:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, August 4, 2011

Tiket bas, kereta api ke Pantai Timur habis dijual | Berita harian 4/8/2011

KUALA LUMPUR: Tiket bas ke semua destinasi di Pantai Timur habis dijual dua minggu sebelum Ramadan bermula, manakala tiket ke destinasi utara dan selatan negara sedang rancak mendapat tempahan penumpang.

Pegawai Pusat Panggilan Tempahan Tiket, Nadi Corp Holdings, Nor Aini Zuki, berkata tiket laluan Pantai Timur pada 27, 28 dan 29 Ogos habis dijual berikutan penumpang merancang awal untuk pulang menyambut Aidilfitri. “Bas Transnasional, Plusliner dan Nice Executive tidak menjalankan operasi pada Hari Raya pertama dan sehingga semalam (kelmarin), jualan tiket bagi Kedah dan Pulau Pinang masih dibuka. “Pihak pengurusan belum lagi membuat keputusan bagi mengadakan perkhidmatan bas tambahan, kerana ia ditentukan seminggu sebelum Hari Raya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, setakat ini harga tiket masih sama dan pihaknya menjangka akan meningkatkan harga jika ada penambahan bagi waktu perkhidmatan bas.

Bagi perkhidmatan bas Sani Ekspres, kebanyakan penumpang juga mengambil inisiatif membeli tiket awal bagi melancarkan perjalanan balik ke kampung mereka.

Sehingga semalam, tiket bagi Kuala Terengganu habis dijual bagi tarikh 26, 27, 28 dan 29 Ogos tetapi perjalanan ke utara masih dibuka.
Sementara itu, KTM Berhad melalui Perkhidmatan KTM Intercity mengesahkan tiket ke Pantai Timur pada 26 hingga 29 Ogos habis dijual.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Mohd Fazil Ismail, berkata penambahan koc untuk laluan berkenaan akan dipertimbangkan dan pengumuman mengenainya akan dilakukan pada pertengahan bulan ini.

“Tiket untuk ke utara, selatan dan tengah masih boleh dibeli dan semua tiket mula dijual sejak 27 Julai lalu,” katanya.

KTM Berhad menyediakan 124,608 tiket pelbagai kelas ke semua kawasan untuk tarikh 20 Ogos hingga 10 September, dengan baki 34,314 boleh dibeli di kaunter seluruh rangkaian disediakan.


sumber:: Berita harian 4/8/2011

nota kaki:: ramai sgt org Pantai timur yg duk kat KL...termasuk aku....=)
aku pn tpaksa balik awal.....sbb tiket habis.... time g beli tu,2,3 hari b4 puasa... aiiiiisshh...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...