esok 29/6/2014
bulan Ramadhan datang lagi....
semoga Ramadhan kali ni bukan ramadhan yg terakhir utk kita.
insya ALLAH
Niat Berpuasa Harian:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi
sanati lillahhi ta’ala.
Maksud:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu
Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”
Niat Berpuasa Sebulan :
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan
ramadhan ini kerana Allah Taala"
Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika
afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksud:
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman
aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha
Pengasih dan Penyayang".
so, kat sini saya nk share cara2 sembahyang terawih... :)
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)
Bacaan SurahSelepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.
SUMBER : BIRO PENERANGAN SURAU JPSWPKL
nota kaki: sat nanti jan post cara tarawih bersendirian. bg mereka2 yg jauh dr surau & masjid