:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, April 29, 2013

untuk "AWAK"


Saya tak cantik ,tak comel rupa,
Saya tak pandai masak enak di rasa, 
Tapi boleh lah buat isi perut kita, 
Tak perlu makan kedai bila kita dah tua. 

Saya tak pandai bergaya ala diva ternama, 
Saya tak pandai menjahit cantik di mata, 
Tapi boleh lah bila sesak koyak tiba-tiba, 
Takde la gelabah marah tak tentu hala. 

Saya bukan perempuan bijak tahu segala, 
Saya tak tahu sangat memandu kereta, 
Tapi boleh la ganti awak bila kita berdua, 
Takde lah awak penat pandu seorang sahaja. 

Saya mungkin sensitif tak semena, 
Tapi saya tak cepat gelabah cool sahaja, 
Tapi kadang-kadang saya cepat pelupa, 
Awak nak tak jaga saya? 

Saya memang bukan perempuan tipikal, 
Yang mengharap lelaki sempurna, 
Kalau awak mampu buat saya rasa bahagia, 
Saya rasa awaklah jodoh saya. 

Saya tak cantik, 
Saya tak sempurna, 
Saya cepat gemuk bila tak dijaga, 
Saya hati tisu menangis je kerjanya, 
Saya kuat tidur sampai bengkak mata, 
Saya bukan list perempuan idaman semua. 

Tapi, 
Awak nak tak jaga saya? 
Terima saya yang dah gemuk bila dah tua? 
Tolong kejut saya kalau saya tidur tak terjaga? 
Pujuk saya kalau saya menangis tak semena? 

Saya memang tak ada apa-apa, 
Saya cuma ada hati yang ikhlas terima awak, 
Cinta yang cukup besar untuk awak, 
Dan ruang yang luas dalam hidup saya untuk awak seorang.

Ikhlas.....
Dari saya, utk 'Bakal Suami" saya......
yg saya pun tak tahu siapa dia...........
Jodoh itu Rahsia ALLAH.
Dan saya Yakin dgn Pemberian ALLAH.








BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, April 23, 2013

Kawan Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .


  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.


 Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

 Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!




BIAR KAWAN LUPA KITA...
JANGAN KITA LUPA KAWAN KITA....


Ikhlas,
Marjan.Ibrahim





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, April 15, 2013

New Shawl FRom IMA Shopping Online

Assalamualaikum....

KAMI ADA SHAWLBARU UTK PENGGEMAR2 SHAWL....

HARGA MURAH SGT2...
HANYA RM 18 SEHELAI DAN TIDAK TERMASUK POSTAGE...
SO, KALO BELI 5 HELAI KE ATAS, FREE POSTAGE...
NNTI PAKAT2 LAH DGN KAWAN2.... BELI BYK2...
HEHEE

BYK CORAK YG CANTIK2..
KALO NAK RESPOND LG CEPAT,
JUST WHATAPPS KE NO 012-949 8284 (JAN)


ATAU PUN KE PAGE FACEBOOK KAMI... ImaShoppingOnline
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, April 12, 2013

ALHAMDULILLAH.... UMRAH YANG PERTAMA



ASSALAMUALAIKUM....

Dah lama rasanya x update blog kan?
asyik tenggelam timbul je.. hehehe
sori.....
masa tak bg utk update
(^_____^)

Alhamdulillah....
Allah makbulkan doa saya untuk jejak kan kaki ke RUMAH ALLAH.
syukur sgt.
keputusan nk menunaikan umrah tanpa pikir panjang...
terus je setuju...
Alhamdulillah.... ALLAH bukak kan hati saya untuk ke sana...

dalam post sebelum ni..wishlist tahun 2013 saya ada listkan impian2 saya..
Syukur Alhamdulillah...
kalo kita niat yg baik2 , ALLAH akan mudahkan permintaan kita.

syukur sgt2..

ini Just intro je...
;)
nanti saya akan updatekan story 11H/10M sepanjang kat sana ya..

just wait!!!!

 Assalamualaikum
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...