:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, June 13, 2013

Maafkanlah ibu bapa anda



Ibu bapa adalah insan yang membawa anda ke dunia ini. Pengalaman dengan mereka sangat pelbagai. Ibu bapa dengan sikap kasih sayang akan membahagiakan anak-anak mereka tetapi tidak semua anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa sedemikian. Namun, anda sebagai anak tiada pilihan selain reda dan dapat menerima ibu bapa anda seadanya. Jika anda tergolong daripada kumpulan yang mempunyai ibu bapa kurang memberikan kasih sayang kepada anda, artikel minggu ini memberikan sedikit tip bagaimana anda boleh memaafkan kelemahan mereka.

1. Ibu Bapa Tidak Menyedari Bila dan Bagaimana Mereka Menyakitkan Hati Anda.

Tidak ada ibu dan bapa yang dengan sengaja ingin menyakitkan hati anak-anak mereka. Perasaan sakit hati merupakan andaian dan persepektif anda terhadap mereka apabila ada beberapa perkara yang berbeza antara anda dengan mereka. Senaraikan perkara yang anda rasa tidak selesa tentang perlakuan mereka terhadap anda. Senarai ini hanyalah merupakan senarai untuk anda membuat refleksi kesilapan yang mungkin mencetuskan situasi itu. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa seseorang anak tidak boleh menyakitkan hati ibu dan bapanya. Jadikanlah itu sebagai panduan terhadap perhubungan anda dengan ibu bapa.

2. Fikirkan Perkara yang Mungkin Anda Telah Menyakitkan Hati Mereka.

Buatkan satu senarai tentang kemungkinan anda juga telah menyakitkan hati mereka secara tidak sengaja atau disengajakan. Mungkin anda tidak mengendahkan kata-katanya, tidak melaksanakan tugas yang diberikan, ketinggian nada suara, jelingan mata anda terhadapnya, tidak mendengar dan memberi perhatian semasa mereka berkata-kata, tidak mengucapkan terima kasih terhadap layanan mereka terhadap anda dan seumpamanya. Anda juga perlu sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mempunyai sikap yang sangat sensitif terhadap sesuatu.

3. Fahami Doa Dan Harapan Mereka Terhadap Anda

Ibu bapa yang bahagia ialah ibu bapa yang melahirkan anda ke dunia ini. Mereka pernah berharap dan berdoa agar anda bahagia, sihat, sejahtera, menjadi orang yang berguna, kaya raya, berakhlak mulia, beriman, baik di dunia dan di akhirat. Pandangan ini diambil daripada temu bual saya dengan 20 ibu bapa yang mempunyai anak. Anda juga seharusnya mempunyai doa dan harapan untuk mereka. Ia lebih baik lagi melalui usaha dan tindakan anda terhadap doa dan harapan mereka. Maksudnya anda perlu menjaga kesihatan anda, menjaga akhlak, berusaha dalam pelajaran dan seumpamanya.

4. Fahami Perasaan dan Pemikiran Ibu dan Bapa Anda

Setiap manusia tidak sama daripada aspek sifat, sikap dan perwatakan. Ibu bapa anda juga demikian. Anda boleh membaca perasaan mereka seperti kesedihan, kegembiraan, kemarahan, kekecewaan dan kesukaan. Perasaan ini akan memberi kefahaman kepada anda untuk menyelami perasaan dan fikiran mereka. Bincangkan juga perasaan anda supaya mereka dapat memahami. Mereka juga ingin tahu hasrat dan harapan anda. Mereka juga perlu tahu bilakah anda berasa sedih, kecewa dan gembira. Mudah-mudahan jurang perasaan dan pemikiran yang terdapat antara anda dengan ibu bapa semakin menipis, akhirnya akan saling memahami serta dapat memaafkan mereka.




Nyawa saya 

Rindu Arwah Ayah & Arwah Mak

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...