:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, July 14, 2011

Anda Semakin Matang Bila...

1~Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2~Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3~Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4~Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5~Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6~Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7~Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8~Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9~Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10~Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11~Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12~Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13~Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14~Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15~Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16~Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17~Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18~Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19~Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur


nota kaki:: Cik MarJan~ sila kuat kan semangat & tabahkan hati. sekurang2 nya kalau kita sabar,hati kita akan tenang... OK? ALLAH sentiasa disisi kita... (T_T)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...