:: Mereka2 Yang CooL !!::

Wednesday, August 17, 2011

Lagi Kes Disimbah Asid, Kali Ni Di Sogo KL

Kejadian simbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali terhadap orang awam di sekitar ibu negara seakan tiada kesudahannya apabila ia berterusan berlaku walaupun polis sudah berusaha menjejaki penjenayah terlibat sejak Mei lalu

kes simbah asid di secara rambang di sekitar ibu negara pernah menjadi bualan hangat beberapa bulan yang lepas. Polis mengiatkan usaha menangkap penjenayah tersebut tetapi masih tidak berhasil. Mungkin kerana sedar polis sedang mencarinya, kes simbah asid reda seketika.

Terbaru, penjenayah simbah asid kembali menganas. Tidak pasti pula penjenayah yang sama atau yang lain. Kali ni ia berlaku di sekitar Pusat Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tempat yang memang menjadi tumpuan ribuang orang ramai terutama di bulan Ramadhan ini. Jadi, kepada mereka yang asyik membeli belah di sekitar ibu negara tu, berhati-hatilah sebab penjenayah simbah asid ni tidak mengira mangsa.

_____________________________________

Anak saudara penyanyi 80-an disimbah asid

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kejadian simbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali terhadap orang awam di sekitar ibu negara seakan tiada kesudahannya apabila ia berterusan berlaku walaupun polis sudah berusaha menjejaki penjenayah terlibat sejak Mei lalu.

Terbaharu, seorang pemuda yang merupakan anak saudara kepada penyanyi 80-an, Datin Ramziela Radzillah dilaporkan menjadi mangsa kepada penjenayah berkenaan.

Mangsa, Iman Hussein terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Pemantauan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan serius.

Iman disimbah menggunakan cecair asid dipercayai jenis peluntur itu di bahagian muka semasa berada di sekitar Pusat Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Ramziela yang begitu marah dengan insiden menimpa anak saudaranya itu telah meluahkan perasaan menerusi laman sosial Facebook.

Ramai rakan sosialnya menyatakan simpati terhadap nasib menimpa anak saudaranya dan ada juga yang tertanya-tanya bila kerajaan akan menguatkuasakan larangan penjualan asid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Kita belum pasti motif kejadian ke atas mangsa, tetapi ia tiada kaitan dengan samun dan masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek," katanya. - Utusan Malaysia


Nota kaki: Malaysia skrg ni dah x selamat.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...