:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, July 14, 2011

barah payudara / Breast cancer




Barah payu dara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel barah (malignan) dalam tisu-tisu payu dara.
Barah payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah:

Lobus iaitu bahagian yang menghasilkan susu
Duktus iaitu bahagian yang menghantar susu ke puting
Bahagian tisu lemak payu dara (jarang berlaku)
Biasanya, barah payu dara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam barah tidak invasif, sel-sel barah hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam barah invasif, sel-sel barah tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payu dara.
Barah payu dara yang paling biasa berlaku ialah barah duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Manakala barah lobular pula bermula dari lobus atau lobul. barah jenis ini selalunya terdapat di beberapa kawasan dalam payu dara.
barah payu dara inflamasi pula merupakan barah payu dara yang jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Ianya disebarkan?


Barah payu dara boleh merebak melalui cara-cara berikut:
barah tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

barah payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

Dianggarkan jika barah payu dara berukuran 1.6 sm., kemungkinan telah lama berada dalam payu dara sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada masa ini, sel barah mungkin telah masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

Walaupun ketumbuhan barah payu dara yang dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin merebak atau mengalami metastasis.

Faktor yang memberi risiko yang tinggi



1. Umur - umur adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko barah payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1/ 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat barah payu dara. Namun akan meningkat kepada 1/50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat beberapa bukti menunjukkan penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah payu dara
3. Sejarah mengidap barah - pernah menghidap barah payudara sebelum ini. Ini mungkin menjadi faktor utama pembentukkan barah.payu dara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif









p/s:: kadang2 terpikir....kalau la suatu hari nnti aku terkena penyakit ni....suami aku nnti still sayang aku lg x?? @ pun dia akan tinggal kan aku?? errmmmmmmm....takut nk pikir semua ni....tp kita kena pikir jugak kan?? diri kita xsemestinya sempurna.... disebalik kelebihan tu,mesti ada kelemahannya...& di sebalik kelemahan,mungkin kita ada kelebihan kita...

so,hargai lah pasangan kita(suami @ isteri je..).........biar lah walau satu hari nnti dia dah gemuk,dia dah perut boroi, muka dia dah berkedut2, dia ada penyakit,terimalah dia sebagaimana kita terima dia semasa mula2 kita kahwin ngn dia......(^_____^) ( hehehhe...aku bercakap nih...macam aku dah kahwin lah pulak...hehehe)




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...