:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, September 30, 2011

Hakikat kehidupan dari hari Isnin hingga Jumaat



Yeeeeaaaayyyy.. hari ni hari jumaat!!!

P/S: Fakta ini adalah benar bagi golongan pekerja dan pelajar.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Cara memikat wanita.... [Lelaki2,sila take nOte...hehehe]




Bagaimana lagi cara untuk mencungkil informasi untuk memikat wanita jika kita tidak tanya wanita itu sendiri kan.
So, because of that… Bro Razzi telah cuba membongkar isi hati wanita dan semalam, berpuluh-puluh komen di status FB Brother dari berbagai lapisan wanita telah memberi tips, tricks dan info tentang apa yang wanita cari selama ini dalam diri lelaki.
Berbagai-bagai keinginan dan impian serta apa yang benar-benar mereka mahu dari lelaki, telah tersenarai.

Tentu saja ianya tidak secara detail dan perlukan imaginasi dari lelaki untuk lebih kreatif memahami hati dan desire wanita.
From the whole lot of comments itu, lelaki bolehlah fikirkan cara-cara untuk membuatkan wanita terpikat kepada lelaki.

Tapi sebagai lelaki yang mahu memikat wanita, anda MESTI kena pandai berkawan dengan ramai orang. Kerana, dari sinilah anda akan mudah mendapat bantuan dan contacts. Yang penting, lelaki yang penuh dengan keyakinan adalah lelaki yang PASTI wanita akan mudah suka.

Untuk memudahkan lagi kaum lelaki, di sini Bro Razzi akan berikan beberapa tip yang boleh lelaki mencubanya. Dan wanita boleh membantu lelaki membuka minda mereka luas-luas to see a real bigger picture…

TIP 1 – Confident
– Confident yang Bro Razzi maksudkan di sini adalah lebih kepada BERANI. Tidak takut pada cabaran atau kegagalan. Especially, first time berkenalan…WAJAH kena cool dan relax. Jangan takut-takut atau segan, “Err…eh..err..Hi, saya…saya… Azman huhuhu” itu FAILED!! – First, KOSONG kan jiwa anda yang asyik fikir nak memikat tu… dan anggap, gagal ke, dia tak layan ke, NO HAL! – Okay, now…kenalkan diri dengan tenang dan suara yang jelas, “Hi, saya Azman” – practice selalu…dengan ramai girls, soon anda akan penuh dengan keyakinan diri.

TIP 2 – Secret admirer :
Untuk lelaki pemalu dan segan sangat untuk mendekati wanita. So langkah pertama adalah menjadi PEMINAT no 1 dia secara rahsia. Kena relax dan Slowly kenal dia, follow daily status dia. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tak suka dulu. Kemudian, cuba hubungi melalui sms, message atau Jika anda ada email dia… anda bolehlah emailkan lirik lagu bersama lagu kepadanya. JANGAN tulis bunga-bunga, jiwang-jiwang atau hantar lirik sedih pulak beb…Kalau boleh lirik yang memberi semangat. Akhirkan email anda dengan, daripada, ‘Secret Admirer’ – So that cover part being romantic… kan ramai komen semalam suka lelaki romantik.

TIP 3 – Perhatian :
Wanita sukakan perhatian, so give her that! TAPI JANGAN OVER DO IT! Nanti wanita akan rasa anda macam DESPERADO – Selalu bersama wanita dan cuba penuhi apa yang diingini, dahulukan apa yang diidamkan, buatkan wanita merasa diri mereka penting, dihargai dan amat diperlukan. Tetapi dalam masa yang sama, anda juga kena buatkan anda masih ada tanggungjawab terhadap orang lain dan perlu juga memberi perhatian pada kerja, keluarga dan kawan-kawan. Ini akan membuat wanita merasa inginkan LEBIH perhatian dari anda, nak lagi, lagi dan lagi hehehe…

TIP 4 – Good Story :
Wanita suka sesiapa saja yang pandai bercerita. Bro Razzi tidak pernah gagal jika I mulakan dengan, “Eh nak dengar cerita tak?” hehehe.. sure semua girls yang ada kat situ akan terus saja ternanti-nanti cerita yang I nak cerita. Tapi cerita anda kena interesting laaa… pendek dan padat serta ada info yang sangat menarik. Cerita yang kelakar pasti dapat memikat wanita punya. So, belajar kat internet. Banyak cerita yang best-best. Then berlatih bercerita seorang diri di depan cermin… lihat diri anda sendiri dan create the best of you!

TIP 5 – Jadi Penghibur :
Lelaki penghibur tidak pernah gagal memikat wanita! I know a friend, nama dia Nadzmi, rupa dia biasa saja… body, kurus kering hehe… orang gelar dia gajah walau kurus, coz telinga dia besar boleh kipas-kipas. Not me la… I tak suka gelarkan orang. So Nadzmi ni cukup baik dengan I, very closed laa… RAMAI girls cepat rapat dengan dia daripada I, kerana dia suka menghibur, suka buat lawak, suka buat muka kelakar, tiba-tiba je dia boleh tiru suara orang, funny sangat PLUS dia selit-selit selamba mengorat. Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi lah. Tapi yang best nya, dia buat sikit-sikit je, so all this girls, asyik kata… “Buat lagi-buat lagi…”

TIP 6 – Menyakat :
Tidak semua wanita suka disakat atau kena mengata la kan. BUT jika dibuat secara bergurau dan sakat sikit-sikit, buat dia rasa malu sikit ianya akan menarik minat wanita itu untuk jadi rapat dengan anda. Prihatin terhadap apa yang boleh buat dia malu…dan sakat la dia sikit-sikit, provoke dia just a little bit, kemudian pujuk la balik. AGAIN, don’t over do it.

TIP 7 – Mendengar :
Wanita suka lelaki yang dengar apa yang mereka mahu TANPA mereka memberitahu. So cara untuk anda dengar adalah dengan FOKUS pada reaksi wajah wanita itu. Sebelum anda berkenalan dengan rapat, cuba fahami wajahnya. Reaksi mukanya. Dari situ, anda akan boleh mula mengambil berat tentangnya. Especially apabila dia menghadapi masalah, tanya dia… “Are you okay?” – Satu soalan yang tidak pernah gagal memikat wanita. The next step dia akan cakap, “I’m fine, tak da apa-apa” …you must ask, “Are you sure… ada apa-apa yang boleh I bantu” – Itu dah cover part ‘CARING’ jadi, a good listener to her problems, do that dan anda akan mudah rapat dengannya!

TIP 8 - Bertindak sekarang! :
Jika mahukan wanita, bertindak sekarang. Jangan fikir itu dan ini… First survey, perhati, take note…and JUST DO IT! Jika anda inginkan seseorang, anda kena TAKE ACTION untuk memilikinya. Jika kemudian tu anda gagal memilikinya, it’s okay… just go to the next one. Jangan buang masa berfikir, “Dia nak kat aku ke tak? Dia layan aku ke tak ni?” – akhirnya anda hanya membiarkan dia berlalu, orang lain yang dapat! Bertindak sekarang! jangan jadi penonton bola, jadi pemain…Approach… call, contact, Just do it!
akhir advise from me…

Kekayaan adalah satu bonus untuk membuat wanita terpikat pada anda, NAMUN ianya bukan yang utama. Ramai wanita yang berkahwin dengan orang kaya, tak bahagia pun. Merana lagi ada… Yang penting adalah personaliti kita!

Memikat cinta adalah bermula dari dalam diri anda.
Mula menjaga keperibadian anda…
berubah menjadi seorang yang berpakaian bersih, kemas dan rapi.
Jaga nafas agar sentiasa segar dan tidak berbau.
Hormati sesama insan dan selalu mengambil berat dan memberi semangat kepada semua orang di sekeliling anda.
Bantu mereka yang memerlukan pertolongan
That’s all it takes!
Penjagaan dan perubahan semua ini, sudah cukup untuk anda memikat sesiapa saja tanpa anda memulakan langkah yang pertama.

TIP UTAMA : COMBINED semua tip-tip dan penjagaan personaliti diri anda… you’ll have any girls at anytime! Tapi jujur dan ikhlas ya, then kahwin la okay :0 - All the best and good luck!




kredit: Blog Bro Razzi

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, September 29, 2011

Video: Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! by DR MAZA

Alooooo....
Hari ni Jan nk share ngn Korang satu video...
errmm....
bila Jan ada Problem... Jan jarang Luah kt org...share org...
entah lah... myb stakat ni xde lg yg sesuai yg nk dgr masalah Jan...
Ye lah..Bak kata org...
"Teman time Gembira,memang teramat ramai....
cuba tgk time kita ada masalah? time kita sedih? ada x org disisi kita?"

errm.. sbb tu kebanyakan masalah Jan,Jan akan keep je..
pastu buat2 kuat depan org... senyum depan org...
(^__________^)
tu je lah yg mampu....

so,kat sini,nk share ngn korang 1 Video dr Dr Maza.....
Jan suka drg Video ni..
betul2 buat Jan tenang bila dgr...
(^_^)




bila tgk video ni.... hayati betul2...
& fikir...
bukan kita je yg ada masalah,masih ramai lg yg ada masalah..
Bersyukur lah ALLAH sentiasa disisi kita setiap masa,walaupun kita selalu melupakan-NYA...

ALLAH Maha Pengampun.....

kawan2, bila kita dekatkan diri kita dgn ALLAH,Insya ALLAH,ALLAH akan dekat dgn kita...
hati kita akan tenang....
Luah lah masalah kita dgn ALLAH.
ALLAH adalah sahabat kita yg paling terbaik.
Paling kekal abadi..

thanks utk kawan2 jan Yg alwiz share video ni kat FB....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Untuk renungan seorang AYAH dan SUAMI !

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, September 28, 2011

Video:Bagaimana tisu tandas dibuat


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Perbezaan lelaki dan wanita dalam melihat warna




betul...betul... =)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!



Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu ,
maka tersenyumlah sebab orang yang seharusnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu ,
sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya.


nota kaki: so,adik2.... buat apa kita nk sedih2? sah2 dia happy kan?
so,happy2 kan lah jugak diri kita ya...?
Pikir lah...tak rugi pun dia ngn kita...tp dia yg rugi sbb tinggal kan kita...
Positif ok?? (^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, September 27, 2011

Ilustrasi Aborsi [Pengguguran Bayi]




[Klik kat gambar kalo nk tgk besar2...=) ]

insaf,
semoga ALLAH jauhkan aku dari semua ni....

Tanpa agama yg cukup,seseorang takkan sanggup buat camni...
berdosa besar teramat sangat....
Ingat lah ALLAH.


Kredit: blog serius
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Video: Apa perasaan anda bila tengok video ni?. Geram? Sedih? Tak caye?



YA ALLAH , YA TUHANKU
BANTULAH SAUDARA MARA KU YANG BERADA DI IRAQ,
LINDUNGILAH MEREKA DARI ISRAEL YANG BERTOPENGKAN IBLIS....
MOGA ENGKAU TEMPATKN MEREKA YANG TIDAK BERSALAH DI TEMPAT TERPUJI!

AMPUNILAH DOSA MEREKA YANG TIDAK BERSALAH YA ALLAH!

KAMI SEKIAN UMAT ISLAM MENDOAKAN AGAR KESEJAHTERAAN ROH ORANG ORANG ISLAM YANG TIDAK BERSALAH...

AMIN!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Video: Majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza

Moooooorning.....
Just nk share video Majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza Kt Johor.
sape2 nk tgk,boleh tgk..
sape2 tak mau tgk...xpayah tgk...hehehe





nota kaki: aku tgk skejap je... entah..xsuka tgk..huhu
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, September 26, 2011

Kami....Selepas 12 tahun...

ni lah kawan2 aku sejak skolah rendah...
ada yg dr skolah menengah...

time ni Open house umah Masnira kat Bandar Mahkota Cheras.

actually,byk lagi gambar2 yg kitorg reunion...
start tahun lepas kitorg reunion..
bayangkan...12 tahun xjumpa...
uikkkss..
last jumpa ms UPSR lah...

tup2...
tahun lepas jumpa kat Fb..
Tenkiu FB!!!

next time aku upload gambar2 kitorg reunion ..




Masnira ni kawan baik aku ms Form 1...
naik je Form 3,aku pindah skolah...
terus lost contact...
jejak kasih ngan Masnira ms bulan 7 ari tu...kat umah sahlan...
(^_^)...



yang kat depan tu AKMA {sebelah kiri}
Dan Radiah {sebelah kanan}
Akma & Radiah ni kawan aku sejak darjah 1...
start jejak kasih ngn akma tahun lepas...
tu pn lgsg x plan nk buat reunion..
Radiah plak...time ni br jejak kasih selepas belas2 tahun x jumpa...
jumpa2 dah memboyot dah dia...tunggu masa je ni...
perangai radiah lgsg x berubah sejak darjah 1...
cara bercakap pun x pernah berubah...
yg hanya berubah.....
DIA DAH KAWEN!!!!
(^_________^)



ini lah KAMI selepas 12 tahun...
heehhee...
[macam nk ambik gambar sekolah pulak kan?hahahaha]

nota kaki: rindu nk g skolah SRK ISLAH & SMK Kota Bharu.....


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Majlis Persandingan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Cantik.
serius gilerrrr cantik.....
nk yg lebih detail,sila ke Beautiful Nara
kat situ byk lagi gambar...hehhee
xkuasa nk upload byk2....
(^____^)







sumber: Beautiful Nara
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Majlis Pernikahan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Cantik.
serius gilerrrr cantik.....
nk yg lebih detail,sila ke Beautiful Nara
kat situ byk lagi gambar...hehhee
xkuasa nk upload byk2....
(^____^)


Selesai sudah. Hanya dengan sekali lafaz, Memey Suhaiza kini sah bergelar isteri kepada Norman Hakim. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua. Pada majlis tersebut, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.








sumber: Beautiful Nara

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, September 23, 2011

Pra Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Daripada Annas Easkey

Cantik giler!!!
tu je nk cakap.
sb aku x suka diorg..
hehehe

tapi serius,
mmg cantik!









sumber: beautiful Nara
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kalau haiwan ada facebook...........

agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa.....

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah ko...

wakakawakaka :D




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Follower ke 100....




Taaaaaaaaada.....
itu dia follower yg ke 100..
bukan org jauh pun....
org dekat2 je..
Si AMrul ni haaaaa...
budak opis je...
Ooooo..baru skrg nk follow yee..

si Amrul ni budak baik...
SINGLE lg...
sape2 nk Ngorat2 dia,boleh lah ke Blog AMRUL nie.....
sape2 yg single, sila lah ngorat dia..
kesian kat Abg aku sorang ni....
serius.
dia mmg baik..
setia kawan & byk tolong aku....
tapi dia Pemalu...
so,pastikan korang yg ngorat dia dulu ya...
(^___^)
hehe...
kompem kena marah ngn Am ni...
AM,jgn marah tau....
jgn risau, Follower2 aku semua cantik2 & cun....
(^_^)


errm...
nk bg hadiah ke x kat dia ni? sbb kat Post before ni.. [KLik Kat sini]



ada cakap nk bg hadiah...
tp cakap je....
x janji lagi...hehehe..

so,macamne nih? iiisskkk..


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Free Seat??????

Giler...............
biar betul nih...
nk booking utk balik kg raya puasa tahun depan lah....
Rm 16 wooooo............

tapi klik punya klik,
balik kelantan dah FULL HOUSE....
aiiissshhh.....
apsal ramai sgt nk balik kg ni...??

errmm...Booking utk g bercuti lah...nk g mana yeee...?

so korang,sila2 lah booking...
Last date 25 September ni [ahad]
so,jgn lupa Ya!!!!!!








nota kaki: nk terbang bawak diri......................... Fly...Fly...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Promote...Promote.....

halooooooooooo korang..
just nk Promote kat korang membe opis punya hobby ni
dia ni suka menjahit..
so ni lah kerja dia time dia ada masa......
kalo korang nk tempah ke apa...
boleh lah ke Fb dia @ Blog dia ya...
nama dia Zetty..(^_^)







ni yg aku dapat ms besday ari tu.... (^_^)

yg ni aku tempah utk anak2 sdare aku.....
comel kan?


utk budak2 kecik...budak2 besar pn boleh pakai kalo nak...hehee
yg ni frame.....cantikkan? rasa nk tempah je....=)

ni korang boleh gantung kat umah korang
yg ni leh wat pin kat selendang korang



yg ni cantik giler kan??? Dari Felt jugak... (^_^)
boleh letak kat kereta,dlm umah..
jgn makan sudah yeeeee...hehhee..
uiikkkss...jgn x ingat....kadang2 tgk kek ni,macam lapar pulak...hehee

ni facebOok Frety Felt Home Craft
korang boleh add FB dia...

xpun korang boleh terjah- menerjah & FoLLOe-MemoLLow
Blog Frety Felt Home Craft


nota kaki: agak2,saya Promot ni..dapat tak Felt Free yg besar2& cantik2???hehehhee
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

seorang je lagi.....(^___^)



Follower blog ni daH capai 99 org...
macam tak percaya pulak....(^_^)

thanks utk mereka2 yg sudi jadi follower blog ni..
walaupun blog ni tak secantik & secanggih blog korang...hehhee

xcukup masa betul nk godek2 kat blog ni...
tak seKreatif korang...(^_^)

so,masih perlukan sorang je lagi nk cukupkan yg ke 100!!
[nak bg hadiah x utk follower yg ke 100 nih? ]
hehehe...
Jeng...Jeng...Jeng....

kat opis mmg xsempat nk buat ape2 kat blog ni...
kadang2 "curi" masa share apa yg aku baca..

utk korang,if ape2 yg dlm blog ni x brapa best,
sori ya..
Just nk share apa yg aku baca je..
utk kongsi ngn korang...
utk peringatan diri sendiri jugak..
(^____^)

thanks korang!!!!
Lebiuuuuuuuu.....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, September 22, 2011

...Membuat pilihan tentang jodoh...



sumber: Blog-Kehidupan

Lebih setahun yang lalu, seorang teman berkongsi cabarannya dalam menghadapi proses bernikah. Hatinya berbolak balik, mahu menerima calon lelaki itu sebagai suami, atau tidak..? Beberapa perkara menjadi pertimbangannya. Namun dia tidak mampu membuat keputusan, kerana ramai orang yang menentang jika dia meneruskan berkahwin dengan lelaki itu. Sedangkan sebelah hatinya mampu menerima si calon menjadi suami.

Dia melarikan diri merentas lautan ke tempat yang jauh, namun sejauh mana pun pergi, hati makin kucar kacir jika tiada keputusan. Saya termasuk dalam kelompok kecil yang menyokongnya bernikah dengan lelaki tersebut. Saya berkongsi sisi positif apa yang mungkin terjadi seandainya dia bernikah dengan lelaki itu, sewaktu banyak orang membuka aib dan keburukan lelaki tersebut. Alhamdulillah mereka bernikah. Ternyata, usaha yang tak putus asa dan SANGKA BAIK pada ALLAH tak pernah mengecewakan. Banyak perubahan yang baik pada mereka setelah bernikah.

Kes seterusnya, seorang teman dilamar menjadi isteri kedua, dan sebaik orang lain mengetahui hal ini, kebanyakan mereka berkongsi sisi negatif tentang calon lelaki. Ya, dari satu segi ia memang bagus, perkongsian itu untuk memberi peringatan pada si perempuan agar mengetahui keburukan lelaki sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Namun segala sangkaan dan berita buruk itu berjalan laju tanpa si calon lelaki diberi dan memberi penjelasan. Hingga 90% si perempuan mengkhabarkan pada saya yang ia akan menolak lamaran. Namun saya berusaha memasukkan diri ke kelompok yang mencari sisi positif, saya mencari ruang dan kesempatan agar si lelaki dapat membela diri atas segala perkhabaran negatif. Saya mencari ruang untuk saya menyokong si perempuan menerima lamaran, dan alhamdulillah mereka bahagia dengan pernikahan mereka saat ini.. [sekurang-kurangnya buat waktu ini].

Bukan bermaksud menyatakan seolah-olah orang lain selalu negatif, hanya saya yang sering positif.Bukan. ?

Kerana sebenarnya, perkongsian saya ini khas buat teman perempuan yang saya kasihi, yang dihadapkan lamaran untuk menjadi isteri kedua, dengan seribu satu ujiannya. Yang saya cuba sampaikan ialah, FIKIRLAH POSITIF, BERTINDAKLAH SECARA POSITIF.

Larut dalam rasa dan cara yang negatif berlama-lama tidak membawa ke mana, hanya merosakkan jiwa dan membuang masa.

Kita terima atau tolak, teruskan atau putuskan, nilailah kekuatan kita.
Dan kekuatan kita berhubung dangan ALLAH.
Kita yang tentukan, orang lain boleh bercakap dan memberi pandangan
.

Namun kita kelak yang menghadapi kesannya.Kita yang akan bertanggungjawab, kerana selepas kita kahwin, biasanya orang-orang yang menentang akan terdiam kalau kita bahagia, dan mereka yang negatif akan menunggu kejatuhan rumahtangga kita, untuk terus menempelak keputusan kita bernikah suatu ketika dulu.

Membuat pilihan tentang jodoh, sungguh, bukanlah satu keputusan yang mudah. Apatah lagi jika sebelumnya telah beberapa kali menghadapi cabaran dan kegagalan urusan ke arah pernikahan yang terhenti di tengah jalan.

Namun segala ujian kesulitan dan keburukan yang mengekori proses ingin menghalalkan hubungan, tidak semestinya bermaksud ALLAH tidak meredhai hubungan halal yang ingin dijalinkan. Tidak semestinya. Apatah lagi insan kerdil seperti kita yang selamanya tidak mampu membaca rahsia dan ilmu ALLAH – apakah ALLAH benar-benar redha atau tidak dengan sesuatu perkara.

Apa yang perlu kita lakukan..? Dalam soal jodoh, kita sebagai manusia pertama, perlu mencari yang soleh solehah, [atau meletakkan diri dalam kumpulan mereka yang dicari, maksudnya menjadi soleh dan solehah].

Kedua, fikirkan, ambil masa mengenali latarbelakang dan bincangkanlah tentang calon dengan orang-orang yang amanah dan berilmu. Mohonlah ilham dari ALLAH, mohonlah nasihat dari mereka yang matang dan berhikmah.

Ketiga, buatlah keputusan untuk bernikah DENGAN HATI YANG MANTAP.

Hati yang mantap ini, pada saya, ialah KESEDIAAN KITA untuk benar-benar menerima pilihan kita SEMAMPUNYA. Ya, KESEDIAAN KITA, bukan kesediaan orang lain menerima pilihan kita. Kita akan serabut kalau mengharapkan semua pihak redha dan merestui pilihan kita.

Begitu juga, kalau kita dah menolak calon suami/isteri, kita akan serabut dengan cakap-cakap orang yang ’kenapa awak tolak dia..dia kan baik bla...bla...bla.. tak pandai menilai gading bla..bla...’ sedangkan kita membuat keputusan menerima atau menolak dari persepsi kita, orang yang akan menikah dengannya.

”Habis tu kenapa bincang dengan aku, minta pandangan dan nasihat aku, kalau kau nak buat keputusan sendiri..?” ujar orang yang diminta pandangan, walhal dia sedar dia sekadar sekadar memberi pandangan dari persepsi dia.
PANDANGAN, BUKAN ARAHAN.

HATI YANG MANTAP,
juga bermaksud, setelah kita berfikir, berusaha mengenali latarbelakang calon suami/isteri, kita musyawarahkan dengan mereka yang berilmu dan berpengalaman, hati kita mantap meletakkan pergantungan pada ALLAH bahawa kita memilih calon ini dengan redha dan tawakkal pada perlindungan dan bimbingan ALLAH.

Siapa yang tak takut menikah dalam keadaan yang ditentang dan tidak disukai lagi tidak direstui...?
Tapi ketakutan itu boleh pergi seandainya kita positif, sabar, bersangka baik dan tulus berdoa pada ALLAH.
Dan tidak boleh dilupa ialah, apakah strategi kita untuk menyesuaikan diri dengan pasangan selepas bernikah, atau apakah perancangan dan visi kita dengan pernikahan..?

Atau kita berkahwin DALAM KEADAAN TAK SEDAR, ’kahwin je lah,...malas nak fikir jauh-jauh’...
Seandainya bernikah dengan perasaan pesimis begini, insyaALLAH rumahtangga kita kelak menambah statistik perceraian, menambah bilangan perkahwinan yang berkecai di usia awal pernikahan, menambah bilangan mereka yang menyesali perkahwinan dan menambah bilangan mereka yang melihat perkahwinan tidak lebih dari sebuah seksaaan dan penderitaan.

Kahwinlah dengan PENUH SEDAR dan TANGGUNGJAWAB...

“This is my marriage, I’ll put in hard effort to strengthen my marriage. It is my job, not other’s.”
Kahwinlah dengan niat benar-benar ingin menuju redha ALLAH, benar-benar ingin menjadi isteri yang ALLAH redha, walau macamana sekalipun ujian dan kesulitan yang ALLAH bagi melalui kehadiran teman bernama suami. Kahwinlah dengan ilmu yang sentiasa didalami, bagaimana menjadi isteri yang bermotivasi dan MEMOTIVASI, bagaimana menjadi isteri yang mampu SABAR dan tabah dalam dunia yang meragut kesabaran dan kelembuan hati ramai orang pada hari ini..

Jalan pernikahan yang dipilih sebenarnya tidak pernah salah.
Namun seringkali kita salah bilamana kita membiarkan penilaian orang lain menutupi kesucian niat kita menjadi teman hidup yang halal.
Penilaian orang lain yang streotaip dan negatif seringkali menutup usaha dan perancangan positif kita untuk melakukan perubahan dan peningkatan dalam hidup.

Ataupun kita sebenarnya yang terlalu negatif, hingga melihat bayang-bayang buruk lagi menyesakkan di setiap sudut keputusan.? Hingga kita tak mampu membuat keputusan ingin menerima lamaran atau menolak. Ingin meneruskan pertunangan atau memutuskan.

Percayalah, sikap dan persepsi yang negatif akan menyukarkan sesiapupun, akan menekan jiwa dan perasaan sesiapapun, samaada berkahwin atau tidak. Samaada sebelum dan selepas pernikahan. Hidup ini, pernikahan yang dibina ini, akan hidup dan tumbuh dengan cara apa kita melihat, dengan cara apa kita bersikap.

Ya, DIRI KITA. Tidak sesekali SIKAP DAN PERSEPSI ORANG LAIN yang menjayakan atau menggagalkan usaha kita dan rumahtangga kita...


nota kaki: betoi2 kena batang Hidung......
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Mari belajar kamus dewan kelantan.

Assalamualaikum...

Goog Mooooorning.....
hari ni kita belajar Cakap daerah Kelantan Ya...
before ni aku dah pernah Post pasal ni...so,yg ni ada sambungan sikit...
hehehe...
korang boleh klik kat SINI
sape2 yg bakal kawin ngn org kelantan,
boleh lah belaja2 sikit2...
kang dtg kelantan kang....xpaham ape2...hehehe

sape yg nak dtg melancong @ shopping kat Kelantan pn boleh belajar....
sebabnya...kalo korang cakap bahasa selain kelantan,
nnti barang2 yg korang beli tu mahal pulak...
so,lembut2kan lah lidah korang belajar daerah kelantan ni..hehehe




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dialek kelantan = bahasa melayu

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nota kaki: amacam? terbelit2 tak Lidah korang? hehehehhehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

FB mengalami KesengaLan.


[kLik je gambar ni kalo nk besau kan...=P ]

Taaaaaaaaaaaadaaaa....
Back to normal...!!
see,siap wat kat status lagi tu..hehehehe...
ye lah...pOning kepala aku nengok format FB yg baru tu...
mata ni macam xleh nk terima je..hehehe


[kLik je gambar ni kalo nk besau kan...=P ]


nak tau cara dia?

Account - Account Setting - Language (English US) - tukar kpd - Language (English UK)




nota kaki: tapi kan,bila datang sengaL Fb ni,dia tukar semuala format tu...hampeh betul..nk setting dah tak jadi...Ape lah si Mark Zuckerberg [pengasas Fb] ni buat ngan FB ni..makin pening kepala aku tengok....(^__^)..kesian plak kat org2 tua yg baru FB..lagi lah kepala diorng pening...tahap Migran dah kot...hehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, September 21, 2011

Kitakah isteri yang dicari...?

gambar yg cantik ni sumber dari: encik GoogLe

Kredit : Blog Sisa- Kehidupan


korang patut baca blog Sisa Kehidupan ni...
best....penulis tu mmg pandai menulis.... & apa yg yg dia tulis betul2 buat kita berfikir & muhasabahkan diri....

sesuai utk bakal Pengantin,Pengantin Baru & pengantin Lama... (^_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..

yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah.

Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?

Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian,

kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan :

seorang suami mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.

Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].


Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).


Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai ::

apa kekurangan diri kita
,
apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman
apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..

nota kaki: thanks kpd penulis blog ni...byk sgt manfaatnya....nnti aku share lagi ya...=)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Ibumu, syurgamu..

Asslamualaikum.
just nk share apa yg aku baca....
Blog ni bagus...aku suka baca sbb byk pasal perkahwinan...
banyak yg aku tahu pasal alam perkahwinan ni...
(^_^) [bila nak kawen nie??hehhe]
tapi yg ni aku nk share pasal IBu.Emak.Ma.
Mesti korang semua masih ada Mak kan?
korang sgt bertuah..
Jaga lah mak korang..
Rebutlah syurga kat depan mata korang tu..utk jaga mak korang...
SYURGA itu di bawah telapak kaki seorang IBU....

Kredit :: blog Sisa-Kehidupan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adik teman saya yang baik diminta untuk menangguhkan studi atas tuntutan menjaga ibu yang tidak sihat.. Adik diminta tinggal bersama mak, menguruskan keperluannya.

Abang dan kakak-kakak yang lain punya komitmen rumahtangga dan kerjaya..ya,.itu semua tidak membatalkan tanggungjawab mereka sebagai anak. Hanya saja mereka perlukan adik untuk fokus kepada ibu.

Duhai adik..Allah kini memberimu peluang untuk merebut syurga di depan mata. Adakah kejayaan yang lebih besar dari meraih syurga?

Berbuat baik pada ibu adalah peluang syurga. Bukan mudah adik, adik terpaksa meninggalkan pengajian ijazah yang baru bermula untuk bersama menemani mak.

Namun percayalah, kehidupan masa depan yang dijanjikan Allah adalah lebih baik di dunia dan akhirat, bila mana adik ikhlas dan berusaha yang terbaik menjaga segala urusan mak.

Adik, mak yang telah melahirkan dan membesarkan kita ini, segunung emas pun tak mungkin kita mampu membalas jasanya.

Apatah lagi kini mak sakit, kebaikan dan keprihatinan yang tidak berbelah bagi sangat mak perlukan dari kita anaknya.

Adik percaya tak hidup mati kita kerana Allah? Percaya tak Allah akan membalas kebaikan adik?

Adik menjaga ibu kerana Allah, sesungguhnya adik berbuat antara kebaikan yang paling baik di atas muka bumi.

Allah tak akan sia-siakan pengorbanan adik tidak menyambung studi kerana mak.

ALLAH akan memberi adik sesuatu yang lebih baik dari ijazah, kerjaya, harta benda etc bila mana adik ikhlas dan berbakti yang terbaik pada mak.

Dalam banyaknya perkara baik yang kita buat, mak adalah orang yang paling utama layak mendapat kebaikan kita.

Adik, moga darjatmu makin bernilai di sisi Allah, dengan kebaikan dan penjagaanmu pada mak yang sangat kita sayangi.

Pandanglah wajah mak, tataplah mata redup seorang ibu itu, pohon doanya buat kita, agar kita bahagia selamanya - bersama ilmu, iman dan taqwa..

"Mak..Doakan saya..terima kasih sangat-sangat.. Mak menjaga saya sejak kecil.."

Berbuatlah semampunya adik, berusaha fahami psikologi orang tua yang kerap menduga kesabaran kita..doakan mereka sejahtera di dunia dan syurga.

" Ya Allah..rahmatilah adikku yang memilih menjaga mak, yang berkorban keinginannya untuk mendapat redhaMu melalui bakti kepada seorang ibu..

Limpahkan kesabaran dan kebaikan pada adikku- hatinya, kurniakan dirinya dengan kebaikan yang banyak.."

" Ya Allah..ampunilah dosa kami dan kedua ibubapa kami. Rahmatilah dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kecil lagi.."





nota kaki:Rindu arwah mak....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tiket percuma LRT, monorel

PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September




KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun.

Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan. Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran.

“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat.

“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit.

“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun.

“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya.

Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan.

sumber: berita harian 21/9/2011
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, September 20, 2011





We have TWO Friends in this Life.

1- ALLAH

2-Those who remind you of ALLAH



nota kaki: hanya ALLAH sahaja lah Sahabat kita yg terbaik...
sahabat yg boleh kita percaya untuk luah segala2nya...
Luahkan saja masalah kita pada ALLAH. Insya ALLAH hati akan tenang...
Bila kita dekat pd ALLAH, Insya ALLAH, ALLAH akan dekat pada kita.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...