:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, December 19, 2011

I wish.......

Serius.....
Rasa mcm dah lama sgt2 dah x update blog ni..
busy kat opis...
smpai xsempat nk melawat2 blog...
hehhehee
nak jadi pekerja yg rajin ni...hehehe

pagi td terbukak satu Youtube ni...
sweet gile...
korang layan dulu..
pas layan, korang komen lah ape2 yg patut ya... :)
~~~~~~~~~~~~~~~




sweet kan?
bukan senang nak cari lelaki yg betul2 nk jadikan kita sbg isteri dia...
nk jadikan kita sbg pasangan bercinta mmg senang...
utk jadikan isteri, macam2 alasan...
duit x cukup... keje x stabil... xde kreta lagi...
sebenarnya..., ALLAH sentiasa akan bg kita rezeki selepas kahwin...
tu kawan2 & family yg cakap...
saya tak kahwin lg... so xleh nk cakap sgt bab2 kahwin...
cuma harapkan seorang lelaki yg boleh di jadikan suami , ayah kpd anak2 & boleh membimbing saya sebagai seorang isteri yg solehah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CALON SUAMI ???

Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh sgt2 utk bergelar USTAZAH...
Tak minta yg KAYA, sebab aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
... Tak minta yg HENSEM, sebab aku tak la CANTIK sgt,
sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Tak minta yg BERPANGKAT, sebab aku hanya seorg HAMBA...

Tapi,
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA aku seadanya sebagai ISTERI...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia..

:) Insya ALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"HARAM mengambil seseorang wanita sebagai kekasih jika niat bukan untuk mengahwininya".......

so, couple2 kat luar sana...
kalau just nk bercinta sahaja tanpa ada niat nk berkahwin,
fikir2 lah.. :) itu HARAM... :)

nota kaki: bercinta selepas berkahwin lebih bahagia & berkat... kan?
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, December 9, 2011

Petua Menambat Hati Suami


sesuai yg dah kahwin & yg belum kahwin macam Jan ni.. (^_^)
Semoga kita menjadi Isteri yg solehah & di sayangi suami... (^_^)
Insya Allah.

kredit : FB Realiti Perkahwinan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Panduan isteri untuk menambat hati sang suami iaitu:

1. Jaga mulut suami.
Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga keperluan seks suami.
Maksudnya ialah layanlah seks suami secukupnya.
Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun sekiranya makanan rohani suami tidak mencukupi, dimana nak cari ganti?? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing kelaparan. Bila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul. Pernah saya diberitahu oleh seorang hamba Allah, si isteri hanya melayan suaminya sekali dalam tempuh dua hingga tiga bulan walau pun pasangan ini baru berkahwin!!

Dalam bab menjaga seks suami ini, ramai isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan seks suaminya sewaktu haid dan sewaktu pantang beranak. Ada suami yang kuat nafsu yang mengingini dilayan kerap dan ada yang tidak begitu agresif. Apatah lagi kalau suami ini masih muda. Ada suami yang tidak mampu bertahan dan merasakan tempuh seminggu haid sebagai tempuh yang sangat lama. Kalau seminggu sudah tidak mampu bertahan, inikan pula berpantang lebih 40 hari sewaktu isteri beranak!!

Islam hanya mengharamkan berjimak sewaktu haid dan nifas tetapi Islam tidak melarang isteri melayan seks suami. Lakukanlah apa sahaja asalkan air mani suami keluar, dan itu yang penting. Bila dah keluar legalah sang suami.

Apa yang penting ialah puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang berkeinginan.. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami beronani untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup layanan, ini adalah haram dan bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila isteri mengeluarkan air mani suaminya.

3. Jagalah minatnya.
Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok.

Dengan menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain.

Ilmu yang saya kongsikan di atas kelihatan sangat mudah namun persoalannya ialah adakah ianya mudah untuk dilakukan oleh sang isteri?? Kalau menurut saya jawapannya ialah SUSAH!. Mengapa susah? Jawapannya ialah walaupun ilmu ini kelihatan mudah, namun seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap ia tidak akan terlaksana!!! Ramai para isteri yang mengamalkan ilmu ini tidak menyertakannya dengan meningkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini di amalkan serentak dengan peningkatan amalan agama sebagaimana dituntut Islam, insyaAllah ketiga-tiga ilmu ini menjadi mudah untuk diamalkan.

Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan 3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami yg adil
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

Allah tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah segala sikap negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami.

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!

nota kaki : semoga... semoga Dan semoga... :) ( insya ALLAH)


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, December 1, 2011

Facebook - Tempat Bersarang Dosa Tanpa Kita Sedar




As-Salam.
Facebook - laman sosial yang merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej dalam bidang yang sama; begitulah menurut pengasasnya.


Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.

Dan lebih teruk lagi, menurut Ustaz Zaharuddin, ia sebenarnya membiakkan dosa yang tanpa kita sedar kita sedang melakukannya.

Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin,
tentang Dosa Bersarang di Facebook:


1.Mendedahkan keaiban suami atau isteri:
Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.

2.Terlebih gambar:
Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya.

3.Penyamaran:
Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.

4.Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan:
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.

5.“Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat:
Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain.

6.Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri:
Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.


Sekadar buat renungan dan peringatan buat diri, dan mungkin juga buat anda, pembaca yang dihormati.


Sumber: http://www.hasrulhassan.com
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Untuk Cikgu-Cikgi : Gelagat pelik guru di bilik darjah

Yang ni pula adalah ragam-ragam tenaga pengajar yang pelik. Nasib baik bukan kat Malaysia ...

























hehehehhehehee.....






BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...