:: Mereka2 Yang CooL !!::

Wednesday, September 7, 2011

Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Alahai kakak, tukarlah paradigma. Sekarang tak sama dengan dulu. Dulu anak dara sekarang emak dara, maka cara fikir tidak boleh sama. Cara fikir anak dara takkan sama dengan cara fikir orang dewasa. Masa anak dara okeylah kalau itu takut, ini takut, itu tak reti, ini tak reti, ini tak pandai, itu tak pandai.

Cara fikir anak dara memang kena terkongkong sikit, baru dia boleh terima adab dan adat. Kalau cara fikir dia tak terkongkong, mahu dia round dunia, sorang-sorang. Salah tu, mana boleh anak dara round dunia sorang-sorang, kecuali anak dara orang putih. Dia lain, awak lain.

Baiklah, kita kembali pada cara berfikir golongan wanita. Alahai kakak, tukarlah paradigma, tukarlah cara berfikir. Dulu tak berani bawa kereta sekarang kenalah berani-berani, sebab kalau kakak tak berani, takkan nak harap kat mr suami memanjang. Time suami ada okeylah, time suami sakit ke, outstation ke, kakak asyik takut nak belajar kereta. Tu boleh tahan lagi, boleh tunggu suami balik, kalau suami meninggal macamana? Anak-anak masih kecil, kena beri makan.

Ramai wanita terutama yang suri, yang tak suri pun tak terkecuali masih berfikir sebagaimana dia anak dara padahal anak dah tiga. Ketakutan yang tak pasal-pasal, contohnya apa..contohnya nak ke sekolah jumpa cikgu, ambil report card, itu pun takut. Laaa, pasal apa? Tukarlah cara fikir. Tak boleh terkongkong dan kuno terus. Zaman terus berputar. Memang tak mampu dipikul seorang. Dah namanya perkongsian hidup, kakak kena tolong abang. Jangan andalkan semuanya pada abang.

Ini kisah ibu saudara saya. Ceritanya sangat biasa tetapi boleh dijadikan pedoman buat kita. Suatu hari saya menziarahi beliau di rumahnya. Setelah asyik berbual, saya meminta izin beliau untuk ke tandas. Tiba-tiba saya terdengar curahan air yang melimpah deras dari bilik air sebelah. MasyaAllah. Kelihatan seperti Paip bocor ! Melimpah-limpah. Saya tanya mak cik.

Saya : Mak cik macamana ni? air melimpah banyak?

Mak cik : Itu la..paip bocor tu. Entah tak tahu nak buat macamana (cuma tadah dengan baldi untuk sementara).

Saya : Dah cuba baiki untuk sementara?

Mak cik : Baru je jadi macam tu. Aku tak tahu nak buat. Nak tunggu pakcik kau balik malam nanti untuk betulkan.

Saya (dalam hati) : Biar betul makcik aku ni. Sekarang baru jam 5 ptg. Nak tunggu pakcik balik dari kerja mau jam 10 malam dia sampai rumah. Tak pasal-pasal banjir pulak rumah ni. Bil air pun boleh meningkat ! Ini tak boleh jadi. Saya pun apalagi, dengan gigih dan semangat terus gedik² godek² sendiri paip tu. Pusing2, ketatkan dan ambik kain perca sebagai pengikat penyambungan antara paip tuu. Akhirnya…. aku berjaya!!!!!!!. Heh..! Tak de la susah sangat nak membetulkan nya. Walaupun ini hanya pembaikan sementara (saya bukan pakar), tetapi sekurang2nya kita ada usaha dan tak perlu tunggu dan terlalu mengharap kepada mr suami tentang hal2 yang remeh seperti ini.

Selagi ia tak mendatangkan bahaya kepada kita, apasalahnya kita “berfikir” bagaimana cara untuk mengatasi sesuatu masalah kecil samada di rumah atau di luar rumah. Jangan jadi isteri yang semuanya tak tahu. Nak bayar duit api pun tak tahu (skrg guna online). Nak hantar anak ke klinik tak berani (melainkan suami kakak, 24jam ada kat rumah).

Tengok puan-puan semua. Selagi boleh, bantulah ringankan bebanan suami. Berdikari lah demi kepentingan peribadi kerana hidup kita ni bukan boleh dijangka. Si suami pula bila dah dapat isteri yang tahu berdikari, janganlah terus mengada-gada dan lepas tangan. Yang saya sebut ni muhasabah diri, kedua-dua pihak. Masing-masing kena tahu tanggungjawab. Tujuannya supaya kehidupan berumahtangga itu dipermudahkan dan selamat dunia dan akhirat.

pst : perlukah isteri/wanita berdikari ?


nota kaki:: sedang berdikari jugak ni...=)

kredit : http://mymekar.com/sembang-umum/jadilah-wanita-yang-mampu-berdikari/
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...