:: Mereka2 Yang CooL !!::

Tuesday, July 31, 2012

Perempuan Perhiasan Dunia.



ni  nk share ape yg saya baca......


"Aku jemu Aqram, jemu dah dengan lelaki"


"Eh, kau kenapa Siti? Apa yang kau jemunya?"


"Aku bosan lah, kalau mesej, selalu tanya benda yang sama. Hari-hari nak mesej. Aku jemu. Aku kalau boleh mesej-mesej ni biarlah 3-4 hari sekali. Rasa nak cari boyfriend lain lah"


"Ishh kau ni, jemu tu bukan masalah besar pun. Kau tu je takde aktiviti yang nak di buat bersama dengan boyfriend kau."


"Masalahnya Aqram, kitaorang jauh. Dia kat KL, aku kat Penang. Nak aktiviti apanya"


"Lahh, dah tau tak boleh handle cinta jarak jauh, yang kau pergi layan buat apa? Kau dah declare ke couple dengan dia?"


"Tak. Belum lagi"


"Ceh, tu bukan boyfriend cik Siti. Tu teman mesra"
......................................................

Dilema.
Masalah yang sering berlaku pada setiap perempuan lagi-lagi kalau bab bercinta.
Kerana sifat malu yang ada pada perempuan, maka ramai perempuan sering patah hati bila lelaki yang mereka mahu, tapi tak dapat.
Lelaki yang mereka tak nak, selalu datang menemani.

Kenapa jadi macam ni?
Kenapa perempuan seringkali tidak mendapat pilihan lelaki yang mereka mahu?
Kenapa kita sebagai perempuan adakalanya merasa cemburu melihat kawan perempuan kita mempunyai teman lelaki?
Bahkan, sampai ada di antara kita berasa geram dan marah bila lelaki yang kita nak, akhirnya berpasangan dengan perempuan lain.
Dan secara automatik, terus pandang 'slek', serong atau bermusuh dengan perempuan yang berdampingan dengan lelaki yang kita mahu itu.

Ah, sungguh banyak persoalan kenapa.
Tapi, sedarkah kita dan adakah kita pernah bertanya pada diri kita.
Kenapa kita tidak berusaha mendapatkannya?
Kenapa bila ada peluang, kita malu dan segan menunjukkan yang kita sebenarnya, benar-benar mahu berdampingan dengan lelaki yang kita mahu itu?
Kenapa kita tidak menjadi perhatian khas untuk lelaki yang kita suka itu?

Sekali lagi. Banyak betul kenapa.
Dan ia menimbulkan dilema secara berterusan.
Di tambah dengan kisah sedih dengan kekasih lama, membuatkan kita bertambah dilema mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan diri kita.
Hingga akhirnya, kita pasrah, 'nak jadi apa, jadilah', mula rasa lelaki sebenarnya tidak diperlukan sangat pun dalam kehidupan ini.

Series gua cakap, itu memang pathetic.

Kita sebagai perempuan.
Kita kena tahu bahawa lelaki secara normalnya menganggap kita ini sebagai perhiasan dunia.
Ya, perhiasan bagi lelaki untuk memenuhi ruang saling melengkapi antara satu sama lain.
Perhiasan yang lelaki tak ia mahu hilang.
Tak mahu di curi.
Tak mahu ia rosak.


Ia seperti music-box.
Sebuah perhiasan yang cantik.
Jika ada seseorang lelaki memilikinya.
Dia akan pastikan music-box itu tidak akan hilang.
Jika hilang, lelaki itu akan sedih dan rasa bersalah.
Tetapi, lelaki itu tidak dapat menjaganya dengan baik.
Kadangkala, music-box itu di biarkan di atas meja, berhabuk di biarkan.
Di tinggalkan bila lelaki itu pergi merantau atau sibuk dengan pelajaran, kerja di luar rumah.
Bila lelaki itu sedar, baru di bersihkan atau baru di mainkan lagunya sebagai hiburan hati yang lara.
Dia tak berapa peduli sangat.
Cuma, bila music-box itu rosak di rosakkan oleh adik, baru dia akan melenting dan mempertahankannya.
Bila music-box itu hilang, baru dia rasa sedih atau geram atau kesal kerana tak menjaganya dengan baik.
 Dia akan berasa rugi.
Music-box itu adalah kehidupan dia namun dia tidak pandai menjaganya.


Sebab itu, Tuhan menciptakan Hawa dari tulang rusuk si Adam.
Siapa peduli dengan tulang rusuk berbanding dengan otak?
Tapi, ia penting bukan untuk mempertahankan hati, jantung dan paru-paru.
Kerana Adam meminta kepada Tuhan agar di berikan teman sebagai perhiasan dan hiburan untuk dirinya yang kesepian.
Jika tiada perempuan di dalam dunia, maka tiadalah perhiasan.
Apa lagi yang tinggal?
Apa pula yang tinggal jika perhiasan tidak mahu bertuan?
Jika perempuan menolak lelaki, benci dengan lelaki, tak mahu hidup dengan lelaki, mahu jadi lesbian. Adakah perempuan benar-benar boleh hidup tanpa lelaki?

Kita sebagai perempuan perlu yakin bahawa sampai masanya kita akan bertemu juga dengan lelaki yang serasi dengan kita.
Kita tak tahu, kita berharap.
Tapi, kita juga perlu berusaha mendapatkannya.
Tapi, kalau dah jumpa, jangan dok merenyam cari laki lain pulak.
Cubalah menjadi setia.

"Kau nak tahu Aqram, kawan aku punyalah sanggup tunggu lelaki yang dia nak tu dekat 8 tahun. Sekali laki tu boleh pergi kahwin dengan perempuan lain. Kawan aku punyalah meradang, '8 Tahun aku tunggu, akhirnya kau buat aku macam ini', Geram giler. Tapi, akhirnya kawan aku bertunang dengan lelaki lain. Boleh bahagia ke Aqram?"

"Subjektif jawapan tu Siti.
Cinta sebelum kahwin kena di cari, cinta selepas kahwin kena di pupuk.
 tak usaha, memang tak dapat apa-apa"

Sekian.



** ERRmm....teringin nk bercinta selepas kahwin.....hihi..tp kalo dapat hubby yg baik,mmg berbaloi2 lah.....bercinta slpas kahwin.....kan? (mood gatal...)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Dugaan



makkkkk aiiiiih....
byk gile nk kena habiskan ubat antibiotik nih......
pas raya belum tentu habis...
(T_T)

tapi syukur sgt....
tahun ni lgsg xde demam2, batuk2 @ selesma..
selalunya tiap2 Bulan mesti demam, batuk...
alhamdulillah....

tp kali ni "penyakit" lain pulak yg datang....
xpe... kena tahan....
kena buat2 kuat... :)


".....Jika kamu demam, batuk @ sakit di bulan Ramdhan yg mulia ini,
maka bersyukurlah kepada ALLAH banyak2....
Kerana ALLAH ingin memberi ganjaran pahala yg lebih kepadamu asal saja kamu bersabar......."




NotaKaki: sabar ye...... :)

 



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, July 30, 2012

mungkin ini Ramadhan terakhir kita......


Assalamualaikum......

Alhamdulillah...
ari ni dah masuk hari ke10 kita berpuasa.....
Insya ALLAH,ada lagi baki 20 hari...

semalam pegi Terawih..Terawih kat surau bawak blok umah je...
Rugi x pegi,sbb surau betul2 kat tepi bilik aku...(^_^)
yg bestnya Terawih kat surau ni,sbb ada ceramah....
Semalam Ustaz yg imam kan Terawih ada bg Tazkirah..
betul2 masuk dlm kepala ni...& kadang2 terpikir jugak..
Ustaz tu cakap "Bulan Ramadhan ni adalah bulan yg sgt Istimewa...
dalam bulan Ramadhan je lah kita boleh tgk kat masjid2,surau...
ramai org berjemaah bersama...

Bulan Ramadhan adalah bulan yg terbaik utk kita memohom keampunan & bertaubat...
Bukan bulan2 lain xsesuai..
tapi Bulan Ramadhan adalah bulan yg sgt terbaik.....
pada bulan ini lah kita kena buat amalan2 yg baik..
beribadah...memohon keampunan & berdoa utk kesejahteraan ibubapa kita..."

kata2 ustaz tu betul2 buat aku pikir & pikir.....
mungkin BETUL....
kita kena mintak keampunan dr ALLAH atas Dosa2 kita yg dulu...
dosa2 kecik mahupun dosa2 besar....
 Mana tahu, tahun ni tahun yg terakhir Ramadhan kita kan?
Mana tahu tahun depan kita takkan dapat nk rasai Ramadhan lg....


"...andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....

nota kaki::andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 27, 2012

Amalan ketika Haid / Nifas pada bulan Ramadhan.

Kadang-kadang haid mendatangkan banyak faedah dan nikmat yang tak boleh dicapai oleh seorang lelaki. Tambah-tambah di bulan Ramadhan
  • Tak payah bangun sahur...
  • .kat opis boleh curi2 makan... (^_^) 
  •  bila g shopping, masuk je dlm kreta boleh curi2 minum tanpa rasa berdosa...... hehehe

Seronok kan? 
Tapi keseronokan tu tak dapat ditandingi dengan keberkatan mencari Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir...
(T_T)
huhuhu.....


So, ape yg perlu kita buat????
Makan pil supaya haid tak datang sepanjang Ramadhan???
ade ke pil yg macam tu....?
uikss.. Jangan...!
xbaik utk kesihatan....

best kan jadi lelaki......
xpayah tinggal puasa....
puasa penuh sebulan.... :)
Untungggggggggnya jadi lelaki.....
Marjan, berbangga lah jadi seorang perempuan...
banyak pahala jadi perempuan tau... !
(^_^)
“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). 
(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; 
(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
“(An-Nisa’:32)


Banyak amalan2 yg kita boleh buat di Bulan Ramadhan ni kalo kita di datangi haid :
  1.  Berzikir
  2.  Memberi makan orang yang berpuasa
  3. Berdoa
  4.  Membaca buku / menambahkan ilmu pengetahuan.
  5. dll





Pahala wanita yang haid pada bulan Ramadhan sama seperti pahala orang yg berpuasa.
Allah sungguh Maha Adil






BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, July 26, 2012

Dejavu Di KinaBaLu


 Demam Dejavu Di Kinabalu (DDK)...!
mesti ramai yg tengok drama ni kan?
Myb dah masuk bulan Ramadhan ni... ramai yg xdpat nk tgk...
xpe.. http://www.tonton.com.my/ kan ada... (^_^)
boleh layan kat situ.....

2hb Ogos ni dah episod last.... :)
agak2 Nadhira pilih siapa?

a)BazLi??
b)Ammar??
c) Tak pilih sape2..hehehehhe.

dua2 aku suka...... 
Bazli baik......
Ammar plak romantik...
cuma part Ammar tu xbest... asyik teringt awek dia yg dah meninggal...





Sinopis
Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.

Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli? 
PELAKON2 :



 jangan lupa episod last....
2 ogos 2012 
(^_^)



sekian, 
dari saya yg memPromot Drama DDK ini...
(^_^)

Lelaki2 Pilihan saya... (^_^)

suka watak Nazim sbg Bazli ni...
Tunang yg baik,penyabar....
susah nk cari lelaki yg macam ni kan?
satu je part Bazli yg xsuka dlm DDK ni....
Dia minum ARAK!!
Rasanya x perlu kot kan buat scene mcm tu...
tak semestinya kalo kita ada masalah kita kena minum arak, g club... kan?
papepun, Bazli alwiz Gentleman! :)

suka watak Aqasha...!!
sbb dia romantik..
terutama bab menyanyi lagu Butterfly tu...
uiiksss...
maunya meremang ...
nk pengsan dengar dia nyanyi ngn gitar dia tu.... hehhee
suka tg mata dia..
mata lelaki "Gatal"! hehehe
1 part yg x suka watak Aqasha dlm DDK ni....
dia alwiz teringat kt awek dia yg meninggal dunia tu...
xsuka lah macam tu... :"(


 suka watak Zahir ni....
dia penah belakon x sebelum ni...?
hensem! :)

IMPIAN :)
 Gunung Kinabalu.............
Teringin nk mendaki kat sini...
Tp x cukup stamina lah...
naik tangga pun dah semput...
macamne nk daki gunung?
(^_^)
semoga suatu hari nanti dapat jugak jejak kaki kat sini...
Insya Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu






BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Alhamdulillah...
Ramdhan dtg lagi....
Semoga Ramadhan kali ini bukan yg terakhir untuk kita...

Tahun ni genap 15 tahun Ramadhan tanpa arwah Ayah...
dan 5 tahun Ramadhan tanpa arwah Mak..
Semoga Arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman......
 

Teringat.....
dulu arwah ayah "pergi" lagi 3 hari nk raya... (27 Ramadhan~ tahun 1997)
masa tu baru darjah 6..tak tahu pape lagi...
time tu pikir nk raya je......
kalau lah boleh di undur masa...... :'(
Semoga Ramadhan kali ini beri seribu makna kpd diri Jan...
kepada kita semua...
Semoga Ramadhan kali ni ALLAH bukakn hati Jan untuk berubah & ampun kan dosa2 Jan yg lalu.....
Semoga Ramdhan kali ni ALLAH bukakan hati Jan yg selama ini tertutup...
Insya ALLAH.



~Jangan lupa niat puasa ya tiap2 malam...~
nak selamat lagi, korang niat untuk sebulan terus ya..
x baik x niat puasa... :)


Moh kita kumpul ape2 yg patut.. :)


 Moh kita baca ape yg Ustaz Zaharuddin cakap.... :)
somoga Jan akan insaf.... (^_^)



Jom checklist......... :)

#NotaKaki: Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya!!
semoga Puasa tahun ni beri kita seribu makna....
mungkin kali ini puasa terakhir kita kan?
Mati tak tunggu kita.... :)
(ni lah yg paling Jan takut)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, July 17, 2012

Re-Post: Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -



1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
tidak
jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5.Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8.Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10.Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datangmelalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12.Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13.Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16.Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19.Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

Justeru buang semua benci
p/s:: so............. Jom lah kita mencari Cinta....hehhee...bg mereka2 yg masih single je...hehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

doa PENDEKAT JODOH



Ya allah Ya tuhan ku,
Seandainya dia adalah jodohku Ya allah,
KAU bukakanlah hati dia Ya allah untuk menerimaku Ya allah,
KAU dekatkan lah hati dia dengan hatiku Ya allah,
KAU permudahkanlah jodohku dengan dia ya allah
serta KAU satukanlah kami Ya allah dalam satu ikatan suci Ya allah iaitu ikatan perkahwinan..

Ya allah, ya rahman,ya rahim...

Seandainya dia bukan jodohku Ya allah kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku diatas muka bumu ini ya allah..
Dan aku mohon pada-MU Ya allah,
KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar2 ikhlas blh menerimaku dengan seadanya aku Ya allah,
taat akan perintah-MU Ya allah,serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..AMIN......

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu,
Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.


Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah,
aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa,
Tuhan yang Maha Penentu jodoh,
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
Amin.

#NotaKaki:
Ya Allah, Jika dia bukan Jodoh ku,
Jauhkan lah dia dari pandangan ku.
Jauhkan lah dia dari ingatan ku...
Lupakan lah dia dlm hati ku.....
Dan Jauhkan lah aku dari rasa kecewa...................

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Find someone......



*Find someone who can change your life and not just your relationship.
*Find someone that will be there for you through thick and thin and who isn't just with you because of the way you look on because of what you can do for them.
*Every deserves someone who makes them look forward to tomorrow.
*The one who is meant for you encourages you to be your best but still loves and accepts you at your worst.
*Don't continue chasing you at the wrong person while the right person is dying to be loved you.




 

Luv,
~JAN~

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

40 jenis Lelaki Tak Layak Bergelar SUAMI

[CoPyPaste daRi FB]


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak
pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2 ya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain


Ini hanya luahan hati, tiada berniat menyinggung sesiapa yang dikenali atau tidak.
 Setiap yang terjadi ADA hikmah disebaliknya

#NotaKaki: mintak jauh dapat Suami macam ni.....
Semoga Allah memberi saya jodoh yg baik,yg boleh membimbing saya...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, July 16, 2012

Pendam Perasaan



Bila kita suka seseorang,
Jangan terlalu mendesak dan memaksa,
Sebab nanti dia tak selesa,
hakikatnya bukannya tak selesa,
Tapi takut terkena buat kali kedua.

Pendam perasaan cinta,
Relakan dia pergi,
Bersama orang yang dia sayang,
Daripada kita yang akan lukakan dia nanti,
Agar tidak menyesal suatu hari nanti.

Dia.....
seorang kawan baik..
kawan baik yg sgt memahami...
sama2 pendam perasaan...
sama2 bergaduh....
sama2 merajuk....
sama2 tak mau pujuk...
so..............
sama2 diam membisu.....

#NotaKaki: Utk "dia" yg selalu gaduh ngn saya....
kami cuma kawan.
cuma kawan baik.
sampai skrang duk bergaduh...
nape ek...?
jarak kita jauh....... kot.. kan?
mungkin sbb besday kami bulan yg sama?
tahun yg sama?
kalau lah dia tahu.......... :)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Bagaimana memilih calon SUAMI / ISTERI?



Bagaimana memilih calon SUAMI?
Pertama-tamanya, pastikan 'dia' sembahyang.....
Walaupun hensemnya sampai "pecah pintu",

begitu juga dlm memilih calon ISTERI.
Pertama-tamanya, pastikan 'dia' sembahyang.....
Walaupun kecantikannya membuat berpuluh lelaki jatuh masuk longkang.......


#NotaKaki: betul...yg paling penting solat...
dulu xpnh pk pun pasal ni...
bila dah makin dewasa ni..
pastu kawan2 kt FB ada post2 yg baik..
post pasal dosa2, balasan kt akhirat nnti...
baru lah terpikir...
betul...solat tu mmg penting...
Insaf.....
semoga ALLAH  ampun kan dosa2 yg pnh saya buat dulu...
;'(

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Oh Senin...


Isnin datang lagi..
keje pun datang lagi.....
:)
Sabtu ni insya Allah akan puasa,..
xsabar nya nk puasa...
tak sabar nk terawih.....
(^_^)

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya... !
(wish awal2.....hehehe)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 13, 2012

Re- Post :Nak tahu macamana nak kasi orang yang kita berkenan suka pada kita kalau dia jual mahal?? ♥




bayangkan muka orang yang kita minat..
lepas tu baca ::
1-Ar-Rahman 60 kali
2-Ar-Rahim 100 kali
3-surah As-Shura ayat 19, 19 kali

Lepas baca niatkan supaya dilembutkan hati orang itu supaya suka pada kita...
tak payah bomoh2...
mintak dengan Allah..
ALLAH Maha Mengetahui..


**nota kaki: kalau aku yg jual mahal........
macammana erh?

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan,
cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa.
Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya.
Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga.

Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya.
 Lambat atau cepat,  Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan,
kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya.
Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.
Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.
 Itulah adat dalam perhubungan.
Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya,

#Semoga kita (terutamanya saya...hehehe) semua diketemukan dengan jodoh yang baik.
 InsyaAllah...


#Nota Kaki: tercari2.....
sape lah jodoh Jan ye ...
berdebar2...
(^____^)
myb ALLAH nk bg yg jauh lebih baik dari yg sebelum2 nya...kan?
ada sebab kenapa ALLAH bg kita clash,kecewa..
kita patut syukur...
sbb ALLAH dah tunjuk awal2 sebelum kahwin ttg "ketidakserasian" kita ngn dia....
Alhamdulillah...
Semoga ALLAH berikan jodoh yg baik2..
yg boleh menjadi "IMAM" kita...
yg boleh memdidik kita ke Jalan-NYA.
Insha ALLAH.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Jangan sombong sangat.

*"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih,
kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA "

*''Jangan bangga dgn rumah mewah,
kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR "

*''Jangan bangga dgn title/gelaran,
kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM"

*"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome,
kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK "

*"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA,
karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH"

*"Jangan Sombong dengan Tempat tidur,
Kerana yg terakhir adalah TANAH",,

●●●●●●●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●●●●●●●



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, July 12, 2012

Semua orang ada kisah silam

assalamualaikum....

Mesti semua org ada tgk blog2 kan?
pasal Husben Irma ~ Redza Syah sebenarnya duda.......

saya betul2 tak faham lah...
salah ke kawin ngn Duda / Janda?
yg media duk sibuk nk cari jugak siapa Redza tu kenapa?
tak salah pun kawin ngn duda/ janda...
janji dia bukan isteri org @ suami org...
(fuuuuhh... saya ni bercakap mcm org yg dah kawen pulak...hehe)

Bagi saya, xsalah pun kawin ngn Duda @ Janda...
setiap org ada sejarah hidup masing2...
mungkin ada sebab kenapa dia bercarai....
kenapa perlu kita ungkit bila dia dah kawin lain?
Rasanya x baik media buat macam ni....
ini akan buat rumahtangga seseorang tu akan retak...
bila kita rosakkan rumahtangga seseorang tu,
berdosa besar....
( benda ni mmg menginsafkan saya...)

so, arap sgt...jgn lah buat mcm ni kat Irma & Redza...
kesian mereka.. meraka pun nk mulakan hidup yg baru....
cuma pikir... kalo kita kat pihak diorang?
kalu kita artis...org duk korek kisah silam kita...? 
sedangkan kita sekarang bukan macam kita yang dulu....

kat bawah ni sy attach gambar2 redza yg semua duk cari2 tu...
bagi lah peluang kat Irma & redza bina hidup yg baru.....




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Re-Post :Jodoh itu rahsia ALLAH



singlein relation shipmarried


aikkk...
tak caye erh ape yg aku tick tu?
sila lah percaya...hehhee
betul...

errm..bila cakap single...ramai org tak caya....
errmm..nape yee?
pelik ye kalo single...? (^_^)

kadang2 rimas bila org asyik tanya...
"Jan,bila nk kahwin?"
"Jan,ko ni memilih sgt lah...
ambik je sape2 buat jadi husben.."~
[hamboooii...ni lagi soalan yg keji....]
"Jan,tak teringin ke nk kahwin?"
[hamboooii...sape yg xmau kawen? cer cakap? org gila pun teringin nk kawen tau...!hehe]
"Jan,tak payah lah nk memilih sgt.....
kita ni dah berumur...." ~
[aik..bunyi macam dah tua lah pulak...hahaha...dia yg tua...aku tak pun..hehhee]

hari2 soalan yg sama..
tiap kali jumpa tu lah soalan kawan2...
tiap kali chat kat FB,tu lah soalan dr kawan2....

seksa nk jawap woooo......
empunya badan je yg tahu perasaan tu...
org yg duk tanye tu...biasalah...suka bertanya....
tp tu lah hakikatnya telinga ni asyik duk dengar....Tadah je lah telinga ni.....
dan alwiz senyum... (^_______________^)
Pelik...Famili aku pn tak tanye lebih2....
tapi org lain pulak yg berlebih2....
ermm... biar lah...diorg xpaham perasaan aku...
diaorg xpenah rasa apa yg aku rasa.....
diorg boleh je cakap ape...
diog ingat senang kan nk bukak kan hati?
nk bg diri ni percaya kan org lagi skali......

satu je yg paling aku suka bila ada sorang kawan baik aku kat UPM..
dia mmg matang..
beza umur kami setahun je...
dia cakap....
"Insha ALLAH Jan.... ALLAH dah sediakan Jodoh utk Jan...
Kita Tak tahu apa rahsia Allah...
Allah nk sediakan Jodoh yg terbaik utk Jan...
Jan kena sabar sikit je lagi...
biar lah org cakap Jan lambat kawin...
Biar lah apa org nk cakap...
Allah nk sediakan Jodoh yg terbaik utk Jan...
Mungkin si dia pun duk cari Jan.. "

Nak memilih suami,bukan lah macam nk memilih boyfriend....
Lain....sgt2 lain....
Suami....org yg kita nk hidup bertahun2....seumur hidup kita.. nk berkongsi segala2 dgn kita...kongsi rasa sedih,rasa gembira...
bukan senang nk cari suami yg baik...
org boleh cakap, "jangan memilih sgt..."
tapi,takkan kita nk main belasah je kan?
uikkss.... nk hidup bertahun2 beb.... bukan sehari dua....
(^_^) skarang pun aku lebih berhati2 nk kenal org...
bukan nk memilih sgt... Tapi pengalaman dgn org2 di zaman lampau buat aku fobia.
buat aku takut...
Tapi aku syukur....berjumpa dengan org2 itu, ALLAH dah tunjuk petanda awal2 yg org2 itu bukan jodoh aku..walaupun pd mulanya aku mmg frust sgt... tapi bila pikir2 kembali...betul..org tu bukan jodoh aku,...
syukur ALHAMDULILLAH....
ALLAH nk selamatkan aku dr bersama dgn org yg bukan jodoh aku...
ALLAH nk selamat kan aku dr rasa kecewa...

Aku selalu doa semoga ALLAH bukakan hati aku....
Teringat pesan kakak aku yg no 5...
"Wanita yg baik,hanya utk lelaki yg baik...... kalau kita rasa diri kita tak berapa baik, berusaha lah jadi yg baik...supaya dapat dijodohkan dgn org yg baik...."

erm...betul cakap kakak aku...mungkin aku tak berapa baik lg kan?
aku mengaku... aku ni byk kekurangan ilmu....
aku perlukan seseorg yg benama SUAMI...perlukan dia utk lindungi aku,menjaga aku, kongsi segala gembira & sedih,didik aku,didik anak2 aku nanti....
semoga ALLAH pertemukan aku dgn insan itu...
Insya ALLAH...

kita always nk yg sempurna kan?
tp tak semua ALLAH akan bg kita...
syukur lah apa yg ada.....





[Psssst...jangan jadik camni sudah sbb nk tunggu yg terlalu SEMPURNA....hehe....
kadang2 ALLAH bg kita yg seseorang byk kelemahan,agar kita dapat menampung kelebihan yg kita ada kpd kekurangan yg dia ada- ermm...terbelit2 lah pulak..hehhee....]

~ DoN'T WoRrY iF yOu're sIngLe.....
ALLAH SWT is LOoKing at You RighT Now & saYing....
"IM saVing ThIs One For sOmeOne sPeciaL........"~♥♥


But I don't Know who is He..,
Where is He...
& ..NOW ...
I'm still waitiNg... (^_^)


nota kaki: jiwang lah pulak post kali ni...hehe... bukan apa...Stress bila org asyik tanya soalan yg sama setiap hari...setiap masa...kadang2 rasa nk duk dlm selimut je...xmau jumpa ngn sape... Fobia.....still fobia ngn kisah dulu.....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, July 11, 2012

Bestnya KECEWA CINTA!


**Jom Baca...
sumber:: Blog Bro Razzi...
_______________________________

Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG!

Best kan? Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta…

TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya…

· Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya

· Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana

· Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung

· Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya

· Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami…

Bukankah semua ini hanya dapat dilakukan jika kita dikecewakan? Siapa yang dapat merasa seperti kita rasa? Perit, pedih, sakit, sedih, jiwa lara, hati luka…tiada siapa yang dapat merasakannya melainkan kita yang kecewa… BESSSST!!

Honestly, Bro selalu terima 3 pertanyaan ini,

· “Bagaimanakah untuk melupakan dia yang pernah kita cinta?”

· “Bagaimana untuk hilangkan rasa rindu pada bekas kekasih?”

· “Bagaimana untuk jauhkan cinta padanya dan kekecewaan lalu?”

My answers to you, especially to all girls yang selalu bertanyakan soalan ini, “TIDAK PERLU!” YES!…Tidak perlu lupakan, tidak perlu hilangkan dan tidak perlu jauhkan!

Why??…the answer is easy!

1 ~ Dia yang sekian lama kita cintai, bertahun sayangi, berkurun lama kasihi…Mana mungkin kita lupakan? Orang yang kita benci pun kita tidak dapat lupakan, inikan pula orang yang pernah kita cintai? So, tidak perlulah kita bersusah payah untuk melupakannya. Okey, aku dah break…damned! But, lebih baik aku nikmati pengalaman yang tidak ternilai ini

2 ~ Rindu akan bertamu setiap kali kita kesunyian…so biarkan, enjoy it! Yes, dia kecewakan kita..dan biarlah dia tak rindu kita, kita nak rindu dia…kita nak have fun with this feeling, so what?! It’s my life…Bila ada yang lain …aku rindu orang lain lah pulak haha

3 ~ Menjauhkan diri dari pengalaman cinta yang lalu dan kekecewaan dulu tidak akan membuatkan kita bahagia, sebaliknya jika kita take it as a lesson…something yang dapat kita pelajari dari kesilapan lalu, maka ianya akan menjadi sesuatu yang menguntungkan! Embrace it!!

SO, Sometimes, kita kena hargai saat kenikmatan ini, nikmat kecewa, saat yang amat menghancurkan jiwa. Ingatinya, abadikannya…it makes us wiser, YES! Kerana nikmat dikecewakan akan menjadikan kita …seorang yang lebih strong, lebih bijak dan lebih berjaya di dalam percintaan yang akan datang!

“Berlakunya perpisahan, kerana akan berlaku satu pertemuan baru. Berlakunya kekecewaan kerana akan berlaku satu kebahagiaan baru!”

______________________
**Jangan pandang seseorang itu pada luarannya.Pandanglah seseorang itu dalam hatinya.

So,Orang yang mukanya nampak baik,tak semestinya dia baik. Dan orang yang mukanya sampak ganas,tak semestinya dia ganas. Oke? Tapi jangan pulak anggap macam tu kat semua orang tau..kenali hati budinya dahulu…. Sayangi orang yg betul-betul menyayangi diri anda. Ingat,bercinta bukan semata-mata untuk bercinta. Bercinta adalah tiket untuk kita berfikir untuk berkahwin dan sehidup semati….Percayalah, Kahwin itu sangat beeessttt……..!!!

…so kenalah rasa Besssstnya kecewa, sebab Bestnya kita nak akan dapat cinta yang baru , YAHOO!!

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Ketika...............................................

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
__________________


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...