:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, January 27, 2011

~Gila meroyan selepas bersalin~


YuUUUhuuu.........

tetibe nk Godek2 & cari kat GoogLe pasal "Gila Meroyan" ni...
sebab byk kes yg pasal bunuh bayi la,itu lah..ini lah...
so,nk jugak cari ape sebabnya jd "giLa MeroyaN" ni..
Hopenya aku & lelaki2 kat luar sana leh tahu pasal wife mereka after diorg bersaLin..
So,buat2 mereka yg lOm kawen...macam aku ni,elok lah baca...hehehe....




Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.



Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-


1.Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
2.Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
3.Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat


Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues

•Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
•Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
•Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
•Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan

•Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
•Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
•Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
•Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
•Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)

•Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
•Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
•Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
•Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
•Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi

•Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
•Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
•Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya



Cara mengatasi kemurungan selepas bersalin. (Meroyan)

Kelahiran bayi yang dinantikan selama ini seharusnya memberi sinar baru dalam kehidupan. Anda sepatutnya bergembira dengan kelahiran si manja. Namun yang demikian, terdapat segelintir ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut ‘meroyan’.

Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah sebegini dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi mereka. Sehubungan itu, terdapat doktor yang boleh mengesan masalah ini sejak daripada ibu hamil lagi. Namun yang demikian, jumlahnya terlalu kecil. Doktor-doktor tersebut biasanya merupakan doktor yang biasa dikunjungi oleh ibu bagi setiap kehamilannya.

Dengan itu, doktor berkenaan mudah bertindak balas dari awal lagi untuk menghalang masalah kemurungan daripada terus berlanjutan. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan tumpuan sewaktu melakukan sebarang jenis kerja, mudah tersentuh sehingga mengalirkan air mata, tidak berselera makan, bimbang tanpa ada sebab dan yang seumpama dengannya, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar ginekologi dan obstetrik anda secepat mungkin. Ini kerana simptom-simptom itu adalah antara petanda anda mengalami masalah post partum. Sebelum terlambat, lebih baik anda mencegahnya terlebih dahulu.

Terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Anda perlulah bersikap realistik dan jangan sesekali mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan anda sendiri.

Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu anda menghalang kemurungan selepas bersalin.

1. Sesuaikan diri

Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.

2. Rehatkan diri

Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

3. Tidur

Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Bersenam

Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.

5. Usah risau

Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.

6. Bantuan

Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.

7. Kawan

Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.

8. Belajar

Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.

9. Tiada yang sempurna

Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.



TIPS ELAKKAN DARI MEROYAN SELEPAS BERSALIN
Di sini ada beberapa tips yang saya tahu. Siapa ada tambahan sila tambah. Sharing is caring. Caring is jelita.

1. Siapkan diri dan mental sebelum , semasa dan selepas hamil.

2. Banyakkan beribadat seperti bersolat sunat,mengaji , berwirid dan sebagainya

3. Selalu bersangka baik

4. jaga percakapan lidah, pandangan mata, pendengaran telinga dan bisikan hati

5. Berkawan dengan orang yang baik – baik

6. Selalu minta maaf terutama dengan suami, ke dua ibu bapa, mak bapak mertua dan sesiapa saja

7. jauhkan diri dari perkara sia – sia

8. berhibur dengan hiburan yang baik -baik

9. elakkan menonton filem lucah, membicarakan perkara lucah dan melihat gambar lucah (baik suami atau isteri)

10.Elakkan diri dari ke hutan, ke sungai atau ke pantai

11. jangan ambil apa – apa dari hutan , sungai, air terjun dan sebagainya seperti memetik bunga atau mengutip batu

12. Sentiasa bergembira dan tenang selalu

13. Didik sikap sabar dalam diri

14. jagalah perasaan orang sebagaimana anda nak orang jaga perasaan anda. tahu lah anda mengandung , perasaan mudah sensitif tetapi jangan diikutkan saja rasa sensitif itu. Itukan perasaan negatif dari bisikan syaitan. jangan selfish dan fikir perasaan anda saja.

Saat hamil, semasa melalui tempoh tersebut dan berpantang seharusnya dijalani dengan penuh gembira dan sabar.

Anda boleh melakukannya.



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...