Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan
●tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. 

Alfalfa 
●boleh merangsang pengecutan rahim anda.
●Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya.
● Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi.

 Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

 Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?

 Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan.

Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan.

 Jika korang mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk korang mencuba

Set Ibu Hamil Shaklee. 

 Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?

 Set Ibu Hamil Shaklee ada 2 kategori :

●Set Ibu Hamil Trimester 1
● Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3.

 Set Ibu Hamil Trimester 1 

  • BComplex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi) 
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil) 
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang Korang bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran) 


Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3

  • BComplex (dengan asid folik) 
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi) 
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil) 
  • Ostematrix (Kalsium untuk menguatkan tulang korang bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA. Bagus utk otak bayi) 


Add On

  •  ESP (Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan) 




ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN.
BEGITU JUGA DENGAN ANAK ANDA.

 Jika korang mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi korang ketika hamil, itu adalah lebih baik.

Set ini hanya membantu Korang melengkapkan pengambilan nutrisi Korang ketika hamil

 Namanya pun makanan tambahan kan?

 Semoga Korang mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan Korang


NAK ORDER?
WHATPPS JAN UTK HARGA ISTIMEWA!


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...