Sepanjang diet kurangkan nasi ni, Jan amalkan minum Jus buah-buahan dan Sayur-sayuran.
memang sangat kenyang.
Tapi, Jus ni korang Jangan tambah air dan gula macam kat kedai tauuuuu!
buat Pure2.
Tapi!
Jangan tapis atau buang hampas hasil kisaran buahan dan sayuran kita td tu.
Sebabnya kat situ adanya Nutrisi dan serat yang kaya dengan vitamin
Ada yang kata leceh nak makan buah dan sayuran mentah ni.
Tak suka lah makan sayur. Sayur Mentah lagi lah.
Apa kata korang buat Jus?
Yes Jus!
Yummy! sangat sedap!
Apa Fungsi Jus Buah-buahan dan Sayur-sayuran ya????
haaaaa!
jom kita story2.
RASULULLAH S.A.W bersabda:
“Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat serta dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Jus antara kaedah perubatan paling baik kerana ia berbentuk cecair dan organ dalaman tidak perlu bekerja keras untuk menyerap zat-zat diperlukan badan, berbanding tablet.
Selain itu, jus juga mengandungi khasiat yang padat, membantu mengurangkan berat badan dan membantu merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, dan buah pinggang,
Jus disarankan kerana mengandungi enam keperluan utama badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan zat galian serta air.
Memakan buahan dan syuran segar, sama ada dimakan mentah atau dibuat jus ternyata berkhasiat kepada badan selain dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit atau gejala kesihatan yang lain.
Tetapi tahukah anda terdapat kombinasi-kombinasi buah dan sayur yang sesuai untuk merawat masalah kesihatan yang anda hadapi?
Lobak Merah +Epal Hijau+Pear+Mangga
Membuang toksik, menurunkan tekanan darah tinggi dan melawan pengoksidaan
Pear+ Pisang
Mengawal kandungan gula dalam badan
Nenas+Epal Hijau+ Tembikai
Membuang garam berlebihan, menyihatkan pundi kencing dan ginjal.
Epal Hijau + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kandungan kolesterol, dan mengurangkan sakit perut serta sakit kepala.
Peria katak+ Epal Hijau + Susu
Menghindari nafas berbau dan berfungsi menurunkan panas dalam badan.
Oren + Halia+ Timun
Melembapkan kulit juga mengurangkan panas dalam badan.
EHSAN ENCIK GOOGLE
Yang biasa jan buat,
Peria Katak + Apple Hijau + Timun btg + Saderi
Peria katak
- Peria katak (bitter gourd atau bitter melon) adalah sayuran tropika yang pahit rasanya
- Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan.
- Oleh itu, bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
- Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
- Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
- Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
- Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
- Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
- Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
- Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
- Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
- Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
- Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
- Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin.
- Mengubat jaundice.
sumber Encik Google
Jus Apple dan Peria
(Ni yg biasa Jan buat. Sedap!)
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
SADERI
suka makan saderi dlm sup.Yummy !!! (tetiba terbau sup sedapnya).
Daun saderi mempunyai kandungan vitamin A yang sgt tinggi dan batang saderi adalah sumber terbaik bagi vitamin B1,B2, B6 dan vitamin C dan kaya kalium, asid folik, magnesium, besi, fosforus, natrium dan asid amino.
Saderi sentiasa dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah.
Apabila digabungkan dengan jus yg lain (buah dan sbgnya), ia menyediakan formula berbeza yang membantu antara satu sama lain.
Berdasarkan kajian yg telah dijalankan, saderi mungkin berkesan dalam memerangi kanser.
Jan suka add saderi dalam jus buahan dan sayuran jan.
ehsan Encik Google
Terdapat beberapa khasiat jus saderi
Keasidan :
- Mineral penting yang terdapat dlm jus saderi ini adalah ianya berkesan untuk mengimbangi pH darah dlm badan dan meneutralkan keasidan.
Atlet:
- Jus saderi bertindak sebagai tonik sempurna selepas senaman kerana ia menggantikan kehilangan elektrolit dan rehydrates badan yang kaya dengan mineral.
Kanser:
- Saderi mengandungi sekurang-kurangnya lapan keluarga sebatian anti-kanser.
- Antaranya ialah acetylenics yang dpt menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor.
- Asid fenolik pula dlm menghalang tindakan prostaglandin yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel tumor.
- Manakala coumarins pula dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel.
Kolesterol:
- Jus Saderi jug terbukti berkesan untuk merendahkan kada kolesterol.
- Coumarins fitokimia menghalang pembentukan dan pertumbuhan kanser kolon dan perut.
- Kesan julap semulajadi saderi dpt membantu untuk melegakan sembelit.
- Ia juga membantu untuk merehatkan saraf yang telah bekerja terlalu keras oleh julap buatan manusia.
- Semasa cuaca kering dan panas, minum segelas jus saderi dua atau tiga kali sehari, antara waktu makan.
- Ia membantu untuk menormalkan suhu badan.
- Kalium dan natrium dalam jus saderi membantu untuk mengawal bendalir badan dan merangsang pengeluaran air kencing, menjadikannya bantuan penting untuk membersihkan cecair badan yang berlebihan.
- Polyacetylene dalam saderi merupakan 'relief' yang menakjubkan untuk semua keradangan seperti artritis reumatoid, osteoartritis, gout asma dan bronkitis.
- Saderi menggalakkan fungsi buah pinggang yang sihat dan normal dengan membantu penyingkiran toksin daripada badan.
- Dlm masa yg sama ia juga dapat menghapuskan toksin dan juga menghalang pembentukan batu karang.
- Dengan meminum jus saderi setiap hari selama seminggu ia dpt membantu merendahkan tekanan darah. S
- ebatian A dipanggil phtalides membantu merehat otot di sekeliling arteri, mengembangkan saluran dan membenarkan darah mengalir biasanya.
- Mineral organik alkali dalam jus saderi mempunyai kesan menenangkan sistem saraf.
- It's good for those suffer with Insomnia.
- Minum jus saderi dengan kerap setiap hari dan ia membantu membendung keinginan anda untuk gula-gula dan juga makan dengan banyak.
So apa lagi, cepat-cepat pergi pasar cari saderi.
Banyak khasiatnye..
Tapi kakak lah yg beli.hehehe
guna yg ni senang.
sbb senyap je bunyi dia.
nak dapatkan jus yg bagus, korang jgn letak air langsung.
gula pun jangan.
biar pure buahan dan sayuran. baru lah sedap.
Selamat Mencuba!!!!
1 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Tkasih atas info...Jus buahan dan sayuran baik utk kesihatan tanpa kesan bhn kimia
Post a Comment