:: Mereka2 Yang CooL !!::

Wednesday, March 28, 2012

Tudung Bawal ... kami je yg jual murah... :)

Salam korang.....
dah lama benor x update blog...

Tudung bawal jan dah ada....
nnti korang rajin2 g page fb IMA SHOPPING ONLINE YA...

Korang leh like kat fb ni...

stakat ni jan mmg xsmpat nk update tudung bawal ni...
Insya allah weekend ni jan masukkan gambar2 nya ok?

Ni senarai harga tudung bawal yg jan jual:

1-Bawal 1 Tone - Rm 8 sehelai
2- Bawal 2 Tone - Rm 13 sehelai
3-Bawal 3 tone - Rm 15 sehelai...

postage rm 6...
kalo korang beli lebih dr 5 helai... FREE POSTAGE...
Kalo korang nk free postage...beli lah byk2... leh share ngn member2...


Ok...Cekidaut....!!!!
(^___^)








BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, March 25, 2012

Saya ada jual Tudung Bawal!!!



Assalam korang.....
Saya ada jual Tudung Bawal...
Kalo korang free, boleh la korang masuk kat FB kami..
IMA SHOPPING ONLINE

Kami ada jual BAwaL 1 Tone, 2 Tone & 3 Tone...

Setakat ni just ada Bawal 1 Tone je....
Yg 2 Tone & 3 Tone On Da way....
nanti korang singgah2 & LIke lah Page kami ya.. (^_^)
Untuk tudung Bawal,korang leh tgk kat album Bawal...





untuk Bawal 1 Tone, bahagian tepi Tudung tu dah siap jahit dgn Benang Emas yg Kalerfull,..
Cantikkan?
so,kalo korang jenis yg kreatif,korang boleh lah jahit .
Bawal 1 tone ni adalah Unlimited...
ape yg kami postkan, itu lah yg ada...
Insya ALLAH akan re-order semula.. :)
So,pastikan korang cepat2 tengok @grab..
OK?

UNTUK PEMBELIAN Tudung Bawal 1 Tone ini:

1 HELAI = RM 2O
LEBIH DARI 10 HELAI= RM 17 SEHELAI (RM 170)
I KODI(20 HELAI) = RM 15 SEHELAI (RM 300)

UNTUK PEMBELIAN 1 KODI (20 HELAI) PEMILIHAN WARNA ADALAH MENGIKUT STOK YG ADA... :)

* Postage
utk sehelai= postage RM 6 untuk semenanjung sahaja
** Pembelian 2 helai dan lebih = Free Postage.
(^_^)



Bawal 3 Tone...

Coming Soon!!!



Bawal 3 Tone pun kami ada...
cuma nk re-stok semula...
pastikan korang cepat2 grab ya....:)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, March 17, 2012

Doa ibu bapa : saya dah xde dah doa drpd mereka... :(





nota kaki: untunglah sape2 yg masih ada mak ayah.....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

untuk mereka2 yg dirinya LELAKI......





Nota kaki: suka dengar ceramah Ustaz Azhar...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

21 Harapan Wanita untuk Jodohnya


Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns
(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.

Originally by : Syabab Musafir Kasih

Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?

Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya..

Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...