Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang…akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi minggu ini Bro Razzi ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan …
“Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada kekasihnya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?”
Jawapannya adalah Kerana :-
-Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
-Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
-Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
-Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
-Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik
Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-
-Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
-Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
-Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
-Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
-Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
-Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!
Sedarlah, Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!” kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan. (Not me) -Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan.
Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!
Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir…tetapi lelaki yang buat ni, like I said, “It’s like a drug” - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!
Anda tanya pula, “Kalau tak suka, dan nak ada awek lain mengapa tak putuskan saja hubungan dangan anda?
Dadah beb…faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la… that’s why wanita kena faham sifat kegilaan ini.
- TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah …Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day… ANDA TETAP DIKECEWAKAN!
Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat… JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu! Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!”
SUMBER:http://razzirahman.com/blog/?p=336
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment